Petanda Anak Kecil Bersedia Ke Tandas...

Sumber dari Google
Penangan GST, harga lampin pakai buang dari penampakkan gayanya ada yang dah naik oiiii.... Rasa tak rasa, rasa jugalah penangan GST ni...dan terasa jugalah... He he he... Ash pun dah mula lepas beberapa perkataan dah dari mulut dia dah... Petanda baik ni!!! Mungkin selepas ini Ash akan mula bertutur pula... In Shaa Allah...Amin... Kena rajin layan dia bercakaplah pula kan? Dan bila sudah mula belajar bercakap serta sudah boleh menunjukkan beberapa bahasa isyarat menandakan dia mahukan sesuatu, ianya adalah sesuatu yang positif bagi mencuba secara perlahan-lahan untuk "potty training" Ash... 

Entri berkaitan "potty training" adalah...


Iyalah, kadang-kadang duduk-duduk saja-saja terfikir juga, sampai bila Nek Ma dan Mommy hendak menggantikan lampin pakai buang Ash dalam sehari??? Bukan merungut, bukan mengomel, tetapi terfikir... Apatah lagi bila Ash pun semakin hari semakin membesar dan sudah boleh memberi isyarat untuk memberitahu kehendaknya. 

Kalau yang dah pandai bercakap tu lagilah kan... Itu memang rasanya sudah sampai masa untuk ibu-ibu mengajar anak-anak kecil ke tandas sendiri. Tapi... ibu-ibu ni kena cekap memahami dan memerhati apakah petunjuk bahawasanya anak-anak sudah bersedia untuk ke tandas sendiri? 

Menurut sumber di SINI, di antara petanda ataupun petunjuk anak-anak kecil sudah bersedia ke tandas adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Tidak Selesa
Semakin membesar anak-anak semakin banyak ragamnya. Perasan tak kelakuan anak-anak yang berusaha untuk membuka lampin pakai buang yang sudah dipakaikan. ~ perasan sangat... Ash suka tau nak buka lampin pakai buang dia sendiri... Ini bermakna dia sebenarnya sudah tidak selesa memakai lampin dan mahu bebas tanpanya. Daripada kita berkeras memaksanya memakai lampin tersebut lebih baik kita ajarkan anak memberitahu keinginan untuk ke tandas. 

Menyorok
Kadang kala ada kanak-kanak yang suka menyorok di sudut tertentu di dalam rumah jika mahu melepaskan hajatnya. ~ Ha ha ha, setakat ni belum lagilah tengok Ash sebegini tetapi anak-anak buah Farah ada 2-3 orang yang begini sewaktu kecil-kecil. Sekiranya anak-anak berkelakuan demikian, lebih baik ajar dia ke tandas jika mahu melepaskan hajat. 

Memberitahu
Ini boleh jadi "migraine" dan pengsan ibu-ibu ni... Tentunya ibu-ibu rasa seperti hendak marah sekiranya anak-anak kecil memberitahu lampinnya sudah kotor dan perlu diganti, padahal baru sahaja 1/2 jam dipakai. Ini bererti dia sudah tidak selesa menggunakan lampin pakai buang. 

Meniru
Perkara ini dilakukan oleh hampir kebanyakan kanak-kanak. Perasan tak jika kita mahu ke tandas ketika di rumah, anak akan mengikut. ~ Ash belum lagi ikut Mommy setakat ni...Dia sibuk nak ikut Nek Ma dia adalah...Ha ha ha... Sebenarnya ianya adalah petunjuk bahawa anak-anak sedang memerhati dan mempelajari bagaimana cara untuk ke tandas sendiri.

Farah sekarang di dalam fasa permulaan secara perlahan-lahan di langkah pertama di dalam mendidik Ash bagaimana dan bila masanya untuk ke tandas... Bagi Ash pula, sekiranya dia hendak melepaskan hajat... Farah perhatikan dia akan tiba-tiba diam dan termenung... Cepat-cepat Farah akan bukakan lampin pakai buang dia dan bawa dia duduk di mangkuk tandas... Alhamdulillah, setakat ini dah 2-3 kali juga hajat Ash tu berjaya dilepaskan di tandas tanpa mengotorkan lampin pakai buang... Kena rajin-rajin berulang kali lagi ni latih Ash ni... 

Mana tau, moga-moga dalam jangka masa yang tidak tahu berapa lama tetapi tidak berapa lama, Ash sudah tidak perlukan lampin pakai buang lagi??? *_^... Di situ pun dah dapat jimat kan??? Sambil-sambil tu dapat jugalah membantu memelihara alam sekitar...Hik hik hik... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Petanda Anak Kecil Bersedia Ke Tandas..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 29, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Aqil klau dia yeyak akan ckp 'ark'

    ReplyDelete
  2. wahh. good sharing. jgn padan aeh entry ni , nak guna pakai bila da ada berumahtangga nnti

    ReplyDelete
  3. gud sharing tp anak buah sha lg suka "buang" dlm pampes..time nak "buang" ja dia cari pampes..haha..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY