Home » , , , , , » Lambakan Permainan | Anak Dah Bosan Dengan Permainan Yang Ada... Bagaimana?

Lambakan Permainan | Anak Dah Bosan Dengan Permainan Yang Ada... Bagaimana?


Walaupunnn baru setahun usia Ash, bukan Farah nak riak, bukan Farah nak menunjuk, bukan Farah nak berlagak... cuma menjadi contoh yang relevan bagi tajuk entri ini... Hu hu hu... Jangan salah anggap dan salah sangka pada "I pleaseee"?... Hua hua hua... Tapi dah mula terasa cukup macam tongkang pecah dah bila Ash main dan berterabur sana sini sinun di ruang tamu... La la la la la... Bilik permainan dia Farah tak siap kemas dan hias lagi... Lagipun bila fikir-fikir balik, dari buat bilik permainan baik buat bilik tidur... rumah Farah bukannya ada berpuluh-puluh bilik pun nak khaskan itu ini... Muahahaha... Tak pun 2 dalam 1 ok jugak....

Makanya, kita sediakan satu ruang khas di satu sudut rumah seelok-eloknya untuk anak-anak bermain supaya sepah menjadi setempat... Ha ha ha, cakap senanglah ye tak? Tak boleh nak jangka jugak... kadang-kadang bila bosan bermain di satu sudut, mereka akan bergerak ke sudut yang lain pulak... Kanak-kanaklah katakan... mana nak duduk diam setempat sangat... Tapii diakui, ada juga kanak-kanak yang jenis, kalau main memang tak ke mana-mana dah duduk setempat ajer... Ash? Buat masa sekarang Farah "let loose" dulu untuk dia bermain di ruang tamu atau mana-mana yang dia suka tetapi dengan pengawasanlah kan? Besar sikit hari lagi, siaplah kena latih untuk bermain hanya di satu sudut khas dan latih untuk kemas selepas setiap kali bermain. Moga-moga berjayalah hendaknya yer... walaupun secara logiknya bukan mudah nak suruh duduk setempat tetapi kita cubalah ye tak? Tak salah pun mencuba... 

Lambakan permainan... kadang-kadang kanak-kanak ni akan jadi cepat bosan dengan alat-alat permainan mereka selepas beberapa ketika. Bila dah bosan, mulalah merasakan alat permainan tu bosan kan? Lepas tu mulalah endah tak endah kan? Ada permainan baru fokus pada yang baru... yang lama campak tepi jer... hu hu hu, kesian poket ibu bapa yang koyak rabak asyik beli alat permainan ajer... ^_^ ngeee... 

"Statement" biasa ibu bapa pulak bila anak minta nak beli alat permainan baru... "alaa, tak payahlah kat rumah kan ada?", "tak perlu kot beli lagi, sebab kat rumah ada banyak alat-alat permainan dah, nanti tak ada tempat nak letak..."... Kadang-kadang terfikir jugak... mana nak letak semua lambakan barang permainan yang sedia ada ye tak? Takkan nak jual sebagai "pre-loved items" di atas talian pulak? Takkan nak jual kat kawan-kawan atau sedara mara pulak. Alat permainan yang besar, yang mahal tu mungkin logiklah nak jual balik kan? Tapi kalau beli lori plastik RM 9.90 takkan nak jual balik pulak kan? Kebiasannya orang akan bagi jer...sedekah jer... jarang sama sekali nak tengok orang jual. 

Sayang kan kalau mainnya sekejap lepas tu dah bosan dan tak main lagi. Benda baru, kondisi masih elok...aduhhh... kadang-kadang mungkin ada di antara ibu bapa yang rasakan... membazirnyaaaa beli... hu hu hu... tapi kadang-kadang tu tak menyampai hati lah pulak ye tak? Sudahnya tak sampai hati punya tak sampai hatiii... beli dan beli dan beli... Lama-lama membukit, lama-lama menggunung. Lepas tu tak ada tempat nak simpan... Muahahaha... terbaikkk.... (gelakkk konon... sebenarnya diri sendiri tengah memikirkan mana nak diperuk mainan Ash yang semakin bertambah tu... Atuk belilah, Nek Ma belilah... bha ha ha... campur Mummy beli...)...

Ada terfikir sesuatu dan mungkin boleh digunapakai juga... Bila anak-anak dah mula bosan dengan permainan yang ada yang sering dimain... apa kata sorokkan dulu permainan tersebut untuk beberapa ketika? Lepas tuuuu... bila dah beberapa ketika tu keluarkan balik... ajak mereka bermain bersama-sama... cuba tengok sama ada mereka tertarik menarik tak nak main permainan yang mereka dah pernah rasa bosan tu?

Hurmm... agak-agak boleh digunapakai tak idea ni? Bukan apa... kalau boleh biarlah permainan yang dibeli tu digunapakai dengan semaksima mungkin kan? Sekurang-kurangnya bila mereka dah besar, dan dah betul-betul tak perlukan mainan tu, kita ni ibu bapa rasa puas hati sikit sebab mereka dah lenjan permainan tu sepuasnya... hu hu hu... Dan kalau masih elok apa salahnya kita beri pada anak-anak buah ke, anak-anak sedara ke, anak-anak kawan-kawan ke kan? Tak pun turun pada adik-adik mereka... ^_*


Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Lambakan Permainan | Anak Dah Bosan Dengan Permainan Yang Ada... Bagaimana?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, January 5, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. Setuju..saya pun buat macam tu..tak semua nya duduk dalam satu belas..
    mana yang dia dah tak mau main semuanya dah masuk kan dalam kotak dan simpan.yang ada bawak keluar ni semua yang dia masih tak jemu.

    Yang dah simpan tu adik nya pula yang sekarang dok main..sikit2 saya simpan mana yang dah dia jemu tu..kalau tak buat macam tu letih nak mengemas rumah.

    ReplyDelete
  2. betul2..zaza pun setuju. tak lain tak bukan la.. zaza tgok sndri anak saudara zaza.. bila cucu sulung lagi la..nenek sana la.. nenek sini la.. so berlambak la mainan dh boleh buat taman permainan hehe..

    ReplyDelete
  3. nak sorok tu perlukan ruang gak sis....tp kan sis..ada je org buat brg preloved..blh je..sis masuk group.nt ad je yg beli

    ReplyDelete
  4. Mainan ni bagusnya sebab budak-budak boleh bermain secara kreatif berbanding dengan gadget2, tapi tu lahh bila dah bersepah pastu terpijak lagi memang sedap. :)

    ReplyDelete
  5. owh. aah. sorokkan dulu. Tak pernah terfikir pun. Boleh buat dekat adik sedara camni. heheh

    ReplyDelete
  6. hahaha, boleh juga try sorok. tapi sorok2 pon last2 karang mama dia plak lupa letak kat mana.

    ReplyDelete
  7. Kena simpan untuk adik-adik pulak :)

    ReplyDelete
  8. yup.. mmg sorokkan dan keluarkan sikit je... kira gilir2 keluarkan dlm kuatiti yg sikit...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia