Home » , , , , , , , » Fenomena "New Moon" Cetus Banjir Besar?

Fenomena "New Moon" Cetus Banjir Besar?

Allahu, isu dalaman negara buat penutup tahun 2014 ini... banjir besar di Pantai Timur. Memang jika diperhatikan banjir pada kali ini agak teruk dan air sememangnya cepat naik. Sedih dan mendoakan agar segalanya berakhir dengan cepat dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Farah bukanlah tinggal di pantai timur tetapi dari rakan-rakan seperjuangan di Kelab Blogger Ben Ashaari yang tinggal, yang berasal serta mempunyai keluarga di sana Farah sentiasa dikemaskinikan dengan maklumat juga dari berita-berita semasa. Setiap tahun pasti berlaku banjir, dan bila berlaku banjir macam-macam yang terjadi.


Dari sumber di SINI...

Fenomena 'new moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang, antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan pantai timur pada tahun ini. 

Pegawai Meteorologi Kanan, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin monsun timur laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini. Iaitu bermula bulan November hingga Mac. 

Katanya, meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon',iaitu keadaan apabila bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa. Bercakap kepada Bernama, Dr Mohd Hisham berkata pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin monsun timur laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.

Begitulah ceritanya dan kisahnya. Sedikit informasi tambahan mengenai "new moon" dari SINI



"In astronomy, new moon is the first phase of the Moon, when it orbits closest to the Sun in the sky as seen from the Earth. More precisely, it is the instant when the Moon and the Sun have the same ecliptical longitude[1] The Moon is not always visible at this time except when it is seen in silhouette during a solar eclipse or illuminated by earthshine. "

Boleh baca lebih lanjut berkenaan fasa-fasa bulan dari laman web-laman web yang berkaitan dengan astronomi mengenai fenomena "new moon" tetapi secara ringkas inilah penjelasannya. Yang lebih mudah difahami. 

Teringat pada rakan-rakan di pantai timur. Rakan-rakan blogger pun ada yang berasal dari sana dan ada yang sememangnya tinggal di sana. Kerisauan ahli keluarga di sini bila terputus hubungan dengan keluarga di sana, kerugian yang bakal dialami, keselamatan. Macam-macam perkara lagi lah... "typeless"... Mari kita semua sama-sama berdoa buat mereka-mereka yang terlibat dan menghulurkan bantuan setakat mana yang termampu bagi kita. 

Moga-moga banjir pada kali ini cepat berakhir, cepat surut dan semua mangsa banjir selamat serta dilindungi oleh Allah SWT. Tak dapat bayangkan anak-anak kecil, ibu-ibu mengandung dan warga emas. Lebih-lebih lagi bila bekalan elektrik terputus... :-(... Kawan-kawan alam maya di pantai timur yang terlibat dengan banjir sila jaga diri... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Fenomena "New Moon" Cetus Banjir Besar?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, December 24, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. Ada juga terbaca semalam... Mgkin ini peringtn dr Allah utk kita semua...

    ReplyDelete
  2. Sedih bila baca perasan kengkawan KBBA. Mampu sama2 doakan semuanya berada dalam keadaan baik dan selamat. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Tiap hari cik akak baca info nie farah..semoga Allah sentiasa menlindungi mereka...sedih tengok..tinggal bumbung je farah...kita doakan yang terbaik...minta dilindungi dari musibah bencana banjir

    ReplyDelete
  4. ibu dengan abah dekat pahang terputus bekalan air sebab banjir teruk sangat. rasa nak balik sana jenguk diorang :(

    ReplyDelete
  5. Hanya mampu doakan semuanya selamat....

    ReplyDelete
  6. yup, mmng teruk....moga dilindungi..amin..sedih! :-((

    ReplyDelete
  7. zaza pun ada tengok berita semalam pasal fenomena 'new moon'. zaza pun sedih n simpati kat mereka semua sb zaza asalnya dari pantai timur huhu. pernah alami banjir kt kg walaupun air tak masuk dalam rumah sb rumah kayu hehe. tpi rumah zaza air banjir hujan je bukan dari air sungai yg kuning tu.. zaza doakan semoga mereka semua redha dan tabah mengharungi ujian sebegini berat bagi mereka. In Shaa Allah

    ReplyDelete
  8. Semoga hujan berhenti dan ombak tidak kuat bergelora.. Saya terpaksa batalkn niat nk blk KB esok sbb dh 100% laluan ke pantai timur ditutup kecuali laluan udara. Tapi still x yakin sbb risau hujan still x benti. Kita doa2kan semoga semua mangsa dapat diselamatkan. Amin.

    ReplyDelete
  9. sentiasa doakan mereka yg berada di pantai timur selamat..

    ReplyDelete
  10. semoga Allah merahmati kita semua..

    ReplyDelete
  11. semoga yang terkena musibah banjir di lindungi alloh SWT amiiin

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY