Home » , , , , , , , , , » Penangguhan Sesi Persekolahan 2015 Selama Seminggu...

Penangguhan Sesi Persekolahan 2015 Selama Seminggu...

Sumber dari Google
Banjir besar yang melanda Pantai Timur memberikan impak yang besar kepada keseluruhan Malaysia. Dan pagi ini bila Farah membuka laman web Berita Harian "Online" terbaca satu berita tentang penangguhan sesi persekolahan 2015 selama seminggu yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin  Yassin.

Menurut sumber di SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.
Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Pendapat Farah? Memang seharusnya ditangguhkan seketika bagi memberikan sedikit lagi masa kepada mereka-mereka yang terlibat berada di dalam tempoh bertenang untuk pemulihan dan bersiap sedia untuk ke sekolah semula. Kepada anak-anak yang tidak terlibat dengan musibah banjir selamat menyambung cuti persekolahan dan gunakanlah waktu-waktu terluang dengan sebaiknya.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Penangguhan Sesi Persekolahan 2015 Selama Seminggu..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, December 29, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

21 comments:

  1. Alhamdulillah ....rasanya seminggu tak cukup. mungkin 2 minggu.

    ReplyDelete
  2. itulah, pada anak2 yang tidak terlibat dengan banjir, suka lar mereka manakala pada yang terlibat semoga penangguhan ini dapat membantu mereka.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.kesian jugak dekat mangsa mangsa banjir. mesti banyak kelengkapan sekolah yang dibawa arus :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nani, bayangkanlah kalau kita di tempat mereka... :'(

      Delete
  4. Replies
    1. Betul syukur, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak membantu...

      Delete
  5. ash melompat riang dengar berita nie
    hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang tak sekolah pun... muahaha... sekolah malam jer...

      Delete
  6. alhamdullilah
    takziah utk mangsa banjir termasuk my family

    ReplyDelete
  7. Orang kg saya dah mula risau hujan turun dr smlm tak henti2 lg...moga semua baik2 shj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, moga-moga baik-baik sahaja hendaknya...sama-sama kita berdoa...

      Delete
  8. Masin mulut anak kakak Fara, dia kata' jangan-jangan naik sekolah tangguh mama sebab org Kelantan/T'ganu rumah dia semua rosak'. Macam mana dgn buku-buku mereka. Sekali betul-betul tangguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi memang seharusnyalah tangguh kan kakzakie? Sebab anak-anak pun boleh berfikir tentang perkara ini...

      Delete
  9. suka bebudak yang jenis malas pergi sekolah... hahaha

    ReplyDelete
  10. mcm biasa ja tangguh ke idak ke perjalanan hidup mesti diteruskan kan..

    ReplyDelete
  11. baguslah ditangguhkan..dalam keadaan sekarang ni memang susah bagi mangsa banjir nak menyediakan persiapan persekolahan.

    ReplyDelete
  12. Tapi ada Juga yg dengki dgn cuti ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY