Sumber dari Google |
Macam-macam tajuk cerita di kaca televisyen sekarang kann??? Ha ha ha, terjumpa juga beberapa status rakan-rakan di Facebook yang mengatakan tajuk cerita di kaca televisyen sekarang ni semuanya kreatif-kreatif belaka. Mesti ada suami, mesti ada isteri...^_^ dan kebanyakkan cerita di kaca televisyen sekarang adalah dari adaptasi novel. Tidak ketinggalan juga dengan cerita Dia...Isteri Luar Biasa yang bakal ditayangkan hari ini di Slot Akasia ni... "I is" kerja dan "I is" tak sempat nak layan Dia...Isteri Luar Biasa ni pada waktu siaran... Makanya, terpaksa menyampaikan pesanan khidmat masyarakat dan amanat pada Ash, Nek Ma Ash, suruh rekod...supaya boleh ulang tayang nanti... Hik hik hik... Nak juga tengok kannn??? Sebab dengar-dengan sinopsis dari HotFM pagi tadi macam menarik jer...Macam "something something this lady" nak anak tetapi tak nak suami, jadi suami yang ada tu adalah suami sementara semata-mata nak dapatkan zuriat, "and along the way", mereka jatuh cinta... Ha gitchewslah jalan ceritanya...
Kalau ikut-ikutkan sinopsis dari SINI
Sumber dari Google |
Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya, apabila ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.
Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.
Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus di sisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.
Mampukan Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi?
Sedikit trailer lah trailer saja nak bagi "up mood" nak tengok...Hi hi hi...
Pada yang bakal menonton tu selamat menonton yer... Baca sinopsis macam dah tau "complicated" bila dah tengah-tengah dan bakal membuatkan sesiapa yang jadi peminat cerita ni nanti emo ni...Ha ha ha...Selalunya kan memang macam tu kan? Alaaa...jangan risau, kebanyakkan cerita selalunya "happy ending"... Kalau tak "happy ending" mesti macam tak puas hati kann???
Sekali dah tengok mesti nak lagi dan lagi..lagi..last last tengok sampai episod last..
ReplyDeleteJalan cerita lebih kurg je la drama malaysia ni.. Hehe
ReplyDeletetadi tengok sikit je..nanti sambung tengok kat tonton :)
ReplyDeletesemalam ida tengok! terus jatuh cinta. . nk terpacak tiap petang la! HHAHAHHAHA
ReplyDeletebest citer nie..:)
ReplyDelete