Home » , , , » Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015


Terpanggil untuk bersama-sama memeriahkan SEO Contest - Malaysia Best Blog 2015 anjuran Oh!Duit.Com bila mana berjalan-jalan ke blog Ruby pagi-pagi Subuh tadi. Boleh rujuk entri Ruby di berkenaan SEO Contest ini di SINI. Ini merupakan kali pertama Farah mencuba untuk menyertai pertandingan di blog yang berkonsepkan SEO. Makanya kalau ada terlebih kurang di mana-mana itu, harap maaf dan In Shaa Allah, Farah akan cuba perbaiki lagi. 

Blog-blog yang bakal Farah senaraikan di bawah ini adalah blog-blog yang Farah rasakan blog-blog hebat, Farah kagumi, senangi dan blog-blog yang Farah gunakan sebagai salah satu medium pembelajaran mengenai dunia blog serta cara mereka mengendalikan blog masing-masing. Mungkin tidak serupa dengan penilaian dari mata orang lain... tetapi Farah ada kriteria dan justifikasi yang Farah fikirkan dan Farah rasakan sememangnya mereka layak dicanangkan sebagai Malaysia Best Blog 2015. 



Seorang blogger hebat yang tidak asing lagi serta mempunyai puluhan ribu pengikut. Blogger sepenuh masa dan mempunyai platform yang tersendiri di dalam dunia blog. Merupakan pengasas kepada Kelab Blogger Ben Ashaari. Perkenalan setahun lebih yang lalu, betul-betul telah banyak mengajar Farah untuk memahami dunia blog. Apa yang boleh, apa yang tidak, apa yang perlu, apa yang tidak, bagaimana menjaga serta mengawal. Pendek kata segala-galanyalah... Sudah ibarat abang kandung... #ehhh... tapi betullah... Seorang blogger yang BUKAN SEKADAR BLOGGER tetapi lebih dari itu... Ben Ashaari seorang blogger yang sentiasa konsisten dengan prestasi berblog beliau dan entri-entri di blog Ben Ashaari sememangnya sangat konsisten... Farah kagum! Sesukar mana, sepayah mana dan sesibuk mana pasti ada entri-entri yang melekat di www.benashaari.com. Cerita-cerita di blog Ben Ashaari, menarik perhatian Farah untuk membaca... di dalam ayat yang dikarang secara maya dengan penuh keselambaan...dan juga santai... ianya tetap menarik perhatian Farah untuk membaca... Jujur dan ikhlas dari hati... Tidak rugi membaca blog Ben Ashaari dan sememangnya blog beliau layak digelar salah satu Malaysia Best Blog 2015. Bukan 2015 sahaja...tetapi sepanjang masa... He he he...Kalau ada Anugerah Wirama untuk blog ni boleh nobatkan Aben ni... Bukan bodek tapi kenyataan... Kerana kamu kamu kamu di luar sana juga tahu dan akui kan? 



Ruby... salah seorang Malaysia Lifestyle Blogger yang boleh dikatakan berjaya dan terkenal di kalangan PR di Malaysia. Merupakan seorang Lifestyle Blogger yang banyak menceritakan serta berkongsi tentang produk-produk terkini di pasaran dan juga tempat-tempat menarik untuk dilawati. Seorang blogger sepenuh masa juga yang komited di dalam melaksanakan tugasan-tugasan blog di samping mengimbangi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Disiplin. Itu yang boleh dikatakan tentang Ruby. Perwatakan serta sikap itu boleh dilihat di dalam penyampaian dan cara Ruby mengendalikan blog beliau. Farah kagum dan Farah sememangnya telah belajar banyak perkara dari Ruby. Kegigihan Ruby di dalam menjadi blogger sepenuh masa dan juga kejayaan-kejayaan Ruby diikat oleh beberapa jenama, menjadikan Farah bercita-cita untuk mencapai apa yang dicapai oleh Ruby satu hari nanti di dalam persaingan yang berbentuk sihat. Ruby.My tidak jemu dan tidak bosan untuk ditatap kerana olahan Ruby menarik, menangkap dan entri-entri yang disajikan adalah entri-entri yang segar dari ladang begitu...He he he... 



Blog Shakiddo.Com oleh Abang Kid ini juga tidak asing lagi di kalangan blogger-blogger di Malaysia. Seorang blogger yang juga berpengalaman yang sentiasa menyediakan santapan entri-entri yang segar dan juga gambar-gambar yang cantik. Minat tengok gambar-gambar di dalam blog Abang Kid ni. He he he... Dari segi pengisian entri, macam-macam ada. Terdapat juga Tips Blogging dari Abang Kid ok? Alaaa...rasanya semua orang pun tahu mengenai perkara ini... Dari segi personaliti, Abang Kid juga bukanlah seorang yang sombong... Peramah orangnya... Seronok membaca cara penyampaian Abang Kid melalui entri-entri beliau... Blogger yang juga aktif dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan dunia blogger... 


Dengan tagline Eat-Delicious-Food...faham-faham ajerlah... blog ini adalah tentang makanan... dan sememangnya Hazman Fadzil adalah seorang blogger makanan ataupun food blogger Malaysia yang dikenali ramai. Kalau rasa-rasa Farah nak cari idea di mana nak cari tempat makan, selalunya Farah akan mengintai blog warigh ni... Heee... Belum pergi lagi, tapi dah terliur tengok gambar-gambar yang Abang Hazman Fadzil "post" di entri-entri beliau... Setakat ini, cadangan atau "review" menu sesuatu tempat makan itu tidak pernah mengecewakan Farah...sebabnya bila pergi, memang benarlah seperti apa yang diperkatakan oleh Abang Hazman Fadzil. Beliau mula berkecimpung di dalam dunia blogging pada penghujung tahun 2008 dan pada waktu tu Abang Hazman Fadzil bermula dengan cerita peribadi kemudian beralih arah mengenai isu semasa dan topik hangat di media massa. Tapi, kemudiannya pada tahun 2010 Abang Hazman Fadzil telah memilih niche MAKANAN sebagai fokus utama topik penceritaan untuk dipaparkan untuk bacaan pembaca. Ternyata, Abang Hazman Fadzil berjaya di dalam niche yang telah diputuskan dipilih itu. 



Ho ho ho, blog Che Mat ni bukan saja kegemaran Farah, tetapi kegemaran ramai orang... terutama ibu-ibu macam Farah ni... Bila tak tau nak masak apa, tak ada idea ataupun rasa-rasa nak mencuba resipi baru, memang akan ke blog Che Mat... Tengok gambar jer belum tengok resipi lagi... wallaaaaa.... memang mengancam... Blog Che Mat sememangnya banyak membantu Farah untuk memperkasakan lagi kemahiran memasak dan salah satu resipi yang pernah Farah cuba dari Che Mat adalah... Mushroom Quiche Version Iolss... 



Seorang blogger peguam yang pandai berfesyen dan pandai menyusun kata di dalam entri-entri beliau. Blog beliau banyak berkisar tentang cerita peribadi, dari masa sebagai seorang pelajar sehinggalah berkerjaya sebagai seorang peguam. Entri yang unik dan penuh dengan maksud serta mesej yang tersirat. Farah banyak menjadi "silent reader" dari meninggalkan komen di blog beliau. 



Pemiliknya bernama Uzu. Seorang yang cantik manis dan rendang... #ehhh...habislah Uzu marah ni...ker ada orang lain yang marah? Ho ho ho... *_^... Seorang blogger yang semakin meningkat naik namanya dan menjadi pilihan ramai para pengiklan... Yang menariknya, Uzu berupaya mengekalkan konsistensi blog, membina kerjaya blog di dalam kesibukkan sebagai seorang pelajar, kini pekerja praktikal kot? Ha ha ha... Habislah kena cepuk lagi dengan Uzu... Banyak menghadiri "event" yang melibatkan blogger dan juga menjadi pilihan agensi-agensi... Kepantasan Uzu di dalam mengemaskini blog Farah kagumi dan trafik di Kisah Emas Putih tidak kurang hebatnya!!! *_^ 



Seorang blogger yang lebih mesra dengan panggilan Abang Pink Putih...sebab sememangnya dia putih... Ha ha ha... Blog Hafiz Rahim bagi Farah menarik dan Farah suka dengan pengisian blog beliau. Seorang lifestyle blogger dan sekali sekala menyelitkan kisah-kisah keibubapaan ataupun parenting. ^_^... Apa yang menarik lagi... Farah suka dengan penyampaian serta penampilan blog Hafiz Rahim yang pada Farah mantap dan juga professional. Professionalism Hafiz Rahim dapat dibayangkan dari cara penampilan serta penyampai blog beliau. Hafiz Rahim telah mendapat pengiktirafan sebagai Top 50 Blogger of The Year 2013 DiGi WWWOW Award dan juga MSMW Favourite Micro Blog 2013. Apa yang boleh Farah simpulkan, blog Hafiz Rahim adalah satu blog yang professional. ^_^ 



Blog Eraz Fadli adalah salah satu blog yang Farah rasakan menarik dan bagus juga. Dalam kesederhanaan dan keringkasan beliau... tetapi entri beliau sentiasa mampat dengan info dan apa yang cuba disampaikan itu sampai. Seorang blogger yang juga ada nama di dalam arena blog dan juga disukai ramai. Sebagaimana penyampaian Eraz di blog begitulah juga Eraz secara peribadi. Satu kelebihan blog Eraz Fadli adalah, sebenarnya Eraz Fadli mempunyai kelebihan yang sebenarnya beliau antara tonjolkan dan tidak tonjolkan sangat...Apakah ia? Sebenarnya Eraz juga boleh dikategorikan sebagai salah seorang blogger yang pandai bermain SEO. ^_^... Cumanya, Eraz lebih suka mengambil sikap bersederhana... Pandangan Farah ini bukan kerana Eraz adalah kawan kepada Farah...tetapi Farah melihat Eraz sebagai seorang pembaca setia blog beliau walaupun sesibuk mana sekali pun! 



Sebuah blog yang banyak berkisarkan tentang dunia blog dan dunia internet. Pemiliknya Khirol Hazwan adalah merupakan seorang lepasan Bachelor Degree in Mechatronic Engineering (Honours) dari UniMAP. Oh!Duit adalah merupakan penganjur Contest SEO - Malaysia Best Blog 2015.

Wang tunai bernilai ribuan ringgit ditawarkan kepada bakal pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 !!!  Marilah "uolss" beramai-ramai memeriahkan lagi Contest SEO Malaysia Best Blog yang dianjurkan oleh Oh!Duit.Com ini... ^_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Malaysia Best Blog 2015, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, January 26, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

23 comments:

  1. suka jugak singgah log che mat cari resipi nak masak. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. selamat bersegmen and good luck!

    ReplyDelete
  3. Hahaaaha Farah, nganga baca. Terima kasih farah! Hehehehehe.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum.... farah,

    moga berjaya dalam contest nie... senarai blogger kat atas nie semua nyer terbaik... kalau tak kenal boleh lah terjah nanti...

    mselim3

    ReplyDelete
  5. semua blog best² ni..Tahniah..Btw, Good Luck Kak Farah!

    ReplyDelete
  6. Saya terima penyertaan blog ini.. Semoga berjaya ya :)

    ReplyDelete
  7. semua yg tersenarai blog tepengaruh tu n glamour..

    ReplyDelete
  8. Dalam buat admin blog bubblymotes.com. Wow semua blog dipilih hebat-hebat semua. Semoga berjaya.....

    Jom kunjungi entri berkaitan:
    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete
  9. Semuanya blog yang hebat2 ..All the best Farah ..terbaik !!!!

    ReplyDelete
  10. gud luck kak .. hehehe lisa pon join gakkk

    ReplyDelete
  11. Wahh bagus Farah join ni ... kebanyakkan blogger hebat datangnya dari Kelab Blogger Ben Ashaari ... memang terbaik.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  12. good luck farah ')
    saya pon joint jugak

    ReplyDelete
  13. Semoga berjaya untuk kontes Malaysia Best Blog 2015 ini ya. Semua otai-otai bertanding nampak gayanya.

    ReplyDelete
  14. Semoga berjaya ye !!

    Ikhlas - Bakul2011

    www.bakul2011.com

    ReplyDelete
  15. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia