Sayu Hati | 3 Sekeluarga Maut Di Lebuhraya Duke...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Sumber dari Google
Semua telah maklum, semua telah tahu tentang insiden kemalangan maut di Lebuhraya Duke yang melibatkan kereta-kereta MyVi dan juga sebuah Pajero yang telah mengorbankan nyawa seorang ibu, seorang bapa dan juga seorang bayi perempuan yang sangat comel...Allahu... bila pertama kali mendengar serta menatap wajah bayi perempuan yang comel ini, Farah terkesima... Walaupun, bukan dari ahli keluarga Farah, tetapi kita saudara sesama Muslim dan Farah turut terasa kesedihan itu... Kakak-kakak kepada bayi perempuan yang sangat comel ini, menjadi yatim piatu... Dengan sekelip mata... 

Farah tidak berminat untuk menyalin semula berita di sana sini yang dikeluarkan oleh pelbagai platform, tetapi Farah lebih mahu menyuarakan apa yang Farah ingin suarakan... Maaf andai ada yang kurang senang dengan kenyataan-kenyataan Farah... hurmmm... Sedihnyaaa... Bukan ingin menjadi sudu yang lebih dari kuah... Kalau kita terasa amat sedih, bayangkan bagaimana pula keadaan keluarga mangsa? Anak-anak serta kakak-kakak mangsa? Allahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...


Sumber dari FB

"I feel them"... Itu yang mampu Farah ungkapkan... Dan sememangnya perkara ini, telah menimbulkan kemarahan rata-rata pihak...termasuk diri ini ke atas pihak yang sangat-sangat "irresponsible"... Adakah kamu fikir, lebuhraya itu sebagai gelanggang ataupun trek perlumbaan??? Ataupun sebenarnya, kamu berada di alam khayalan dan merasakan diri sedang memandu di dalam filem Fast & Furios? Kamu merasakan diri kamu sedang membintangi filem itu? Kepada siapa sebenarnya kamu mahu menunjukkan kehebatan kamu memandu dengan sebegitu laju? Hebatkah kamu jika dapat memandu dengan laju dan kemudiannya mengorbankan nyawa pengguna lebuhraya atau jalanraya yang lain? Allah... 

Maaf, Farah bukannya ingin menjatuhkan maruah atau memalukan mana-mana pihak...Tetapi itulah yang Farah rasa... Orang kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga... 
Sumber dari FB
Farah juga adalah seorang pemandu MyVi, tetapi hanya pemandu biasa yang mempunyai seorang anak kecil berusia 1 tahun 5 bulan, yang tidak terlibat langsung dengan mana-mana kelab automotif... Bila komuniti telah marah, ianya kadang-kadang boleh melibatkan yang lain yang tidak tahu apa-apa. Kita tidak tahu, mungkin ada di dalam kalangan masyarakat yang terlalu marah, gagal mengawal kemarahan ataupun emosi, sehinggakan kereta MyVi milik orang lain yang tiada kena mengena juga turut menjadi mangsa... kalau dilihat dari gambar di atas, bukannya sampai hati, tetapi puncanya dari siapa? Kita harus ingat yer, bukan semua orang boleh berfikir dengan waras bila dikuasai amarah... Sebenarnya, banyak kesannya yang akan berlaku dari insiden ini... kesan kepada masyarakat dan lebih-lebih lagi, ahli keluarga mangsa... 

Pesanan buat diri sendiri, pesanan buat semua, berhati-hatilah ketika memandu di lebuhraya ataupun jalanraya... bila memandu, lebuhraya dan jalanraya bukanlah tempat berlumba ataupun menunjukkan siapa yang hebat, cekap ataupun tidak... Bila kita memandu, bukan sahaja nyawa kita sendiri, nyawa orang lain dan nyawa pengguna-pengguna jalanraya yang lain turut terlibat. Tidak kira jalan tersebut sesibuk mana atau selenggang mana... Jalanraya dan lebuhraya bukan tempatnya yer... Ia adalah satu medium pengangkutan kegunaan umum... Setiap pengguna jalanraya atau lebuhraya adalah mempunyai tanggungjawab keselamatan yang besar... 

Nyawa yang hilang tidak boleh digganti dengan apa-apa sekalipun, biar semahal mana pun... Kerana satu kesilapan, satu perbuatan, kesannya amat besar kepada kehidupan orang lain... Lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak yang tidak berdosa dan baru sahaja belajar mengenal erti kehidupan... 

Salam takziah kepada keluarga mangsa dan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban...Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua dan semoga, segalanya dapat diselesaikan dengan sewajarnya, seadilnya dan di dalam cara penyelesaian yang sebaiknya...

Buat semua pemandu, jadilah seorang pemandu yang bertanggungjawab...

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. yelah farah..sedih bila mengenangkan nasib dua beradik ni kan.Masih kecil lagi dah yatim piatu...kita yang melhat pun tak mampu untuk memikulnya..
    kereta myvi takde salahnya bagi akak..yang salah adalah sikap pemandu myvi yang tidak bertanggungjawab tu..walaupun mereka terlepas,belum tentu mereka akan rasa senang duduk bila mengenangkan kejadian ini..Allahu..moga anak² ni terus tabah...

    ReplyDelete
  2. baby tu mcm ank che ta muka kn .
    kesian .
    hope driver yg race tu kne bahagian yg setimpal
    buat pengajaran to others .
    al fatihah utk fmily mgsa ...



    btw , jom mommy joib GA mothers day MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.com/2015/05/mothers-day-giveaway-sponsored-by.html

    ReplyDelete
  3. as'salam...
    sedih jg dgr brita ni..tgok bby comei tu lagi cedei..
    tap semua dah takdir..xboleh nak salahkan sesiapa..
    ianya pengjran utk semua..spya bhati2 dijln raya..hm

    ReplyDelete
  4. Dah langgar..x ngaku pas tu siap fitnah lagi...kurang otak betul diorg tu...megahberkata konon ada org dlm..common la...ini melibatkan nyawa la...emosi dan mental 2 anak yg masih kecil kan...oh god....apa nak jadi ngan diorg ni...kejam...

    ReplyDelete
  5. Msih terkesan dgn berita ni.. Moga dua beradik tu dlm pemeliharaan Allah... Yang Pergi Tak Kan kembali..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !