Dari alas tilam, bawa ke toto yang diletakkan atas tilam, bawa ke baju tidur, bawa ke kartun yang sedang ditonton di tablet, termasuklah selimut... segala benda Mickey Mouse. Dan nama timang-timangan Mickey Mouse tu pada dia adalah... Mey... Kalau sebut Mey tu maksudnya Mickey Mouse lettew... Owh, ya ampunnn sila abaikan bantal "papam" Ash yang berkepam tu yer... Itu memang tak boleh lepas.
Haaa, macam nilah gayanya kalau Mommy tengah buat kerja rumah malam-malam... Kalau dia tak sibuk nak menolong "mengemas", (kerja yang cepat boleh jadi lambat)... nak senyapkan dia suruh duduk setempat, ini adalah salah satu solusinya... pasangkan Mickey Mouse Clubhouse untuk dia dan dia sendiri pandai-pandai cari "port" yang dia rasa selesa untuk dia di atas tilam. Kadang-kadang duduk tegak dengan postur 90 darjah. Kadang-kadang sambil baring dan kadang-kadang meniarap macam gambar di atas. Nek Ma dia kata, lagak macam orang dah besar. Cepat matangkah kamu Ash???
Yang Mommy ni, dah naik hafal dah jalan cerita Mickey Mouse Clubhouse tu... Dari awal sampailah ke akhir... Ngee... Bahagian ini Ash menurun dari Mommy dia sebab Mommy dia memang peminat kartun Disney semasa kecil-kecil dahulu sampailah ke sekarang ini. Muahahaha... Bila Ash tengok kartun Mickey Mouse, Mommy pun tumpang sekaki.
Memang dia kenal betul dengan watak-watak Disney dan memang dengan sekali pandang dia dah boleh "spot" itu adalah Mickey Mouse. Toto Mickey Mouse tu dia yang merengek-rengek tunjuk semasa kebetulan lalu di kedai Pakistan jual permaidani. Kami semua tak perasan, tapi dia boleh perasan... hu hu hu... tepuk-tepuk bahu Mommy tunjuk toto Mickey Mouse tu. Haaa... tu dia... nampak tak Ash sudah mula pandai menghantar borang permohonan. Cepat jer mata boolat tu tangkap ek? Huishhh... Tajam betul daya penglihatan ni??? Dan bermula dari situ, setiap malam, selagi kita tak bentang toto Mickey Mouse tu di atas tilam... memang dia tak akan berganjak dari posisinya. Tak nak dia baring atas tilam tu... Mulut becok sebut... "Mey... Mey... Mey..."... Bila toto Mickey Mouse dah dibentangkan atas tilam dia pun dengan ceria dan gembiranya golek-golek atas toto tu...
Huhh... fanatik sungguh dengan Mickey Mouse ni... Mickey Mouse tu dah ibarat macam idola dia pulak... Bila tonton Mickey Mouse Clubhouse, di lagu pembukaan dan juga lagu penutup...Dia tegak berdiri, sesekali cuba menari dengan mengangkat-angkatkan kaki dan juga mengoyang-goyangkan bahu serta tangan... Hu hu hu... Kemain kannn??? Baru-baru ni, sampai pinggan dan cawan makan pun gambar Mickey Mouse juga... Siap dengan "utensils" sekali...
Kalau macam nilah gayanya... tak betul-betul, mahu jadi macam Mommy masa sekolah dulu... Nanti bila sekolah beg sekolah nak Mickey, alat tulis nak Mickey...Ha ha ha...Ikut Mommy sangat tauuu kalau macam tu... Sebab Mommy dulu segalanya Garfield!!! Dari beg sekolah, sampai ke alat tulis, sampai ke bekas makanan dan juga botol air serta sapu tangan... Mata Mommy pun dah berpinar jer ni sebab asyik nampak Mickey Mouse di mana-mana saja... Kalau lepas mandi...dia akan tengok dulu baju apa, kalau bukan baju Mickey... hu hu hu, dia pergi ke wardrobe dia, ambil baju Mickey dan suruh pakaikan baju Mickey juga...Kalau tak dapat pakai, ha ha ha, bersedia untuk "tantrum" selama 10 minit... Yerlah, takkan hari-hari nak baju Mickey jer??? Kalau gittchews...segala yang ada di rak "display" baju-baju Mickey di "shopping mall" Mommy beli yang Mickey jer lah...Tak payah gi rak-rak lain..Muahahaha... Tapi bosanlah Ash, tak ada kepelbagaian di situ... Ha ha ha ....
ralitnyaaa ash :D
ReplyDeleteSapa nyer anak bujang ni..hamboih hamboih....tang kaki silang tu bukan main mahal erk ash...
ReplyDeleteanak saya yang first dulu pun suka sangat mickey mouse..tapi bila dh besar sikit cinta beralih ke thomas n friends pula =))
ReplyDeletecomey tuh mickey mouse... alah sebenarnya mak yang hover kan hahahahaha
ReplyDeletebetul2 ralit nie
ReplyDeletesamalah dengan saya...sampai dah tua ni pon dok minat mickey mouse lagi..hehe
ReplyDeleteeh kena belikan dia buku mickey mouse supaya rajin membaca pulak
ReplyDeletesalam. hee pasni angry bird la pulak mak yee ;p
ReplyDelete