Etika Di Hospital???

Sumber dari Google
Ya ampunnn, bertahan jerlah yer, satu dua hari dan mungkin hari seterusnya ni, entrinya ada terselit-selit kisah hospital sahaja...Ekekekeke... Nak buat macam mana? Nama pun berkampung di hospital... Sebelum ni, dalam hidup Farah tak pernah sekali pun berkampung di hospital. Saat melahirkan Ash pun cuma semalam ajer...Ini dah 2 malam dah di hospital...Makanya, banyak pulak cerita tentang hospital yer tak? 

Alhamdulillah, setakat ini segala layanan dan perhatian dari pihak hospital memuaskan hati Farah. Sangat-sangat memuaskan hati Farah... Sebab mereka sememangnya ambil berat dan prihatin. Tak dibiarkan sebegitu sahaja. Terima kasih diucapkan kepada KPJ Selangor Specialist Hospital dan juga kakitangan-kakitangan di situ di atas layanan yang memuaskan serta perkhidmatan yang baik. 

Cumanya, nak mengomel sikit jer ni...sikit jer, sikit jer, tak banyak punnnn...muahahahaha...lama dah tak mengomel macam ni kan? #ehhh lama ke? 

Pada peringkat awalnya, Ash ditempatkan di wad yang berkatil 4... Abah Ash dah buat permohonan untuk masukkan ke dalam wad yang berkatil 2, tetapi penuh pula... Di dalam wad berkatil 4 itu, ada Ash, di sebelah Ash ada bayi perempuan yang baru berusia 3 bulan, di hadapan ada kanak-kanak berusia 2 tahun dan disebelah kanak-kanak berusia 2 tahun itu, ada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 6 tahun. Hurmm... Semuanya pasti ditemani ibu ataupun bapa lah kan? 

Tapinya... ada cerita sedikit tentang yang keluarga kanak-kanak yang berusia 6 tahun ini... Kami semua tiada masalah, bila berjiran ni jadi berkawanlah kan...cuma keluarga kanak-kanak yang berusia 6 tahun ini, dia tak mahu berkawan...Ahaksss...agaknya mungkin "standard" dia lebih sedikit dari kami kot... Tak apa, tak kisah pun... "I is" ok sahaja...Tak ada masalah di situ... 

Cumanya, ibarat kita hidup berjiran di kawasan taman perumahan... begitu juga boleh diaplikasikan di hospital yer tak? Lebih-lebih lagi di hospital... Adab hidup berjiran tu tetap kena jaga, dan hormat-menghormati orang lain tu tetap kena jaga... Kena ada "common sense"... Hospital tempatnya untuk menyembuhkan bukan untuk menyakitkan lagi... Hu hu hu... Satu perkara tentang keluarga kanak-kanak yang berusia 6 tahun ini...mereka suka pasang TV kuat-kuat!!! Dah macam panggung wayang dah wad tu tau tak? Adoilahhh haiii... Walaupun jam telah menunjukkan pukul 11 malam... Kena tegur dengan jururawat yang bertugas pun dia buat keras dia jer kat situ... Macam ni pun ada ek? 

Kasihan pada anak-anak kami yang masih kecil yang bertiga ni yang sedang tidak sihat... agak terganggu juga tidur mereka... Terutama bayi perempuan berusia 3 bulan tu. Hurmmm... Apa agak-agak yang anda rasa kalau anda berada di tempat itu? Agak rasa macam... "what..." tak?... Nak ditegur, rupa gayanya memang suka bergaduh atau cari gaduh dengan orang... Errr...tiba-tiba terfikir, bilalah nak dapat tukar bilik ni... Nak tak nak kena tahan jugalah kan dengan kerenah jiran wad yang satu ini... 

Alhamdulillah, petang semalam dah dapat tukar ke wad berkatil 2, sebab dah ada kekosongan... dan Alhamdulillah, nampak anak teruna "I is" lebih selesa di wad baru ni. Tidur pun nyenyak. Hurmmm... 

Bukanlah nak mengumpat atau nak mengata, tapi rasanya, perlu ada "sense" bila kita di tempat-tempat tertentu kan? Jangan ikut sedap tekak kita jer...yer tak? Hormatilah juga orang lain dan fikirkan jugalah tentang orang lain... Hidup ini jangan "selfish"... Betul tak? 

*Berhenti seketika kerana nak berkejaran ke hospital semula... Anak "I is" dah meragam cari Mummy... Ok, ta ta ti ti tu tu... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Etika Di Hospital??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, February 24, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. memang ada jugak manusia yang jenis jual ikan ni sikit. adoii lahh. semoga cepat sihat ash ^^

    ReplyDelete
  2. ish kalo sy dh tegur da.kalo bt x reti jugak mmg sje cri gaduh la huhu

    ReplyDelete
  3. sabar ye.. dugaan buat mummy ash..
    moga2 ash cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete
  4. Agreed Farah, bila in public kita jgn terlalu selfish pikir ikut sedap hati sendiri je. Kena hormat orang sekeliling. It's common sense kan

    ReplyDelete
  5. X da prasaan kejiranan la mcm tu kan sis, klau lya pun akan trasa juga

    ReplyDelete
  6. Betul tu farah. Jgn pk dii sendiri je. X de akai kut.

    ReplyDelete
  7. orang macam tu pun ada ye...susah nya kalau orang macam ni ada dekat2 kita..walaupun tak nak bertegur sapa tapi kalau boleh jangan sampai orang tak suka..

    ReplyDelete
  8. Hmm... Mmg payah la dpt org cmtu.. Tpi mmg ada pun.. Org cmtu kna amik bilik private je..

    ReplyDelete
  9. Tertunggu tunggu khabar dari Farah...tapi tak pe selesaikan yang lebih penting dulu...semoga Ash cepat sembuh...yg Farah pula jaga diri...jgn sampai tak mkn.

    ReplyDelete
  10. mmm biasa la mmg ada mcm tu.sepatutnya pengawal keselamatan kena tegur keras sikit sbb kalau jururawat maybe dia buat xtahu jerk.lg satu kena kuat kuasakan waktu lawatan tu...tu penting tu sbb sy faham...sy pn prnah masuk spital juga...

    ReplyDelete
  11. Adoiii laaa ... Susah kot dapat jiran cam tu ... Bersabar jer lah ...

    ReplyDelete
  12. ada lagi jenis manusia macam tuu, biar tak cantik asal tak sombong kelangit.huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia