Home » , , , , , , , , , » "High Chair" Bayi Dari Didi Kids World

"High Chair" Bayi Dari Didi Kids World


Kalau ikut-ikutkan Farah, memang agak "malas" nak membeli terlalu banyak barang untuk Ash ni. Eleh... dalam malas-malas pun dah penuh rumah dengan barangan dia ajer... Muahahaha... Sebab apa malas? Sebab Ash seorang saja! Esok dah besar siapa nak pakai? Makin lama makin banyak barang dia, sampai nanti boleh bayangkan stor tu takkan muat! Al-maklumlah bilik stor bawah tangga tu bukannya besar sangat... Dan ini bukannya menunjuk-nunjuk ataupun riak yer? Beli kerana keperluan yang memerlukan... 

Samalah dengan kes " baby walker" dulu bila Farah dalam dilema sama ada nak beli ataupun tidak? Dan isu tentang "baby chair" ni, Farah pernah kongsikan dalam entri INI dulu... 

Setelah pertimbangan yang sewajarnya dilakukan dan setelah mengambil kira setiap sudut dan segi, akhirnya semalam Ash dapat "high chair" bayi dia. Walaupun masih belum faham kenapa Mummy dia belikan "high chair" bayi tu, tapi jelas terpancar kegembiraan hati dia bila dia didudukkan di dalam "high chair" tersebut. Dia tau dia dapat barang baru... Hurmm... Biasalah budak-budak kan? Apa sangatlah nak dibandingkan kegembiraan hati seorang anak berbanding dengan kegembiraan saat kelahiran dia ke dunia sehingga sekarang dan juga kekurangan yang dia alami yang satu itu... Oopss Ash tak ada kekurangan dari segi fizikal ataupun apa-apa yang berkait dengan kesihatan yer... Alhamdulillah dia ok ok sahaja, syukran Allah.., Kekurangan ini kita jadikan biarkan rahsia dan tak perlu dibincangkan... ^_^... 

Waktu makan lebih mudah sekarang!!! Mummh suka suka suka. Sepahnya cuma setempat berbanding kebiasaan dan dalam masa yang sama boleh latih Ash tentang disiplin ketika makan. Makan adalah di meja makan... bukan merayap merata ataupun sepah-sepah sana, sepah-sepah sini. Walaupun masih kecil, anak-anak tetap perlu diajar tentang disiplin kan? Sama ada dilatih untuk berdisiplin dengan cara yang tegas atau santai itu terpulang kepada pilihan ibu bapa masing-masing. Masing-masing ada cara tersendiri dalam mendidik serta melatih anak-anak. 

Dekat mana beli "high chair" Ash ni? Farah beli dari kedai seorang rakan yang dah lama jugak Farah berulang alik kedai dia untuk beli barang-barang Ash. Sejak dari 2 minggu lepas Ash lahir sampailah sekarang ni. Suka masuk kedai dia tu. Entah rasa macam seronok jer perasaan tu. Nama kedai tu adalah Didi Kids World.  

Didi Kids World ni juga beroperasi secara "online" yang mana kalau siapa-siapa yang bercadang mencari barangan anak-anak tu bolehlah cuci-cuci mata di laman web mereka yer? Jujur Farah katakan dari pengalaman sendiri memang banyak pilihan yang terdapat di Didi Kids World. 


Terlalu banyak pilihan dan sampaikan kadang-kadang Mummy Ash yang jadi rambang mata... Muahahaha... Bukan anaknya! Ini kalau Didi tau ni, mesti dia suka... sebab bila Mummy yang suka, mesti Mummy akan beli kan? Dan harga di Didi Kids World adalah berpatutan. Eh sampai Farah adalah ahli Didi Kids World tau... Jangan tak tau... Bila beli dari Didi Kids World adalah dapat diskaun sebab ahli kan? ^_*... Tapi bagi Farah secara peribadi, Farah rasakan berbaloi membeli belah di Didi Kids World. 

Boleh juga cuci mata di laman Instagram mereka di SINI


Apa lagi ibu-ibu di luar sana? Jomlah cuci-cuci mata dan bajet-bajet mana yang patut... Ha ha ha... Mana tau kot-kot ada yang dicari dan ada yang terberkenan? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "High Chair" Bayi Dari Didi Kids World, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, November 9, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. Ash dah da kerusi mkn baru..hijau plak tu

    ReplyDelete
  2. wah.. cantikla. boleh pinjam tak, Ash?. hihi...,

    ReplyDelete
  3. menarik..ida xleh nak beli bby walker ke chair ke sbb si abg nk duduk..so baik xnyah beli..kalau x gaduh nnti..hehehhe

    ReplyDelete
  4. baby mmg kena belikan high chair klu nak disiplinkan dia makan ... seronoklah ash ada chair sendiri ...

    ReplyDelete
  5. Ada kerusi mkn senang sket mkn x tumpah smp sepah rata2...

    ReplyDelete
  6. wow. boleh cuci cuci mata tengok apa yang berkenan

    ReplyDelete
  7. brapa ni brapa ni?br igt nk beli kt Aqil gak

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY