Home » , , , , , , , , , » Hari Ini Adalah #tantrumday Ash...

Hari Ini Adalah #tantrumday Ash...


Tidur yang lena dan sangat panjang di dalam kereta setelah keletihan berendam dan berenang-renang sebentar di dalam tab jakuzi... Tapi sebelum tu jangan sangka clear water no boya ok? Ha ha ha... Sebelum tu berantakkan dia macam nak makan orang! Letih lettew bila lengkap pakej berenang dan berantakkan... Sudahnya... tidur jua kamu wahai anak akhirnya... Sampaikan... 


Ha sampai giteww sekali lenanya... Jelly pulak Mummy tengok sebab nampak sedap nau tidurnya. Mood swing sikit dia hari ni. Asalnya bangun terlalu awal hari ni... pukul 7 lebih dah bangun. Lepas tu keluar pagi-pagi lagi pergi beli sarapan sekejap. Balik mandikan dia, siap-siap terus keluar pergi berenang-renang... Nek Ma belanja dia berenang-renang. Satu perkara yang dia suka... iaitu air. Tapiii... masa nak sampai ke tempat berenang-renang dia tertidur... Bila sampai jer... dia terjaga sendiri... Hangin sebab tak cukup tidurlah tu... Dah mula meragam... 

Bila dapat air senyap pulak... muahahaha... Naik dari air... dah mula berantakkan... dia tak nak naik! Oh goshhh!!! Mood swing sudah mariiii.... 

Relaks Mummy relaks... Ha ha ha... memang relaks punnn... nak kendalikan anak yang meragam dan mengamuk ini memang adakalanya boleh memberikan tekanan bagi sesetengah orang. Sebabnya... bila anak meragam atau mengamuk, ada di kalangan mak-mak yang akan tiba-tiba rasa kelam kabut ataupun menggelabah... tambah lagi pulak dengan pembesar suara dari radio atau gramofon anak tu kann??? La la la la... Apa yang perlu buat... mak tu sendiri kena tenangkan diri... 

Cara bsgaimana nak mengendalikan anak mengamuk ataupun meragam ni... terpulang kepada kebijaksanaan psikologi dan minda kita sebagai ibu bapa... tapi untuk sedikit tips dan panduan... bolehlah kiranya kalau sudi baca entri tentang mengendalikan tantrum anak di SINI yang Farah pernah kongsikan dengan semua. ^_^ Ngee... 

Tapi hari ni memang #tantrumday dia... Biasalah sedangkan kita yang dewasa ni pun mood boleh berubah-ubah... inikan pulak kanak-kanak ye tak? Tapi bila anak-anak mengamuk atau meragam ni, memang penting kita sebagai ibu bapa bertenang dan kendalikan dengan bijak... Ha ha ha... Tahap kesabaran kena tinggi... Tak perlu nak menjerit pada anak atau tinggi suara pada anak seboleh-bolehnya... Hurmm... Orang akan kata... bercakap teori memang senang dan berbeza dari segi praktikal... Memang bukan mudah bagi sesetengah keadaan... tapi itulah cabaran keibubapaan ye tak... 

Tapiiii... kalau dah jenis nak kena jerit jugak atau tinggikan suara jugak... Itu Farah tak boleh nak komen... Yelah setiap orang kan ada cara tersendiri yang dirasakan terbaik untuk didik anak-anak masing-masing yang dirasakan terbaik untuk anak-anak masing-masing... 

Cumanya Farah bukan jenis yang suka nak menjerit-jerit jer kot? Dah kata setiap orang berbeza caranya... Farah ni jenis pandang jer kelakuan Ash kalau dah over sangat... lepas tu bila pandang jer dia tak kelip-kelip tak payah kata apa-apa pun... Ash akan sedar yang Farah tak berkenan cara dia... automatik dia datang dekat dan cium pipi Farah... Awww... cair sekejap... Ha ha ha ... Nak dia faham secara intelektual sebenarnya bukan dengan jeritan atau tinggi suara... Nak dia faham ketegasan... Errrr... 

Oklah, nak cerita yang hangin dia tak elok jer hari ni... tapi termelalut pulak panjang lebar... Ok sekian, tamat cerita... Nak siapkan barang-barang untuk esok... Esok pagi-pagi dah nak bergerak keluar dari rumah dah... Macam hari kerja biasa... he he he... Nak jumpa adik beradik dari jauh esok!!! Lama dah tak jumpa... dan nak jumpa adik beradik lain jugak esok... #ehhh Farah anak tunggal tapi ini semua kumpulan adik beradik tak seibu tak sebapa tapi di bawah satu bumbung... 

Daaaa....

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hari Ini Adalah #tantrumday Ash..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, November 1, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

19 comments:

  1. Sedapnya tido.....budak-budak banyak ragamnya. Walau bagaimana pun mereka adalab amanah Allah yang harus kita jaga. Gembirakan hati mereka...syurga untuk kita orang tua.

    ReplyDelete
  2. Ok la tu kalau diam je dia akan senyap sendiri..kalau anak saya kita diam buat tak tahu dia yang gigit kita pulak.pujuk pun tak makan,layan pun tak makan..buat2 nangis la baru dia senyap..hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouchhhh gigit? ha ha ha, jadi godzilla dia jap ek? ash ni tak taulah akan datang kalau dah ada gigi dan main gigit-gigit pulak...

      Delete
  3. Samala pulak farah. Harini ank tantrum x cukup tido. Bgn pg kul 4.30pg. Pastu tetamu pulak dtg rumah t/ hari td. X puasctido sbb x dpt ngempeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam berjanji pulak diaorang ek sue? nak tantrum pada hari yang sama? ha ha ha...

      Delete
  4. hahahaa..ash-ash..nak membesar dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nad... cepat sikit besar senang nak angkut sana sini sinun kalau mummy work...

      Delete
  5. dah penat mengamuk... syiokkk je tido Ash... amboi3x... dengki pulak aunty sha yang tak dapat nak tido syiok2 dah berapa hari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, kann? jelly kan? bila dia tidur lena macam tu? kalaulah kita dapat tidur macam tu jugak...

      Delete
  6. Setiap anak berbeza pula nanti hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he... In Shaa Allah, ini seorang sahaja dear...

      Delete
  7. Selalunya anak akan mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak ataupun tak cukup tidur.

    ReplyDelete
  8. anak saya pon dulu macam tu..dah besar..emm..dia tenung mata kita balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh tenung mata ibu dia balik... amboiii garangnya dia...he he he...

      Delete
  9. Ash suka main air ye sampai moody tu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia