![]() |
Sumber dari Google |
Pada yang tak kenal "absorber" kereta... hew hew hew...ini adalah rupa paras "absorber" kereta yer... Ada 4 batang kesemuanya... Sepanjang 4 tahun melenjan "Baby Mia" Farah, belum pernah lagi Farah ganti "absorber" dia sebab masih elok dan berfungsi. Errrr... tak tau macam mana nak cam "absorber" kereta masing-masing masih elok dan berfungsi macam mana? Pada yang lelaki tu tentulah dah pakar kan bab-bab kereta ni kan (#ehhh tak tentu jugak...kadang-kadang ada lelaki yang tak tau langsung tau... pernah jumpa sekali lelaki yang tak tau langsung tentang kereta...perempuan lebih tau...hu hu hu) dan pada yang perempuan mungkin ada pengetahuan dan kenal apa itu "absorber" cuma tak tumpukan perhatian sepenuhnya kepada kereta kerana kaedahnya ada suami, teman lelaki, abah, adik lelaki yang boleh tolong pantau... hu hu hu... Tak apa tak apa... ilmu pengetahuan tu akan datang juga, dalam pelbagai bentuk dan pelbagai cara yang dikehendaki oleh Allah SWT... Betul tak...
Sebelum tu...ni nak kongsi sedikit tentang tips pemeriksaan "absorber" kereta yang dipinjam dari artikel di SINI
Bila kereta kita kelihatan senget ke kiri atau ke kanan sekiranya diletakkan di atas jalan raya yang mendatar... itupun kalau "uolss" jenis yang perhatilah... mungkin ada segelintir yang tertanya-tanya. Keadaan sebegini kebiasaannya adalah disebabkan kenderaan dibebani secara tidak sama rata tekanan atau ukuran tayar tidak sama atau pegas sistem gantungan sudah lemah atau patah. Bagi memastikan adakah kenderaan benar-benar senget ke satu bahagian, gunakan pita ukur untuk mengukur tinggi badan kereta sebelah kiri dan kanan. Ha ha ha...ni kalau nak betul-betul pastilah yer ek?
Sebelum pengukuran dilakukan, agihkan beban kenderaan sama rata, selain itu pastikan juga tekanan dan ukuran tayar adalah sama. Cara ukuran pula mudah, ukur ketinggian lampu depan dari tanah. Jika ketinggiaan kiri dan kanan ada perbezaaan, pembaikan perlu dilakukan.
Jom tonton video ni dulu...
Sementara itu, dalam keadaan lain pula ketika kenderaan bergerak di atas jalan yang rosak dan tidak rata, dirasakan kenderaan melambung-lambung hingga menjejaskan keselesaan penumpang.
Keadaan sebegini terjadi disebabkan sama ada tekanan tayar terlalu tinggi atau alat penyerap hentak sudah rosak atau lemah. Apabila tekanan tayar terlalu tinggi, maka kenderaan akan melambung-lambung sehingga penumpang kurang selesa. Biasanya beban yang lebih berat dapat mengurangi keadaan melambung-lambung itu.
Sekiranya kenderaan rasa terhuyung-hayang ketika pemanduan, ia mungkin berpunca daripada alat penyerap hentak (shock absorber). Pemeriksaan boleh dilakukan dengan menekan bamper depan dan belakang setiap satu bucu, kemudian dilepaskan. Jika pantulan hanya berlaku sekali atau dua saja, boleh dikatakan alat peredam penyerap hentak masih dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika pantulan itu berlaku untuk tempoh yang lebih lama dan ia mungkin mempunyai masalah.
Selain itu, kita boleh memeriksanya dengan memegang alat penyerap hentak sesudah kenderaan berhenti daripada sesuatu perjalanan.
Jika dingin, ia menunjukkan alat penyerap hentak itu tidak berfungsi, sebaliknya ia akan terasa panas sekiranya dalam keadaan baik.
Lepas tu nak kongsi lagi... sebenarnya terdapat 2 jenis "shock absorber" yer... satu "absorber" minyak dan satu lagi "absorber" gas...Menurut sumber di SINI
Minyak atau Gas, melaksanakan tugasnya yang tersendiri dan fungsi atau keadaan tertentu mengikut keperluan individu pengguna kenderaan tersebut.
"Shock Absorber" jenis ‘Minyak’ kebiasaanya digunakan oleh kenderaan yang "standard" di mana penggunaannya tidak lasak. Absorber jenis minyak agak lembut tapi boleh dikeraskan dengan melakukan“injection”. Jika "Shock Absorber" jenis minyak ini bocor, ia mudah dikesan kerana minyaknya akan keluar dan menyebabkan "suspension" kereta terhentak dengan agak kuat. Bagi mereka yang suka memandu secara santai ianya amat sesuai. Harga pun agak murah berbanding dengan "Shock Absorber" jenis Gas.
![]() |
Sumber dari SINI |
"Shock Absorber" jenis ‘Gas’ agak ‘keras’ sedikit jika dibandingkan dengan jenis Minyak. Kebiasaannya digunakan oleh kenderaan yang penggunaannya agak lasak dan pemanduan yang mementingkan kelajuan dan keselesaan dan juga kepada mereka yang suka layan ‘Cornering’. Itupun bergantung kepada "setup suspension" kereta kita… Kalau kereta kita kerap membawa muatan 'load' yang agak berat atau penumpang yang ramai, memang sesuai la gunakan "Shock Absorber" yang jenis Gas ni. Kalau berlaku kerosakan seperti "leaking", ianya mudah dikesan sebab akan ada juga lelehan minyak yang keluar dan sistem suspensi menjadi lembut dan kereta terhentak dengan kuat. Minyak yang ada di dalam "Shock Absorber" jenis Gas ni bertindak sebagai bahan pelincir untuk besi piston "Strut" nya turun dan naik.
![]() |
Sumber dari SINI |
Semoga bermanfaat buat semua... ^_*
bila dah ada kereta ni,kita nak kena jugak tau sedikit sebanyak tentang kereta ni kan..nice sharing farah
ReplyDeleteLps tukar absorber kena buat balancing dan alignment tayar farah baru ler sedap pandu kereta...pastikan stereng tu centre....kalau senget ada problem pada tayar pulak selepas tukar absorber....akak baru tukar absorber...farah tukar spring sport sekali ke dgn absorber...?
ReplyDeletex pe la ada hikmahnya
ReplyDeleteBetul. Pasti ada hikmah disebaliknya :)
ReplyDeletennai tak pernah ambik tahu hal hal kereta ni. hahaha. sebab lesen pun tak dek apatah lagi kereta. hehe :D
ReplyDeleteLaa dah bunyi2 ke....ke sebab accident ari tu?
ReplyDeletepatutla pon..
ReplyDeleteyaya bru tukar keempat2 absber tu awl buln ni..da truk kate nye..hbis uang ku blnje ke kerta sje.. ><
saya langsung tak tau pasal kereta..baca ni pun dah pening kepala..hahahha
ReplyDeleteTu la. Vivi kami pun dh nk kena tukar juga tu... Kna kira budjet dulu la juga..
ReplyDelete