Al-Kisah Bantal "Papam"...


Sejarah bantal ini sebenarnya adalah bantal yang dijahit dengan isi kekabu sewaktu sebelum kelahiran Ash. Yang menjahitnya, tidak lain dan tidak bukan adalah Nek Ma Ash sendiri. Jahitan sepenuh kasih sayang seorang nenek yang teruja untuk menerima kehadiran seorang cucu kaedahnya, begitulah... Hik hik hik... 

Semenjak dari itu, bantal kecil yang comel ini, menjadi teman sejati Ash. Sehinggalah, bantal ini Mommy dia namakan bantal kepam ataupun lebih dikenali oleh Ash sebagai bantal "papam"... ^_*... Kalau diikut-ikutkan, bahagian yang ini, Ash ni mengikut Mommy ni... Hua hua hua...Sebab sewaktu kecil dulu, Mommy dia memang ada bantal "papam".... Dari seempuk-empuknya bantal, sehinggalah bertukar menjadi lembik dan lama-kelamaan adalah tinggal kainnya sahaja kerana kekabu di dalamnya telah halus ataupun hancur. "Aiseymannn" terbocor lah pula rahsia Farah... Muahahaha... 

Ingat lagi, sewaktu Nek Ma Ash buang bantal "papam" Farah tu, memang macam kucing yang kehilangan anak dan selepas dari itu, demam kerana terlalu merindukan bantal "papam" itu. Alahaiii malunya... ekekeke... Ini Ash pula, kalau bantal "papam" dia tu, jangan harus pegang kerana Ash akan datang dekat untuk merampas kembali apa yang dirasakan haknya. Sangat sangat sangat kedekut dengan bantal "papam" dan baru-baru ini, tak pernah dibuat oleh Ash selama ini, masuk ke Econsave pun dia nak bawa bantal "papam" tu. Aduyaiii... Dahlah tak bersarung. Puas sudah disarungkan tetapi dia dah bijak dah sekarang, pandai keluarkan sarung dari bantal sendiri. Tidak mahu bersarung dan seboleh-bolehnya nak jadi togel macam itu sahaja. Ha ha ha, habis nampak semua peta. Sebab tu Farah jadikan gambar tu hitam dan putih. Riang ria dia berlari dalam Econsave dengan bantal "papam" di sebelah tangan, rasa seronok sangat lettew dapat membawa bantal "papam" tu. Hilang "macho" bak kata Nek Ma Ash... Ibarat abang sado membawa beg tangan perempuan sebagai beg mereka, ha gitchewslah lebih kurangnya.


Dari sudut psikologinya seperti yang Farah terbaca dari sumber di SINI...

Tabiat kanak-kanak tidak mahu renggang dengan bantal busuk dipanggil "clinging behaviour" atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya. Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja. Sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpanya sebagai objek selesa mereka.

Tingkah laku pautan ("clinging behaviour") adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak di peringkat awal. Biasanya tabiat ini bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka. Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka. Ashhhh.... Mommy ada jer kat tepi... hu hu hu...Perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Ha ha ha, memang betul pun, lama-lama sendiri terlelap. Dek kerana keasyikkan menggentel bantal, membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

Ada juga sesetengah kanak-kanak berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka. Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukkan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasinya itu.

Satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat ("sense of secure"). Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara katanya. Mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu menjadi peneman mereka. Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan.
Dalam hal begini, ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan dengan cuba memisahkan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan. MASA YANG TERBAIK UNTUK MEMISAHKAN KANAK-KANAK INI ADALAH KETIKA UMUR MEREKA MENCECAH 3 TAHUN. Sebenarnya jika dibiarkan, perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malh kepada rakan-rakan yang lain. Aktiviti seharian di taska mudah mengurangkan keterbergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka.

Bantal Busuk Hingga Dewasa
Menurut pakar psikologi, memiliki bantal busuk sehingga dewasa bukan perkara yang mustahil. Memang tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal. Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama. Dalam hal ini, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.

Rasa kasihan pun ada sebenarnya nak menghilangkan BFF dia tu, hik hik hik... disebabkan dari sudut psikologi mengatakan masa yang terbaik untuk pisahkan adalah ketika anak mencecah 3 tahun... "Ash you gotta have another 1 year plus for it ok?..." Selepas itu "no more" bantal "papam" ok? Ahakss... tak "macho", tak "metrosexual" lah ada bantal "papam" dan malulah kalau pergi "school" atau mana-mana ada bantal "papam"... Muahahaha... Ini baru betul, "like mother, like son" ni... Kedua-dua kami mempunyai bantal "papam" sewaktu kecilnya.... Nasiblah tabiat tu Nek Ma Ash cepat-cepat larikan bantal "papam" dari Mommy dia... La la la....

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Al-Kisah Bantal "Papam"..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, May 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. Nani dulu masa kecik ada jugak bantal macam ni. Hahhaa

    ReplyDelete
  2. tine kecik bantal mmg xley berpisah hihi ^_^

    ReplyDelete
  3. sejak fiyah dah baik dari sakit ni,dia mcm lebih pada bantal busuk dari kain busuk dia...hehehe..

    ReplyDelete
  4. Hehe..sampai sekarang PC ada bantal busuk..ash..kita geng okeyyy..

    ReplyDelete
  5. alahai..sweetnya ash nie..hihi mikail xde pon bantal papam..

    ReplyDelete
  6. huwaa i sampai skrg ade bantal buusk tauu...eady sampai tahu dah >_<

    ReplyDelete
  7. Hehe... Mujur takde bantal busuk... Tapi si kakak tu blh pula ada.. Pdahal tak ajar tu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY