Home » , , , , , , , , , , » Meminimakan Serakkan Permainan Yang Bertaburan...

Meminimakan Serakkan Permainan Yang Bertaburan...

Biasalah tu kan? Budak-budak kalau dapat main, rumah mesti jadi macam kapal karam kan? Lepas tu kalau kena pulak jenis Mummy macam Farah ni, yang memang kepantangan rumah nampak berselerak... dush dush memang tahan perasaan dan mata sakit jer tengok barang-barang permainan anak tu berserakkan di sana sini sinun situ... Muahahahaha... Tapi tak adalah marah si mata boolat pipi labuh tu... Biar jer dia main, karang terbantut pulak perkembangan dia... Tapi kerja jadi bertambah-tambahlah disebabkan diri sendiri tak boleh nak tahan perasaan dan mata yang sakit tengok semua bertaburan. Ha ha ha... Tapi Alhamdulillah-lah dikira tak adalah sepah sangat... Masa mula-mula mungkin yer... Tapi semakin lama Mummy belajar untuk jadi lebih taktikal dan bijak bila Ash bermain...Ihiksss... Taktikallah sangat kannn???

Tapi Farah percaya bukan Farah seorang jer yang berhadapan dengan masalah sebegini, semua ibu-ibu pun pasti berhadapan dengan masalah yang macam ni... cuma antara sama ada ibu tu masih rajin layan untuk mengemas ataupun suka hati ko lah nakkk... Ada jugak ibu-ibu yang tahan mata, itu tak dinafikan...hik hik hik... Tapi Ya Ampunnn...kalau nampak jer Ash dah mula "berkemas"... Memang cepat-cepat suruh dia kutip dan sama-sama kutip lepas tu ajar dia macam mana nak kemas semula permainan. Bayangkan bila 2 bakul besar permainan berserakkan? Tak ke pening kepala tengok ataupun serabut tengok? Harus serabut kan? 

Tapi! (tak ada pulak ikon jari macam dalam What's App kat papan kekunci ni...ha ha ha)... Ada cara sebenarnya untuk meminimakan serakkan permainan yang bertaburan itu supaya kita tak pening dan serabut sangat... jeng jeng jeng...Tak taulah tapi apa yang bakal dikongsikan ni adalah cara Farah... hik hik hik... 

Khaskan Satu Kawasan Hanya Untuk Permainan
Faham yang sesetengah orang mungkin mengalami masalah tak cukup ruang untuk khaskan bilik hanya untuk bermain. Tak perlu pun sebenarnya untuk ada bilik yang berasingan untuk memastikan alat-alat permainan tak berselerak di kawasan-kawasan lain dalam rumah. Boleh jadi rak setingkat, 2 tingkat di satu sudut rumah. Lepas tu namakan kawasan ni sebagai kawasan bermain, "play corner", "playroom" dan ikut kreativiti masing-masing lah dan beritahu pada anak-anak yang mereka ada tugas untuk bantu pastikan ianya sentiasa kemas. Walaupun baru nak faham-faham giteww, tapi Ash fahamlah, yang lokasi untuk bermain dia cuma di atas permaidani atau toto...tidak boleh melangkau garisan...ha ha ha... 

"Keep Small Things In Mind"
Melaburlah sikit bakul-bakul, bekas plastik dan plastik "re-sealable" untuk simpan kepingan-kepingan kecil permainan dan lekatkan gambar pada bekas-bekas ni untuk beritahu pada anak-anak, yang mana patut diletakkan di dalam bekas yang mana. Sambil-sambil ajar anak mengemas alat permainan ajak mereka main "puzzle". Latih setiap kali main jangan ngengada nak tinggal macam tu jer... Sila kemas ikut apa yang telah ditetapkan. 

Jangan Lambakkan Atau Keluarkan Semua Permainan
Rasanya hari tu ada kongsi dalam entri Lambakkan Permainan | Anak Dah Bosan Dengan Permainan Yang Ada... Bagaimana??? . Yang mana Farah kata, tak perlu keluarkan semua alat permainan cuma keluarkan yang tertentu. "Rotate"...Konsep sama dan ini bukan entri ulang tayang cerita benda yang sama...yang itu ceritanya dah bosan dengan permainan yang ini ceritanya bila rumah berselerak dan macam mana meminimakan serakkan semasa anak-anak sedang bermain. Jadi sila jangan keliru yer? Ha ha ha...Kadang-kadang ada yang keliru jugak ni "uolss"... "Peace no war!"... 

"CLAYGO - Clean As You Go"
Pernah dengar tak konsep ni? Senang nak ingat bila akronimkan macam ni... bunyi macam Playdoh...hik hik hik, sambil-sambil kita bergerak ke sana ke mari dalam rumah tu, rajin-rajinkan diri kita kutip dan tolong letak di tempat yang sepatutnya. Secara tak langsung boleh jadi contoh kat anak tu jugak... bila dia tengok dia akan mengikut... 

Sama-Sama Bungkus Kemas
Budak-budak sebenarnya seronok bila kita buat sesuatu perkara tu sama-sama dengan dia, macam Ash kan...bila Farah sibuk kemas dia pun sibuk samalah nak kemas permainan dia...Haaa, nampak tak? nampak tak permainan dia di situ? Boleh jugak kalau kreatif sambil-sambil tu nyanyi untuk beritahu apa yang patut dia lakukan selepas itu...

Bila ada anak-anak yang sedang meningkat naik dan membesar ni, selalunya dengar orang kata, rumah tak boleh nak kemas, tak boleh nak cantik sebab anak akan sepah...Sebenarnya apa pun perkara dalam dunia, ada caranya...cuma kita nak kena fikir lebih sikit macam mana nak selesaikan... Tak bermakna kita ada anak -anak kecil rumah kita tak boleh kemas dan bersih... Mungkin tips yang tak seberapa ni boleh membantu sesiapa yang memerlukan? Mungkin juga ini adalah satu langkah permulaan untuk jadikan rumah kita semua satu tempat yang bersih dan kemas walaupun kita sibuk dan ada anak yang suka buat sepah? ^_*  

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Meminimakan Serakkan Permainan Yang Bertaburan... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, January 15, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. Biasa lan suruh Akiff simpan mainan bila nak kluar rumah... selagi tak kemas balik mainan die tak boleh ikut... hehehe

    ReplyDelete
  2. my asben ada suggest suruh beli khemah untuk budak2 letak laaa mainan dia semua dalam tu sebab hari2 yan bebel irine buat sepah je.. huwaaa!! sabar je laa ada anak2 ni..

    ReplyDelete
  3. betul tu farah... budak2 mmg mcm tu hihih.. anak sdra zaza sndri pun mama dia siapkan kolam masukkan semua mainan dlm tu..so main ler sorg2 sepah hehe.. anak teruna lain pulak kan..tak sama mcm ank dara hihi..

    ReplyDelete
  4. budak budak biasanya memang minat mainan kan. tapi anak buah nani tak minat main macam ni. kalau datang je rumah mesti mintak bukak kan laptop nak tengok youtube. adoii lahh

    ReplyDelete
  5. bagus juga keluarkan sikit tu..takdelah bersepah sangat kan. then lepas main kemas sama² pulak

    ReplyDelete
  6. Anak saya ni suka main ereta..kalau apa2 je mainan kereta dia akan main yang itu je..main pun satu tem;pat je..jadi mudah la nak kemas..

    ReplyDelete
  7. kalau saya... anak-anak terutama yang kecil main merata2.. dan bila kita balik rumah, kita dah penat... sampai kita tertidur diaorang sibuk main lagi.... biarkan ... besok pagi kemas sekali gus... tapi sekarang ada bibik ... pagi besok bibik lah kemas... hahaha

    ReplyDelete
  8. Hoho..Mmg kena buat 1 bilik utk che mek nnt. kiki

    ReplyDelete
  9. Semua tips tu dh buat juga..tapi rutinnya tetap sama.. Dulu seorg tahan lagi...skrg dh dua org.. Huhu... 10 kali.mengemas sehari..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia