Bayi Dan Selaran Matahari ("Sunburn")

Sumber Dari Google
Sumber Dari Google
Setakat ni, belum pernah baca di mana-mana blog lagi ataupun mungkin Farah terlepas pandang tentang pengalaman ibu-ibu atau bapa-bapa berhadapan dengan masalah selaran matahari ataupun lebih dikenali dengan "sunburn". Cuba lihat gambar-gambar di atas...Macam kesian kan tengok? Dan bayangkan kalau terjadi pada anak-anak kita?  Tak kesanggupan melihatnya sebenarnya.. 

Sekiranya anak-anak kita terkena kesan selaran matahari dan dia adalah di bawah usia 12 bulan ataupun 1 tahun, sila dapatkan rawatan dari PAED, walaupun selaran matahari itu adalah sedikit kesannya! Selaran matahari bagi anak-anak di bawah umur 1 tahun boleh menjadi lebih serius daripada bagaimana ia kelihatan pada luaran. PAED akan bertanya kepada ibu bapa apakah simptom-simptom pada bayi dan akan meminta ibu bapa membawa bayi untuk pemeriksaan bagi memastikan anak-anak kita tidak memerlukan rawatan kecemasan.

Sekiranya anak kita berumur setahun ataupun lebih, dan kulit mereka sekadar berwarna merah jambu dan juga pucat, kita mungkin tidak perlu mendapatkan rawatan daripada PAED. Cuma pastikan anak-anak dalam keadaan selesa sehingga kesan selaran matahari itu reda dan pulih. Melalui satu artikel di SINI, ibu bapa mungkin boleh cuba untuk membantu meredakan serta memulihkan kesan selaran matahari ini kepada anak-anak.

YA DAN TIDAK DI DALAM MERAWAT DAN MEREDAKAN SELARAN MATAHARI

Ya
  • Berikan anak-anak minum air yang banyak: susu ibu ataupun formula sekiranya anak-anak kita masih menyusu, air kosong ataupun apa-apa sahaja air lain sekiranya dia lebih dari usia setahun. Ini akan membantu meredakan serta menggantikan cecair yang hilang akibat terdedah kepada sinaran matahari.
  • Rendamkan kain yang bersih di dalam air sejuk, perah dan perlahan-lahan letakkan atau tekapkan di bahagian yang terkena selaran matahari selama lebih kurang 10 sehingg ke 15 minit selama beberapa kali dalam sehari, pastikan anak-anak tidak kesejukkan. 
  • Cuba mandikan anak-anak dengan air sejuk untuk buatkan anak lebih selesa. Tambahkan "baking soda" ataupun "oatmeal-based bath treatment" boleh didapati di farmasi. Tekap-tekap dengan tuala supaya kulit anak kering dan jangan sesekali lap!
  • Letakkan losyen pelembap berasaskan air (bebas alkohol) ataupun gel aloe vera untuk meredakan kegatalan kulit. Kalau semakin teruk kegatalan, selaran matahari tu akan mula mengelupas.
  • Kalau anak-anak merasa kesakitan, mungkin kita sebagai ibu bapa boleh memberi anak-anak "acetaminophen" ataupun "ibuprofen" untuk meredakan sakit itu. Kalau kita mempunyai anak-anak yang di bawah usia 12 bulan, dapatkan nasihat PAED sama ada ok atau tidak untuk berikan "pain reliever" kepada anak-anak. ("Ibuprofen" disyorkan pada kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke atas). Jangan sesekali beri anak aspirin. Ini boleh memberikan risiko kepada anak-anak kepada "Reye's Syndrome"...Apakah "Reye's Syndrome"... nanti In Shaa Allah Farah kongsikan di dalam entri yang lain.
  • Pakaikan anak-anak pakaian yang longgar yang tidak akan menyakitkan selaran matahari pada kulit mereka. 
  • Kuarantin anak dari sebarang pendedahan kepada cahaya matahari sehingga mereka sembuh sepenuhnya. Sebab anak-anak yang dah terkena selaran matahari boleh dapat selaran matahari dengan mudah bila sedang mengalami kesan selaran matahari.
Tidak
  • Jangan sesekali meletakkan produk berasaskan petroleum seperti jeli petroleum di atas kulit anak. Ini bagi mengelakkan kepanasan dan juga perpeluhan yang mana ia akan membuatkan kesan selaran matahari semakin teruk. Sama jugak dengan "butter" dan juga minyak. 
  • Jangan gunakan "first-aid sprays" ataupun "ointment" yang mengandungi benzocaine. Benzocaine akan membuatkan kulit merengsa dan memberikan reaksi alergik.
  • Jangan pecahkan sebarang "blisters". "Blisters" melindungi lapisan kulit bawah anak dan memecahkan "blisters" akan mendedahkan anak-anak kepada infeksi. Sekiranya ianya pecah dengan sendirinya, letakkan "antibiotic ointment" dan balutan yang tidak melekat pada kulit. Jangan sesekali cuba "trim" kulit-kulit mati tersebut pada anak-anak. 

BILA PERLU MENDAPATKAN KONSULTANSI DOKTOR
Sila dapatkan konsultansi dan rawatan doktor dengan kadar segera sekiranya anak-anak kecil terkena selaran matahari. Sekiranya umur anak-anak kita adalah 1 tahun ke atas dan mempunyai kesan selaran matahari yang sedikit, tak perlu berjumpa doktor. 

Nota: Kita hanya akan menyedari kesan selaran matahari selepas kita membawa anak kita masuk ke dalam rumah. Kemerahan dan kesakitan di peringkat pertama mengambil masa selama beberapa jam untuk kelihatan.

Dapatkan konsultansi dan rawatan doktor sekiranya anak-anak kita:
  • "Blister" mula kelihatan dalam tempoh 24 jam pertama.
  • Bengkak di tangan dan muka.
  • Mempunyai tanda-tanda terkena infeksi seperti "pus" atau "red streaks".
  • Demam dan menggigil.
  • Sakit kepala.
  • Kelihatan seperti menanggung sakit yang teramat
  • Muntah dan pengsan
KENAPAKAH SELARAN MATAHARI ADALAH SESUATU YANG SERIUS?
Selaran matahari itu adalah merupakan kulit yang terbakar. Kulit anak-anak kita adalah nipis dan sensitif dan ia boleh terbakar dengan cepat. Selaran matahari peringkat pertama adalah yang menyebabkan kemerahan, bengkak sedikit dan kesakitan. Peringkat kedua adalah lebih serius, lebih menyakitkan, bengkak-bengkak kelihatan lebih serius, kemerahan dan juga "blisters". Peringkat pertama kebiasaannya akan pulih di dalam tempoh dari 2 sehingga 5 hari manakalah peringkat kedua boleh berpanjangan sehingga beberapa minggu. Sekiranya anak-anak kita menghabiskan masa terlalu lama di bawah sinaran matahari, mereka boleh terkena strok haba... Tentang strok haba... "uolss" boleh baca di SINI sepertimana yang Farah pernah kongsikan dulu.

BAGAIMANA SEKIRANYA KULIT ANAK-ANAK MULA MENGELUPAS
Jangan panik dan jangan terkejut sekiranya kulit-kulit yang terkena selaran matahari itu mula mengelupas. Pengelupasan adalah salah satu bahagian semulajadi di dalam proses pemulihan. Selalunya ianya akan berlaku beberapa hari selepas selaran matahari berlaku.

ADAKAH KEROSAKAN KULIT ADALAH SESUATU YANG PERLU DIRISAUKAN?
Ya. Selaran matahari bermakna kulit telah dirosakkan oleh sinaran radiasi ultraviolet dan juga pendedahan kepada radiasi UV dari matahari adalah penyebab kepada semua jenis kanser kulit. Beberapa kajian mendapati selaran matahari yang teruk semasa zaman kanak-kanak mengakibatkan melanoma - salah satu jenis kanser kulit di usia anak-anak kemudian hari.

Disebabkan kulit anak-anak lebih sensitif dari kulit orang dewasa, kanak-kanak adalah lebih berisiko ke atas selaran matahari dan kerosakkan kulit.

BAGAIMANA NAK ELAKKAN ANAK DARIPADA TERKENA SELARAN MATAHARI?
Ermm... dengan aktiviti sekolah segala bagai, agar sukar kot nak elakkan anak terkena selaran matahari. Lebih-lebih lagi kalau yang berkawad segala bagai. Tapi dalam konteks ni kita membincangkan tentang anak-anak kecil bukannya anak-anak yang telah bersekolah. Hew hew hew... 

Sumber dari Google
Takkan nak kurung anak dalam rumah jer yer tak? Pakaikan anak-anak "sunblock" yang bersesuaian dengan umur mereka, pakaian untuk aktiviti luar seperti baju lengan panjang, seluar, topi. Dan jangan dedahkan sangat kepada matahari. Sinaran matahari yang paling berbahaya adalah di antara 10 pagi dan 4 petang. Tapi..kulit sebenarnya terdedah kepada sinaran UV semasa semua waktu di siang hari, tak kira sepanjang tahun ataupun ketika cuaca mendung.

Disebabkan kerana inilah, Farah belum lagi bawak Ash bercuti-cuti Malaysia di pantai atau di mana-mana "uolss"... Sebab dah pernah terbaca dan kekonon kalau boleh nak elakkan dari terkena selaran matahari... Tapii... dah setahun ni In Shaa Allah...dah boleh mula bercuti-cuti dah kami...Ekekekeke... Tak berjalan apa cerita pulak ek? Bagilah Ash merasa melihat panorama yang berbeza dari rumah dan sekitar Lembah Klang saja... La la la.... Dan takkanlah nak jadikan dia putera lilin pulak... ha ha ha...cuma "alert" jer lah dengan segala perkara seperti selaran matahari ni...supaya tidak memudaratkan dia...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bayi Dan Selaran Matahari ("Sunburn"), diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 18, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. haah, anak sue yg baby 8 bln pun blom bw pergi pantai lg. tunggu besar sikit.

    ReplyDelete
  2. time anak-anak masih kecil lg ni, ibubapa terpaksalah berkorban untuk tidak ke pantai. Nanti dah besar baru la selasa nk ke pantai...=)

    ReplyDelete
  3. anak saya memang jarang main tgh panas.. kalau nak bawak main kat tempat terbuka macam padang ke hapa memang petang jer.. apapun info & tips yang bagus

    ReplyDelete
  4. kulit baby nipis.. tak sesuai nk bawa jln2 tepi pantai..

    ReplyDelete
  5. kalau kita ada sunburn, mau nya gelisah jugak kan. anak2 umi setakat ni alhamdulillah takda. yg penting umi pastikan krim sapuan yg umi guna paraben free

    ReplyDelete
  6. Semasa mereka kecil2 kita jaga sebaiknya kan... Kulit nie terlalu sensitif...

    ReplyDelete
  7. whoahhh. bagus info ni. boleh praktik bila da sampai masa nanti. inshaa Allah (: *muda lagi*

    ReplyDelete
  8. Nice sharing...
    Kesian bg bby kna matahari...tmbh dok kt bndr... Sinaran yg x sihat..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY