Gambar-gambar ini semua Farah pinjam dari rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang berkongsi. Pagi tadi seawal 9.05 pagi Farah ada terbitkan entri bertajuk Fenomena "New Moon" Cetus Banjir Besar? dan sekali lagi di dalam entri ini Farah berkongsi tentang banjir besar yang melanda Pantai Timur.
Menurut adik beradik blogger Farah, Eraz Fadli yang tinggal di Kota Bharu, air sudah sampai di hadapan Bazar Tok Guru dan air dah nak sampai UiTM Kota Bharu. Walaupun Farah tak terlibat sebagai mangsa banjir tetapi Farah pun turut rasa cemas dengan perkembangan semasa ni. Ada juga yang dah terputus hubungan dengan ahli keluarga di sana. Farah dapat bayangkan dan Farah faham perasaan itu walaupun tidak melalui.
Air makin naik khabarnya... adakah darurat telah diisytiharkan? Cuba juga mencari informasi terkini... Tetapi menurut Astro Awani 2 jam yang lalu... Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan belum ada cadangan isytihar darurat di Kelantan. Boleh baca berita selanjutnya di SINI.
Mari kita sama-sama terus berdoa untuk mereka-mereka yang berada di pantai timur... #prayforpantaitimur... Walaupun di luar bersama Ash sekarang ni, Farah tak terlepas mengikuti perkembangan semasa mengenai banjir besar ni... tak kiralah dari "group What's App" ke, Astro Awani melalui Astro On The Go ke... sebab? Bukan sibuk tapi negara kita Malaysia kot? Rakyat kita Malaysia kot? Secara semulajadinya dan logikalnya setiap manusia mempunyai perasaan ihsan dan juga perikemanusiaan itu...
*Peringatan Allah SWT kepada kita semua... Tahun 2014, begitu banyak tragedi yang melibatkan Malaysia... Jelas di mata semua... Allahuakbar...
mari sama-sama kita doakan
ReplyDeleteBetul tu Nad, mari kita sama2 doakan...
Deleterisau kg anum air dah naik sampai jalan
ReplyDeleteYes akak ingat kampung anum di Pahang... sama2 kita doakan yang terbaik yer?
DeleteYa Allah terukkan..ti pun dapat mesej yang negeri kelantan dah putus hubungan..Ya Allah lindungilah mereka dari bencana lain...
ReplyDeleteSemoga semua ini berakhir dengan segera... Bila terputus hubungan ni rasanya tu hanya Allah SWT yang tahu...
Deleteinnalillahiwainnahirojiunn semoga rakyat kelantan tabah menghadapi bencana ni jom kita berdoa..bukan kelantan sahaja kedah,perlis,terangganu,perak,pahang dan sebaginya..
ReplyDeleteBetul tu dear, mari kita berdoa untuk semua yang terlibat...
DeleteAllahu. . pray for panta timur. .
ReplyDeleteYes, let us keep on praying for pantai timur...
Deletesemoga mangsa banjir sabar dan tabah menghadapi dugaan...jom mendoakan kebaikan mereka semua...
ReplyDeleteMarilah kita sama-sama berdoa...
Deletesedih kan sis....kite phm perasaan mangsa cmne.. macam maut menanti je di depan mata..kalo air makin naik..pusat pemindahan pn tenggelam.ke mn lg dorg blh pegi.dh la xde bantuan blh disalurkan...sbb air terlalu deras..bot xleh nk pegi, heli pon kalo cuaca x elok cmne nk buat..hanya DOA mampu dikirim dri jauh..semoga ada surutnya x lama lagi.
ReplyDeleteMemang terasa cemasnya dear dan memang kesedihan itu turut terasa...
DeleteYa Allah, semoga cuaca semakin baik,
ReplyDeleteDatanglah mentari terbitkan sinarmu.. semoga tabah menghadapi ujian Allah..
Walaupun tak berada di sana, tetap merasai kecemasannya.. Allahuakbar..
Jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad
Memang terasa kecemasannya shad... Akak ni pun tiba2 seolah2 jadi tak senang duduk pulak...
Deleteterus berdoa....
ReplyDeleteYer mari kita sama2 terus berdoa...
Deleteseriously,ira ingatkan benda ni tak akan teruk macam ni,tapi tu la..kuasa ALLAH kan.. terkejut gila bila tau ada ura-ura nak isytihar darurat.. semoga ALLAH tabahkan hati mangsa2 banjir negara kita..='( aamiin.. keep praying for them..
ReplyDeleteSemoga segalanya berakhir dengan segera...
DeleteSetiap tahun mereka diduga dengan banjir besar. Tapi kali ni lebih serious dear. Harap sangat bantuan segera tiba untuk mereka...doa kan keselamatan mereka disana..
ReplyDeleteBetul tu dear, tahun ini lebih serius...
DeleteSetiap tahun banjir nya mesti yang terburuk..maknanya makin lama makin teruk banjir ni..sama2 la kita bantu apa yang patut
ReplyDeleteBetul tu D, sama-samalah kita bantu apa2 yang patut dan doakan...
DeleteRasa macam darurat dah ni :( Kesian diaorang. Semoga dipermudahkan ya Allah
ReplyDeleteYer betul tu Nad, semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT....
Deleterasanya air pasang besar macam yg berlaku kat johor beberapa tahun dulu . tak hujan tapi banjir ... kat sini wpun x banjir , kena sedia juga . hujan pun dah sehari memanjang ... semoga mrk tabah melaluinya ...
ReplyDeleteYer betul tu, diharapkan mereka tabah melaluinya...
Deletesemoga diberi ketabahan buat korban bencana :) dan jangan lupa untuk menyumbangkan sebagian rezekinya
ReplyDeleteTerima kasih teman...
Deletemoga cepatlah ada perisytiharan darrat... kalau jerebu boleh, knp yg melibatkan ratusan ribu nyawa tak isytiharkan...
ReplyDelete