Home » , , , , , , , , » Adakah Susah Mengendalikan Anak Kecil Bersendirian Ketika Beriadah?

Adakah Susah Mengendalikan Anak Kecil Bersendirian Ketika Beriadah?

Utara Selatan Timur Barat...mana yang kami tak redah berdua beranak? Ha ha ha... Amboiiii...bunyinya macam jauh sangat perjalanan tu yer tak? Tetapi itulah hakikatnya perjalanan kehidupan kami berdua yang selalu menghabiskan masa beriadah secara berduet sahaja...Muahahahaha... Ini adalah kerana Abah Ash tidak dapat menghadirkan diri untuk bersama-sama kami disebabkan oleh tuntutan tanggungjawab serta kewajipan yang lain yang lebih memerlukan Abah Ash untuk berada di situ. 

Farah tak kisah pun dan Farah faham jer...Tak ada isu di situ dan Farah suka berfikir secara positif yang disulam agar seimbang dengan negatif. Ha ha ha..boleh giteww? Bagi Farah, di dalam kehidupan ini ada masa-masanya kita perlu menguruskan kehidupan itu sendiri dan bagi Farah juga ia adalah merupakan satu medium kayu pengukur bagi diri Farah sendiri, setakat mana Farah mampu berdiri sendiri, berdikari sendiri, bergerak sendiri serta mengambil tindakan yang dirasakan wajar sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa jua sekalipun kecuali Allah SWT. Haippp!!!! Jangan nak fikir negatif yer? Itu bukan bermaksud Farah membelakangkan suami di dalam setiap gerak geri dan tindakan Farah. Setakat selama 3 tahun menyulam kasih...ecewahhh... sebagai suami isteri ni, belum pernah lagi tercicir makluman serta permohonan keizinan jika nak ke mana-mana yer? Setiap pergerakkan kami akan dipastikan bahawa ianya telah dimaklumkan dengan apa juga cara dengan terlebih awal seboleh-bolehnya dan juga akan dipastikan ada kedengaran atau ada terbaca perkataan "OK, jaga diri elok-elok".

Tak susah ke? Untuk menguruskan serta mengendalikan anak kecil yang ragam tidak menentu bersendirian? Tak kelam kabut ke keadaan? Jujur dari pengalaman sendiri, komen Farah...Alah bisa tegal biasa, dalam hidup ini tidak ada satu perkara pun yang kita perlu katakan tidak boleh dan mustahil selagi kita tidak mencuba sehabis boleh. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Iya... mungkin itu sememangnya pengaruh dari sikap diri Farah sendiri yang merupakan seorang "go-getter" di dalam kehidupan. Farah juga suka melihat satu permasalahan atau isu itu lebih kepada ia diwujudkan oleh kita manusia dan bila diwujudkan oleh kita yang bernama manusia ini, pasti ada cara untuk menyelesaikan permasalahan atau isu itu. Dalam kata mudah, "kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita...jadi pasti ada cara kan? kalau tau buat, mesti tau bagaimana nak selesaikan...". Begitulah ibaratnya... 

Untuk anak kecil tidak meragam itu, ha ha ha, ianya satu perkara yang mustahil kot? Kerana anak-anak kecil ini, akan ada masa mereka yang tertentu yang tersendiri yang akan berlaku tanpa sebarang amaran... meragam kerana hendak tidur/tidak cukup tidur, menangis kerana lapar, merengek kerana bosan dan segala bagai macam lagilah "tantrum" si anak. Bila bersendirian bersama anak, ini adalah di antara perkara-perkara yang perlu kita persiapkan diri kita sebagai ibu untuk berhadapan dengan situasi sebegini supaya kita dapat menangani serta mengendalikan segalanya dengan lancar tanpa perlu rasa kelam kelibut dan panik. 

Memandangkan Farah adalah salah seorang yang selalunya banyak menghabiskan masa beriadah dengan Ash berdua-duaan sahaja... saja-saja nak kongsi dan nak bebel tentang pengalaman serta bagaimana Farah sendiri mengendalikan Ash bila bersendirian. 

Perjalanan Kereta
Apabila kita yang memandu, pergerakkan kita di dalam mengawal anak itu adalah agak terbatas kerana kita perlu tumpukan serta fokus kepada pemanduan serta jalan raya. Sentiasa ingat yang kita bawa itu adalah nyawa anak dan juga nyawa kita. Jadi memandulah dengan berhati-hati. Anak? Ini memang diamalkan oleh semua ibu bapa di luar sana pun... Letakkan anak di dalam "car seat" dan pastikan segala tali pinggang telah dipakaikan dengan kemas dengan rapi supaya tiada insiden terbuka. Bahaya tu kalau terbuka. 

Ok, salah satu perkara yang menjadi "concern" ibu dan bapa adalah... anak tidak mahu duduk lama di dalam "car seat". Ha ha ha, jangan katakan "uolss" sahaja... Farah pun "concern" akan perkara ini juga... Ash bila tiba angin tak nak duduk dalam "car seat"...hu hu hu, dia punya rentan tak usah dicakaplah...Jangan sesekali ambil anak letak di pangkuan dan kemudiannya memandu yer. Membahayakan pemanduan begitu.... Apa yang boleh dilakukan adalah... sekiranya anak meragam tidak mahu duduk di dalam "car seat" sila cari tempat yang sesuai untuk berhenti di bahu jalan atau di mana-mana sahaja sebagai "pit stop" seketika...Ambillah anak, kemudiannya tenangkan anak sehingga anak itu merasa selesa dan kita boleh memulakan pemanduan semula. 

Ha ha ha, mesti ada yang kata... lecehlah macam tu, lambatlah macam tu kalau ada temujanji dengan sesiapa atau apa-apa majlis... "Well well well"... Jawapannya mudah...Kita dah tahu kita ada anak kecil, dan kita bakal mengendalikan anak kecil kita bersendirian dengan segala macam kemungkinan... Makanya, bawa-bawalah keluar atau bergerak dari rumah cepat sikit...Hik hik hik... Ini salah satu tips membantu kita untuk sampai lebih awal ataupun tepat pada waktunya... Kan Farah dah kata... masalah tu tetap akan datang, tetapi bagaimana kita nak selesaikannya itu yang penting...Keluh kesah atau mengomel banyak-banyak pun tak guna kalau tak selesai atau tak jumpa cara nak selesaikan yer tak?

Oh ya, jangan lupa untuk sediakan segala alat permainan, botol susu, botol air suam yang sememangnya akan diperlukan sepanjang perjalanan untuk diberikan kepada anak yer... Botol susu, botol air suam tu siap-siap letakkan di tempat letak air, makanya bila anak nak menyusu atau minum capai sahaja dari situ dan berikan. Alat permainan itu adalah dengan tujuan untuk melekakan anak agar tidak cepat berasa bosan.

Semasa Beriadah
Untuk membantu memudahkan pergerakkan, bawalah "baby carier" ataupun "stroller"... Memang kita yang bersendirian ini akan memerlukan salah satu dari alatan ini... Bila seorang tak boleh nak bergilir-gilir dukung yer tak? Kalau berdua tu lain cerita... Larat ke nak dukung lama-lama berjalan-jalan dalam "shopping mall", pusing sana pusing sini? Farah tak nafikan ada yang mampu...Tahniah..Ha ha ha... Hakak tak mampulah dik non oiiii... Lebih selesa sama ada memakai "baby carier" ataupun "stroller"...Alhamdulillah lah, Ash pun tak banyak ragam bila duduk dalam "baby carier" atau "stroller"...Diam jer dalam "stroller" tu...Cuma sesekali dia akan minta angkat sahajalah...Biasalah tu kan? *_^ .... 

Tapiiii, pastikan keselamatan anak...jangan sibuk sibuk leka leka belek itu belek ini, biarkan anak dalam "stroller" macam tu sahaja...Kalau boleh jangan lepaskan pegangan tangan pada "stroller".. dan sentiasa pastikan anak di dalam pandangan mata kita... Takut sangat pakai "baby carier"... Seriau aihhh, sekarang ni banyak sangat kes kehilangan kanak-kanak...Jadi sentiasalah berhati-hati... 

Ada lagi... ibu-ibu sila pakai seluar yang berpoket yer... ^_^ Farah lebih selesa untuk berseluar denim ketika beriadah bersama Ash...Senang... kunci kereta masuk poket, tiket "parking" masuk poket. Duit ringgit-ringgit untuk bayar "parking" masuk poket... Kadang-kadang sapu tangan Ash pun selit kat poket...Ha ha ha... Mudah kot bagi Farah...Kalau pakai kain tu Farah akui, akan jadi macam susah pula pada Farah nak bergerak...muahahahaha.... 

Pakai "backpack"... ataupun "sling bag"... "Handbag" tu memang jaranglah nak bawa kalau bawa Ash bersama...sebab Ash tu pun dah cukup jadi "handbag"... "Handbag" mahal tu oooo... Harga RM 3,700.00...Bha ha ha... Dah taraf-taraf LV, Coach gitewww... Ok melawak jer...Memudahkan pergerakkan... 

Setakat ini Farah belum merasakan susah lagi dan bagi Farah SUSAH itu adalah satu perkataan yang diwujudkan oleh mentaliti kita sendiri... SUSAH itu sebenarnya boleh disenangkan... Ok ok, tak dinafikan akan ada yang berkata... anak seorang bolehlah cerita, bolehlah cakap.. Errrr... kalau lebih dari seorang, pasti akan ada cara alternatif lain kan? Kakak ataupun abang boleh bekerjasama untuk membantu menjaga adik-adik... Dan ibu-ibu yang beranak lebih dari seorang ni pasti tahu caranya kan? Mungkin boleh berkongsi sama? 

Mama Farah selalu cakap pada Farah... memanglah jadi ibu ni mula-mula kita rasa susah, rasa tak boleh, rasa itu, rasa ini... semua tu sebenarnya datang dari rasa menggelabah kita, panik kita sebab kita tak ada pengalaman...tetapi "as we go along", nanti pandai dan boleh tu datang dengan sendirinya...Kalau tak percaya tengoklah... Hua hua hua...Iyalah Ma, sekarang ni dah tengoklah ni... 

Dan Alhamdulillah juga, jika selama ini lebih dari "40km radius" Nek Ma Ash akan temankan kami, kini, Ash telah mula pandai menyesuaikan diri tanpa Nek Ma untuk bergerak sejauh lebih dari 40km bersendirian hanya dengan Mummy sahaja... ^_*...wink wink... Abah Ash kata senanglah kalau macam tu kalau Mummy pandai kendalikan dan Ash boleh pergi sejauh lebih dari 40km tanpa ada yang membantu... Mudahlah lagi dan panjanglah lagi langkah hendak ke mana-mana kan? Ha ha ha... Abah "is jelly" ke? Kalau "jelly" jomlah ikut sama...Errrr... Itupun kalau Abah ada kelapanganlah...tiada paksaan... ^_^... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Adakah Susah Mengendalikan Anak Kecil Bersendirian Ketika Beriadah?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, February 10, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. jadikan ianya sesuatu yang mudah..fikirkan penyelesaian dari berkata susah..inshaAllah boleh je kan kak Farah..good sharing :)

    ReplyDelete
  2. Supermom kan... pasti boleh aje...

    ReplyDelete
  3. tak susah kalau kita pandai nak kendalikan kann ^^

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia