Home » , , , , , , » Menginjak Ke Usia 2 Tahun November 2015 Ini...

Menginjak Ke Usia 2 Tahun November 2015 Ini...


Dari sehalus-halusnya sehinggalah ke 1 tahun 6 bulan pada waktu dan ketika ini...Oh anak... Cepatnya terasa kamu membesar...Ha ha ha... "Now I'm talking isn't it???" ... Semakin hari semakin banyak telatah, semakin banyak ragam, semakin banyak kerenah... Waktu-waktu ini, dia sangat aktif bereksplorasi, sangat aktif melakukan pelbagai perkara sehinggakan kadang-kadang boleh jadi semput Nek Ma dan Mommy dia... Pantang lepa, tidak boleh dibiarkan kerana di dalam bereksplorasi itu, ada sahaja perkara-perkara yang dilakukan boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri yang kalau tidak dipantau memang boleh menjadi serius... Nauzubillahminzalik...Moga-moga dijauhkan oleh Allah SWT... Ash gemar membuatkan Nek Ma dan Mommy "kering darah"!!! Tentunya ramai yang faham maksud "kering darah" itu kann??? Kadang-kadang Mommy boleh jadi tak tidur malam tau tak??? Risau memikirkan tentang keaktifan itu dan kerajinan berekplorasi segala perkara. 

Huwaaaa...senak perut! Kering darah! Semua ada... Anak lelaki begitulah kata ramai orang... Tetapi dia tidaklah membuas tidak tentu hala, cuma dia suka berlari, bila tidak stabil jatuh... Farah risau!!!! Kadang-kadang rasa nak nangis pun ada... Tapi itulah adatnya menjadi ibu dan menghadapi anak yang sedang membesar... Memang sesiapa pun tidak boleh lari... Di usia-usia ini memang perhatian kena sepenuhnya. Nek Ma Ash kata, tak lama lagi, Nek Ma tak boleh buat perkara lain, kena tumpukan pada dia... Sebab risau kalau-kalau berlaku apa-apa...Samalah juga seperti Mommy dia... Dan sememangnya, anak yang jarang berjumpa dengan Abah, Farah ada terbaca di dalam satu artikel, ada caranya untuk menarik perhatian dan kasih sayang orang di sekelilingnya...Tak apa Ash...Mommy faham... "I feel you"... Tak apa, Abah tak ada Mommy ada, bila ada Abah itu yang Ash sangat gembira...Abah pun bukan sengaja, Ash kena faham ok??? Abah sentiasa cuba yang terbaik untuk adakan masa untuk Ash... Ash kena ingat tu selalu ok??? Mommy doakan Ash menjadi seorang anak yang memahami keadaan dan situasi dan faham bahawasanya satu-satu keadaan atau situasi itu berlaku bukannya disebabkan saja-saja.... Pasti ada sebab disebaliknya...In Shaa Allah, Mommy akan perlahan-lahan didik Ash... Semoga Ash positif sentiasa yer nak??? 

Dengan perkembangan Ash pada waktu dan ketika hendak menginjak ke usia 2 tahun ini, dengan keaktifan dia sekarang... Farah tiba-tiba teringat kepada satu artikel yang pernah Farah baca tidak berapa lama dahulu melalui sumber di SINI yang bahawasanya usia 2 tahun adalah masa yang sangat aktif bagi anak-anak, kerana pada usia ini pertumbuhan fizikal dan perkembangan mentalnya sedang meningkat. Fenomena ini pasti dihadapi oleh setiap ibu bapa yang memiliki anak yang normal.

Pada usia ini sangatlah tidak wajar bagi ibu bapa untuk menggunakan kata-kata yang kasar dan keras apatah lagi memukulnya. Anak-anak di dalam usia ini sangat sensitif baik perasaan mahupun jasmani mereka. 

Rasulullah SAW sangat menyayangi cucu-cucu baginda Hasan dan Husain. Bahkan ketika baginda sedang menjadi imam yang diikuti oleh jemaah lain, kedua cucu baginda memanjat tengkuk menyebabkan baginda melamakan waktu sujudnya demi menjaga kedudukan cucunya. Setelah selesai solat, para sahabat bertanya mengapa terlalu lama baginda sujud, mereka bertanya adakah baginda menerima wahyu ketika itu. Rasulullah SAW menjelaskan tentang peristiwa yang terjadi.

Pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah ini menunjukkan bahawa pada usia kanak-kanak ini, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan kelembutan. Jika ingin mencegah kesilapan yang dilakukan, buatlah dengan kelembutan dan kasih sayang.

Baginda menyuruh agar umat Islam memerintahkan anak-anak yang berumur 7 tahun mengerjakan solat, namun jika umur 10 tahun tidak mengerjakan solat maka pukullah mereka. Ertinya keizinan memukul anak dalam pendidikan Rasulullah SAW adalah ketika anak berumur 10 tahun, itupun jika mereka melanggar perintah Allah SWT iaitu meninggalkan solat.

Namun pukulan yang dimaksudkan bukanlah memukul dengan kemarahan tetapi dengan unsur mendidik dan kasih sayang. Lebih baik ibu bapa menunjukkan akhlak mulia di depan anak-anak agar mereka dapat meniru keperibadian yang mulia tersebut. Setelah itu banyakkan berdoa agar mereka mempunyai hati yang lembut, budi pekerti yang mulia serta menjadi anak soleh dan solehah. In Shaa Allah...  Mommy tak akan pernah lupa doakan Ash... 

Cumanya, harap-harapnya Ash janganlah suka sangat lari sana sini...Mommy risauuuu....Huwaaaa.... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Menginjak Ke Usia 2 Tahun November 2015 Ini... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, May 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. kalau anak lelaki memang lasak la..saya ada anak perempuan dan lelaki jadi nampak beza nya tu...

    ReplyDelete
  2. Kejap je nak masuk 2 tahun dah super Ash ni.

    ReplyDelete
  3. Once day..semua akan jadi memory yang tersangatlah indah..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia