Semakin Hari Semakin Kecut Perut Mummy!!!


Ya Ampunnn... Macam nilah aktiviti kegemaran Ash sejak kebelakangan ni... Tapi takkan nak dilarang pulak? Sebab perkara ni dah biasa bagi perkembangan kanak-kanak yang di dalam proses untuk belajar berdiri. Kena biarkan anak-anak mengeksplorasi diri mereka dan lihat bagaimana perkembangan mereka. 

Walaupun beralaskan toto... tapi masih tetap tak boleh dibiarkan jugak. Risau kalau-kalau tangan terkehel ker? terseliuh ke? kepala terhentak ke? Ho ho ho... Nampak tak kerisauan Farah tu? Ekstrem ke tidak Mummy dia ni? Farah tak sekat Ash dan tak buat sesuatu pun untuk membantutkan usaha cuba jaya Ash tu... Cumanya siap sedia dan mata tak pernah lekang dari memerhati. Tipulah kalau katakan anak tu tak jatuh langsung kan? Mana mungkin kan? Kadang-kadang tergolek dok jugak... Pheww... nasib beralaskan toto... Kalau tak... Mau berdegang degung kepala tu... kepala berdegang degung tu yang tak nak tu... itulah yang seboleh-bolehnya nak dielakkan... Moga-moga terelaklah hendaknya...

Bila bayang-bayangkan terus fobia dan trauma Farah... Nauzubillahminzalik...moga-moga dijauhkanlah hendaknya... Hu hu hu... Hajat tu besar nak berdiri... tapi masih dalam proses percubaan... Tak apa Ash... Mummy tetap jadi penyokong utama dan penyokong nombor satu Ash... Ha ha ha... walaupun Mummy tak pegang "pom pom" bersorak untuk Ash... ^_*... Mak-mak haruslah sentiasa bagi galakan dan sokongan padu untuk anak kan?

Kalau atas toto Farah tak risau sangat... Tapi kalau dia dah mula buat aksi yang sama di atas lantai simen... Jeng jeng jeng... Macam berdegup kencang jer jantung Farah...Kalau tengah-tengah buat kerja tu, berlari-larian Farah mengejar... Ha ha ha... Tiba masa untuk menguruskan badan!!!

Semakin berkembang semakin hari semakin kecut perut melihat kelakian anak teruna nan sorang ni...Tapi apa nak dibuat...kecut perut pun kecut perutlah "uolss"... Anak nak berkembang dan membesar, macam tu lah gayanya...semua ibu-ibu pun mengalami situasi dan perkara yang sama kan?

Caranya... duduk...lepastu ber-tumpangkan kedua-dua belah tapak tangan...menonggeng tinggi-tinggi... cuba untuk berdiri...lepas tu... terduduk balik ataupun tergolek semula ke toto...Bha ha ha... Tak apa-tak apa cuba sehingga berjaya yer Ash? *_^

Sedikit tips serta panduan di dalam artikel yang Farah pernah kongsikan pada 12 Oktober 2014 : Peranan Ibu Bapa Bila Bayi Mula Belajar Berdiri...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Semakin Hari Semakin Kecut Perut Mummy!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, November 24, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

20 comments:

  1. Comel sgt Ash...sikit lg ja tu nk boleh berdiri..sabor ye mommy ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik baik mummy akan bersabar...ha ha ha...yeay lepas tu cabaran baru pulak...

      Delete
  2. nampaknya sis farah kena pantau ash lah sepanjang masa :)

    ReplyDelete
  3. hi..sy dtg melawat..ank sy pon mcm ni jgk...tp kami slalu lepak ats tilam..umah pon kecik n sempit..tu je la tmpt mainnya..tu x tkt sgt...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang lebih elok rumah kecik sampai tak ada ruang dia nak gerak ke mana-mana, senang cerita...hew hew hew.... tapi ini banyak sangat kawasan yang nak diperginya... huwaaa....

      Delete
  4. Jaga jaga ash tonggekkan montot lagi sikit kemon kemon

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like to move it move it...ha ha ha...kakak yaya tolong jaga eh?

      Delete
  5. itulah naluri seorang ibu. its ok farah, memang patut pun risau, tapi mesti dady dia kata, gelabah la mummy ash ni.hahahha. kiss kan untuk ash.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr...jap fikir abah dia ada kata macam tu tak? ha ha ha...

      Delete
  6. X pe. Nak belajar berdiri tu. Gud ash.

    ReplyDelete
  7. kalau masih dpt sekitar pandangan kita, boleh la kita perhatikan...kalau kita kat tempat lain... waduhhhhh x dpt nk bayangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn? memang tak dapat nak bayangkan...tu yang dalam keadaan berjaga-jaga jer tu...

      Delete
  8. Ash dalam dalam proses nak belajar tu, kita sebagai ibu memang risau tengok aksi anak-anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, tapi tak boleh sekat, jadi biarkan dia sambil perhati...

      Delete
  9. haha... lepas ni bukan perut je kecut mommy... jantung pun nak luruh gak tau... tunggu la... hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia