Informasi Tentang Khatan Anak Lelaki...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Memandangkan diri sendiri tak pernah ada pengalaman tentang proses khatan anak lelaki sebab tak ada adik beradik lain selain diri sendiri...ngeh ngeh ngeh, dan kalau sepupu-sepupu atau saudara mara berkhatan pun tak pernah sertai majlis berkhatan mereka...tau tau dah siap khatan dan dah berkain pelikat jer... Ahakss...kesian tak? Makanya diri ini gigihlah mencari ilmu pengetahuan tentang berkhatan untuk dijadikan bahan bacaan dan juga untuk rujukan di masa akan datang... Macam tulah ceritanya... Yelah, Farah ni kan ada anak teruna, satu masa nanti In Shaa Allah akan tiba masa dia jugak untuk dikhatankan... hew hew hew... 

Dari hasil pembacaan di SINI, moh ler kita sama-sama membaca yer...yang dah tau tu baguslah... yang belum ada pengalaman macam Farah ni bolehlah sama-sama kita belajar yer?

Berkhatan adalah sesuatu yang lebih sinonim dengan orang Islam, walaupun pada hakikatnya fahaman Yahudi dan ajaran Kristian juga ada menganjurkannya. Hukum berkhatan adalah wajib tetapi tidak fardhu bagi lelaki dan harus bagi wanita jika tidak memudaratkan. 

APA ITU BERKHATAN & MENGAPA IA PERLU? 
Berkhatan adalah proses membuang kulit lebihan. Kulit lebihan apa, tak perlu "elaborate" panjang-panjang...Semua pun faham dan tau kan? Secara amnya ia membuang anggota tubuh yang menjadi tempat di mana kotoran, virus dan najis terperangkap. Dikatakan beberapa faedah yang telah dibuktikan adalah termasuk.

Jangkitan Saluran Kencing (UTI)
10-14 kali lebih kurang kerana virus akan terkumpul dalam lebihan kulit sebelum merebak ke sistem saluran kencing. 

Kanser Alat Kelamin
3-4 kali lebih kurang kerana kebanyakan kanser berlaku dalam kulit lebihan ini.

Penyakit Kelamin
Mengurangkan risiko jangkitan 3 jenis STD iaitu HIV, Syphilis (2 kali ganda) dan Chancroid (10 kali ganda).

Phimosis
Kulit lebihan tidak dapat kembali ke tempat asal apabila prosedur perubatan dilakukan. Ini menyebabkan bengkak di sekeliling kemaluan dan aliran darah tertahan serta menyebabkan tisu kemaluan mati jika tiada rawatan.

Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)
Keradangan hujung kemaluan dan mengeras. Ia jarang berlaku dan boleh dirawat dengan antibiotik tetapi sekiranya sentiasa berulang, berkhatan dapat menghindari pengulangannya. 

Terdapat beberapa risiko berkhatan yang sering disebut-sebut namun satu pun belum dapat dibuktikan kesahihahnya.

PROSEDUR BERKHATAN
Prosedur berkhatan agak ringkas dan boleh dilakukan dengan beberapa cara:

Kaedah Khatan Konvensional atau "Dorsal Slit"
Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi kemaluan akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala kemaluan. 

Kaedah "Laser"
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

Kaedah Sepitan Atau "Clamp"
Kaedah ini telah digunakan oleh nenek moyang kita di Malaysia, cuma peralatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti "Plastibell", Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.

Berkhatan boleh dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan. Masa terbaik adalah hari ke-7 kelahiran dan ia wajib bagi lelaki Islam apabila telah baligh, dalam lingkungan usia 15 tahun. Kebanyakan klinik dan hospital menyediakan servis berkhatan terutama bagi kanak-kanak berusia 7-15 tahun. Berbincang dengan doktor jika "uolss" nak lakukan khatan pada bayi!!! Jarang kot bayi lelaki terus khatan... yang tau bayi perempuan tu yer... dikhatankan sejurus lahir ataupun beberapa ketika selepas lahir.

PENJAGAAN SELEPAS BERKHATAN
Ibu bapa lebih memainkan peranan selepas berkhatan dalam memastikan perkara-perkara berikut:

Bersih dan Kering
Hujung kepala kemaluan harus sentiasa kering 48 jam selepas berkhatan. Pastikan ia sentiasa bersih dengan mencuci ketika mandi. Elakkan penggunaan produk yang berbau wangi. Biarkan ia kering secara semulajadi. 

Bagi bayi, kemaluannya akan kelihatan kekuningan selama 7-10 hari. Basuh dengan air setiap hari. Tukarkan lampin sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada air kencing dan najis. Jika kemaluannya dibalut dengan kain gauze, tukar balutan baru setiap kali menukar lampin. Letakkan petroleum jelly pada balutan bagi mengelakkan ianya melekat pada kemaluan. Bagi anak-anak yang menggunakan ring plastik, ianya akan gugur sendiri selepas 5-8 hari.

Secara umumnya, kulit kemaluan pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5-7 hari.

Pengambilan Ubat
Jika terasa sakit, ambillah ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen. Tanya doktor bagaimana ubat tersebut harus diberi kerana ada kanak-kanak yang belum pandai mengambil ubat berbentuk pil. Bagi anak-anak berusia 16 tahun ke bawah, jangan sekali-kali mengambil aspirin. Elakkan ubat atau krim sapuan yang tidak disarankan oleh doktor atau mudim.

Biarkan Mereka Berehat
Anak-anak perlu direhatkan sejurus selepas berkhatan. Jika boleh, biarlah mereka berbaring dalam 1-2 jam sebelum dibawa pulang. Elakkan menunggang basikal, motor atau menggunakan permainan yang boleh diduduki sehingga bengkak surut sepenuhnya. 

Berpakaian Longgar
Kemaluan mungkin akan menjadi merah dan sedikit membengkak. Anak-anak mungkin lebih selesa dengan memakai pakaian yang longgar seperti kain pelikat. Mereka boleh mula memakai seluar yang longgar selepas 3-4 hari. 

Bertemu Doktor
Dapatkan nasihat doktor jika: 
  • pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatankan. 
  • bengkak berterusan selepas 2 minggu.
  • sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan.
  • bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan.
  • kemerah-merahan pada hujung kemaluan yang bertambah teruk selepas 3-5 hari.
"Noted" dan masih lagi meneruskan pembacaan Farah di sana sini. ^_^. Kenalah ambil tahu kan? Punyalah jauh fikir..ha ha ha, ada perancangan nak khatankan anak teruna tu awal ke? Jeng jeng jeng...tak tau lagi, itu semua berbalik kepada perbincangan hati ke hati dan persetujuan Abah Ash... Rasa tidaklah awal sangat dan tidaklah lewat sangat jangka masanya...Tapi bukan dalam waktu terdekat lah pun secara logiknya kecuali kalau ada masalah-masalah lain yang timbul... sebagai contoh...dikatakan kemaluan itu buta... Ada anak saudara sorang tu...umur 4 tahun dah berkhatan disebabkan doktor kata kemaluan beliau buta... Apakah ia, tak berapa nak pasti sangat dan belum nak fahamkan sangat... Hu hu hu...itu pun nak kena belajar jugak tu... hik hik hik... 

Tapi kan tak salah simpan ilmu ni kan sebagai ibu? Dan tapi kannn... ha ha ha... agak-agak menangis ke Ash ni nanti... harapnya tidak... takut itu biasa sebab pertama kali bagi mereka... tapi menangis itu tak pasti...kita tengok jerlah lagi, terlalu awal nak buat jangkaan sama ada dia akan menangis ataupun tidak... Dush dush dush... Lokasi berkhatan, dah ada satu tempat dalam perhatian... tetapi kalau nak kenalan doktor Farah lakukan pun boleh... semua tak ambil keputusan lagi...cuma berfikir dan juga cuba belajar serta mendalami supaya ada kefahaman... Itu saja... ^_*... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. as'salam...
    skrng kan da ade bleh wat sunat kt klinik je..lg mudah kot..tp tu la..xtau kesan/kebaikan dia sama bila kita buat guna cra traditional? huhu

    ReplyDelete
  2. ingatkan ash dah berkhatan.. good info ni farah..untuk kita as a parents get ready laa kan bila tiba masanya.. btw anak gegirl berkhatan pon yan dah nangis x sampai hati nak tengok..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. bagus ada persiapan info awal untuk Ash juga nanti kan :)

    ReplyDelete
  4. Bgus la..sbb kna tahu la kn..sy pun mgkin bakal ank lelaki nnt.. Kak farah juga akn alami bila ash dh besar nnt..

    ReplyDelete
  5. Anak akak lelaki, anak ke 2 baru je berkhatan Ahad lepas. Hari ni dah tak sakit. Guna kaedah laser. Mudah dan kurang sakitnya. Alhamdulillah. Tq Farah info. Baru akak tau. Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !