Sumber dari Google |
Banjir besar yang melanda Pantai Timur memberikan impak yang besar kepada keseluruhan Malaysia. Dan pagi ini bila Farah membuka laman web Berita Harian "Online" terbaca satu berita tentang penangguhan sesi persekolahan 2015 selama seminggu yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut sumber di SINI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.
Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Pendapat Farah? Memang seharusnya ditangguhkan seketika bagi memberikan sedikit lagi masa kepada mereka-mereka yang terlibat berada di dalam tempoh bertenang untuk pemulihan dan bersiap sedia untuk ke sekolah semula. Kepada anak-anak yang tidak terlibat dengan musibah banjir selamat menyambung cuti persekolahan dan gunakanlah waktu-waktu terluang dengan sebaiknya.
Alhamdulillah ....rasanya seminggu tak cukup. mungkin 2 minggu.
ReplyDeleteTulah tapi yang diberikan seminggu...
Deleteitulah, pada anak2 yang tidak terlibat dengan banjir, suka lar mereka manakala pada yang terlibat semoga penangguhan ini dapat membantu mereka.
ReplyDeleteMoga2 sedikit sebanyak dapat membantu...
Deletealhamdulillah.kesian jugak dekat mangsa mangsa banjir. mesti banyak kelengkapan sekolah yang dibawa arus :(
ReplyDeleteKan nani, bayangkanlah kalau kita di tempat mereka... :'(
DeleteSyukurlah kan.
ReplyDeleteBetul syukur, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak membantu...
Deleteash melompat riang dengar berita nie
ReplyDeletehehehe...
Dia memang tak sekolah pun... muahaha... sekolah malam jer...
Deletealhamdullilah
ReplyDeletetakziah utk mangsa banjir termasuk my family
Keluarga anum macam mana? Ok ke?
DeleteOrang kg saya dah mula risau hujan turun dr smlm tak henti2 lg...moga semua baik2 shj...
ReplyDeleteIn Shaa Allah, moga-moga baik-baik sahaja hendaknya...sama-sama kita berdoa...
DeleteMasin mulut anak kakak Fara, dia kata' jangan-jangan naik sekolah tangguh mama sebab org Kelantan/T'ganu rumah dia semua rosak'. Macam mana dgn buku-buku mereka. Sekali betul-betul tangguh...
ReplyDeleteJadi memang seharusnyalah tangguh kan kakzakie? Sebab anak-anak pun boleh berfikir tentang perkara ini...
Deletesuka bebudak yang jenis malas pergi sekolah... hahaha
ReplyDeleteDiaorg lagi excited kot sha?
Deletemcm biasa ja tangguh ke idak ke perjalanan hidup mesti diteruskan kan..
ReplyDeletebaguslah ditangguhkan..dalam keadaan sekarang ni memang susah bagi mangsa banjir nak menyediakan persiapan persekolahan.
ReplyDeleteTapi ada Juga yg dengki dgn cuti ni..
ReplyDelete