Home » , , , , , , , , , , , » Mengelakkan Pemberian Ubat Jika Sembelit Berlaku Di Kalangan Bayi & Kanak-Kanak

Mengelakkan Pemberian Ubat Jika Sembelit Berlaku Di Kalangan Bayi & Kanak-Kanak

Sumber dari Google
Baru sahaja pulang dari berjalan-jalan di blog Mila Hilas dan terbaca tentang kisah si comel Arfan yang menghadapi masalah sembelit... Kesian Arfan... Aunty yang baca pun boleh terbayang bagaimanan risaunya hati Mama tu... Terbaca yang Mama Arfan tak nak bergantung dengan ubat-ubatan... Gigih pula Aunty ni mencari informasi kalau-kalau boleh digunakan oleh sesiapa yang memerlukan... Ash, setakat ini belum lagi dan belum pernah lagi mengalami masalah sembelit, harap-harapnya tidaklah... Dan Aunty doakan agar masalah sembelit Arfan segera berakhir... Kesian Mama tu risau... Boleh baca kisah yang Mila kongsikan di entri Pasal Arfan Lagi...

Jiwa ibu kan? Biasalah bila baca tentang kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan... atau sakit ke apa ke, semestinya akan mudah tersentuh... Bila baca dari atas ke bawah... terus terfikir dan berkata-kata dalam hati... "why not?"..cari informasi dan kongsikan di Bubblynotes.Com untuk panduan diri sendiri, yerlah kita tak boleh nak jangka kan? Jangan ingatkan anak kita sihat jer sentiasa yer tak? Tak sakit-sakit segala bagai...Bukanlah mendoakan yang tak baik... Tapi kita kena ingat, anak kita juga manusia biasa yang dilahirkan dan ada kalanya akan sakit juga... Cumanya kita doakan supaya kalau boleh anak kita tu sihat dan kalau tidak sihat kita doa banyak-banyak pada Allah supaya anak kita tu cepat sembut... Tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Allah SWT yer tak? Apa pun tak akan dapat melawan kuasa Allah SWT.... 

Berbalik kepada cerita tentang niat Mila kalau boleh nak mengelakkan pemberian ubat pada Arfan di dalam masalah sembelit Arfan itu... Farah ada terbaca di SINI

Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, Dr. Zubaidi mencadangkan beberapa cara:

1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakkan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsang pergerakkan najis di dalam usus.

2. Jika bayi yang berusia lebih 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula,  boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta nasihat doktor. Ini akan menambahkan kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka membuang najis dengan lebih mudah.

3. Bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakkan usus. 

Menurut Dr. Zubaidi, kalau dah lakukan ketiga-tiga langkah di atas, tak berjaya juga nak mengatasi masalah sembelit tu, makanya pilihannya kena gunakkan ubat-ubat yang diberikan oleh doktor.

Untuk penerangan lebih lanjut, bolehlah baca di pautan di SINI

Sembelit itu sangat tidak menyeronokkan perasaannya kan? Jika kita yang dewasa akan rasa ketidakselesaan sekiranya berlaku sembelit, apatah lagi kanak-kanak... Semoga entri ini bermanfaat buat semua, tak banyak sedikit pun jadilah... In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mengelakkan Pemberian Ubat Jika Sembelit Berlaku Di Kalangan Bayi & Kanak-Kanak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, March 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. sis, sgt2 terharu dengan entry ni sis...tak sangka sis sanggup cri info untuk arfan. trm kasih byk2....sy pon ad bce yg psl dr.zubaidi tu..cme yg no.1 tu sy xphm...mcm mn ye nk buat?? kaki ke atas? terima kasih skali lagi.. rsa nak nangis hehe

    ReplyDelete
  2. susah nak rawat masalah sembelit anak ku ni. tgk doctor pon sama je.

    ReplyDelete
  3. Ank sy pun kdg2 terjadi.. Mmg kesian..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY