Home » , , , , , , , , » Hanya Pemandu MyVi "Yang Itu Di DUKE"... Bukan Semua MyVi...

Hanya Pemandu MyVi "Yang Itu Di DUKE"... Bukan Semua MyVi...

Sumber dari Google
Ho ho ho... Entri pembuka jer untuk hari ni dah jadi entri mengomel dan entri luahan perasaan dah... Baru jer sempat nak kerling-kerling Bubblynotes.Com ni sebenarnya... Pagi tadi ada hal sikit bersama beberapa orang rakan blogger... Hal apa??? Biarlah rahsia...tu tunggu dulu...Nanti Farah akan ceritakan kemudian yer semua??? Hu hu hu... Ni bagi peluang Farah mengomel dulu ni... 

Ok... Saya pemandu MyVi sejak 5 tahun yang lalu... dan ansuran bulanan MyVi saya pun akan tamat pada bulan Oktober 2015 ini dengan jayanya...Ho yeahhh... Tamatlah satu hutang untuk meringankan sedikit bebanan kewangan di zaman serba GST ini... Hik hik hik... Bolehlah bernafas sedikit dan selesaikan apa-apa yang patut diselesaikan pada waktu dan ketika itu nanti...In Shaa Allah... #ehhh ada orang tanya ke bila habis bayar ansuran bulanan kereta??? Ha ha ha, itu cuma selingan bagi memanjangkan lagi entri ini... Uhukss...Farah kan suka rojak-rojak, semua pun nak cerita, semua pun nak campur...Ya ampunnn... 

Berbalik kepada insiden di DUKE tempoh hari .... Sayu Hati | 3 Sekeluarga Maut Di Lebuhraya DUKE, memang hati sangat sayu dan terkesan dengan kehilangan 3 nyawa sekaligus akibat dari sikap tidak bertanggungjawab oleh pemandu-pemandu MyVi yang terlibat secara langsung di dalam kemalangan tersebut. Dan sudah Farah katakan ianya akan memberikan kesan kepada banyak pihak sebenarnya selain ahli keluarga dan 2 orang puteri mangsa nahas yang telah menjadi yatim piatu. Semoga ahli keluarga mangsa dan kedua-dua orang puteri mangsa nahas tabah menghadapi apa yang berlaku dan tabah menjalani kehidupan mereka selepas ini. Sedeyyy... 

Sedikit petikan dari entri yang lepas... 
Farah juga adalah seorang pemandu MyVi, tetapi hanya pemandu biasa yang mempunyai seorang anak kecil berusia 1 tahun 5 bulan, yang tidak terlibat langsung dengan mana-mana kelab automotif... Bila komuniti telah marah, ianya kadang-kadang boleh melibatkan yang lain yang tidak tahu apa-apa. Kita tidak tahu, mungkin ada di dalam kalangan masyarakat yang terlalu marah, gagal mengawal kemarahan ataupun emosi, sehinggakan kereta MyVi milik orang lain yang tiada kena mengena juga turut menjadi mangsa... kalau dilihat dari gambar di atas, bukannya sampai hati, tetapi puncanya dari siapa? Kita harus ingat yer, bukan semua orang boleh berfikir dengan waras bila dikuasai amarah... Sebenarnya, banyak kesannya yang akan berlaku dari insiden ini... kesan kepada masyarakat dan lebih-lebih lagi, ahli keluarga mangsa... 
Sejak seminggu yang berlalu ini, agak kerap juga Farah membaca, melihat dan mendengar tentang insiden-insiden yang berlaku kepada kereta-kereta MyVi yang tidak terlibat langsung dengan kemalangan di DUKE. Dan dari pemerhatian Farah sendiri, semasa pemanduan memang terasa ada perbezaannya... Apakah yang berlaku? Dan apakah yang dihadapi oleh kami pemilik-pemilik MyVi yang lain ini???
  • Ada cerita yang Farah dengar bahawasanya kereta MyVi mereka diludah oleh orang awam. Errrr... awatlah, meh habaq mai sikit... hang marah MyVi semata-mata kerana insiden DUKE tu ka??? Kereta tidak salah yer...Yang salah itu adalah PEMANDU...diulangi PEMANDU... pemandu yang "reckless and irresponsible"... Kenapa kereta MyVi lain yang tiada kena mengena menjadi mangsa???
  • Ada cerita yang Farah dengar bahawasanya kereta MyVi dicalar-balarkan dengan teruk sehinggakan ianya akan mengakibatkan pemilik kenderaan MyVi terpaksa menanggung kos kerugian membaiki kesan calar balar tersebut. Nak kena hantar kedai sembur cat balik bukannya murah oiiii.... 
  • Ada cerita yang Farah dengar, ada seorang wanita itu, memandu MyVi membawa 3 orang anaknya, dihimpit di jalan raya sehingga agak membahayakan... Apa cerita ni???
  • Dari pemerhatian semasa dari diri ini sendiri, pemandu-pemandu kereta lain memang sengaja seolah-olah mencari sebab atau mencari pasal seakan-akan menjadi "road bullies just as a way of communication showing your hatred towards the "CAR" named MyVi... But I don't care... Because I know how to drive ok? And I've been driving alone here and there for years... If you touch me, you pay, if you threatened me, I'll lodged a police report... as simple as that..."
Nampak tak? Betul tak? Farah nyatakan secara kiasan ataupun tak berapa kiasan sangat bahawasanya bila seseorang gagal mengawal amarah ataupun emosi terhadap sesuatu kejadian, mereka dah tak peduli dan dah tak kira dah...Mereka akan lakukan apa sahaja, janji rasa hati yang geram, menyampah, benci, marah itu dapat dilepaskan. Copppp!!!! Apa salah pemilik kereta MyVi yang lain... Nampaknya...mereka-mereka yang melakukan perkara-perkara yang Farah nyatakan seperti di atas dan juga perkara-perkara lain memang memegang kata-kata peribahasa... Kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar... Hu hu hu... 

Apakah jenis mentaliti ini??? Janganlah kerana pemandu MyVi yang beberapa orang itu, pemandu MyVi serta pemilik MyVi yang lain yang tidak ada kena mengena dan tidak bersalah menjadi mangsa pula??? Tidak sepatutnya begitu kan??? Jangan jadikan insiden DUKE sebagai alasan untuk sesetengah pihak sesuka  hati melakukan keganasan ataupun buli ke atas pemilik serta pemandu MyVi yang lain pula... Sangat tidak relevan dan sangat tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras... Cubalah fikir secara waras yer??? 

Takkan pula kerana insiden di DUKE, semua pemilik MyVi nak kena tukar kereta kot??? Jual MyVi dan kemudian beli kereta lain? Macam tu ke yang sesetengah pihak tu mahu??? Adehhh.... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hanya Pemandu MyVi "Yang Itu Di DUKE"... Bukan Semua MyVi..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, May 8, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. kereta myvi tu tak salah ape pun..yang salah cuma pemandunya je..Janganlah hanya kerana beberapa orang pemilik kereta myvi yang bersalah tu,orang tuding jari pada semua pemilik yang tak bersalah..betullah farah.kekadang mentaliti orang kita ni,macam tak masuk akal pulak kan.

    ReplyDelete
  2. hmmmmm masalah sesetengah manusia ni kalau 1 brand pun kes...semua nak diharung salah...tak cerdik sgt

    ReplyDelete
  3. entry ni mengingatkan sy insiden CDM 25 puasa thn lps... krn nila setitik rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  4. Rasenye kalo the owner of the club x buat ape2 statement yg membangkitkan kemarahan org awam lain..pengguna myvi lain xkn terkena tempiasnya. huhu

    ReplyDelete
  5. Setuju.. Kereta Myvi x salah.. yg salah adalah pemandu..

    ReplyDelete
  6. itulah, kerana 6 biji myvi tu kenapa myvi2 lain yang terpalit..
    cepatnya farah setel bayar myvi farah..5 tahun je yek ikat

    ReplyDelete
  7. Sebagaimana media yang membesar2kan jenama myvi ni buruk, sebegitu jugalah media jena bersihkan kembali nama myvi. Mentaliti masyarakat mudah terpengaruh dek media

    ReplyDelete
  8. majoriti mmg ramai pemandu myvi drive myvi mcm naik hantu... Tapi dok g kutuk dan rosakkan kereta org yg tak terlibat dan tak bersalah tu... Adalah tndakn org yg akalnya letak kt kpala lutut.. Kereta myvi tu tak blh jalan kalau takde yg pndu... Bangang!

    ReplyDelete
  9. Betul tu. Kenapalah yg dok serang kereta Myvi lain tak ley nak berfikir langsung. Disebabkan orang kereta yg jadi subjek utama nak lepaskan kemarahan. Macam mana la agaknya kalau yang race tu kereta Viva, Alza, Saga or lain2. Mau taknya semua kereta dlm Malaysia ni jadi mangsa mereka yang sentiasa marah dgn geram agaknya.

    ReplyDelete
  10. kite sebagai pemilik myvi yg lain nak buat pengakuan, "KAMI TAK SALAH". :((
    sedih tgk fikiran manusia yg kolot ni. sebab 6 myvi jahanam tu, yg lain kene

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia