Ash Telah Dikerjakan Mummy!!!

Sempena sambutan ulangtahun kelahiran Ash yang pertama semalam, malam sebelumnya Ash telah dikerjakan oleh Mummy!!! Muahahaha... Pasrah ajerlah yer Ash diperlakukan oleh Mummy? Sebab tak pandai kata tidak lagi kan? Hew hew hew...Jadi kenalah ikut jer apa yang Mummy suruh...Hik hik hik, ini kira kes buli ke apa ni? Tak kan? Tak kan?

Apa ajerlah yang Mummy Ash buat pada Ash kan? Tak ada apa...tak dera anak pun ok? Cuma kita main-main "water colour" jer bersama-sama...Main celup-celup tangan, main celup-celup kaki... Bha ha ha...Tapi yang semestinya "non-toxic water colour" untuk bayi dan kanak-kanak lah kan? Langkah keselamatan tetap perlu... Dan hasilnya... 

Tapak kaki tu cantik jer...tapi tapak tangan tu sebab Ash sibuk nak ramas-ramas...Ha ha ha... Tapi jadilah tu kan? Tapak kaki dan tapak tangan ketika Ash berusia 1 tahun yang bakal diabadikan dengan cara, nanti tengah-tengah tu, Mummy Ash akan cetak gambar Ash dan lekatkan di situ, siap sudah kalu... hantar kedai mintak tolong bingkaikan dan kita letakkan di dinding rumah... Kenangan untuk masa akan datang...Ye lah al-maklumlah, anak-anak ni cepat membesar... Tak naklah juga kerugian "moments" ni...lagi-lagi dah terang lagi bersuluh dia sorang jer kan? 

Idea ni Farah pernah kongsikan di dalam entri Kraf Tapak Tangan & Tapak Kaki Bayi | Ash Bakal Diperlakukan... pada 15 November 2014 baru-baru ini... Walaupun tak serupa sebijik sebijun macam dalam gambar tu...Oklah tu kan? Janji ikut kreativiti masing-masing... 

Dan semalam bila dah kering sepenuhnya... lepas mandi lepas sarapan pagi semua bagai... sibuk dia nak tengok dan belek tapak tangan dan tapak kaki dia... ha ha ha... nanti kita cetak gambar yer, nanti kita buat bingkai dan letak kat dinding yer? Ash boleh tengok hari-hari nanti... 

Alhamdulillah, dia beri kerjasama yang sepenuhnya sewaktu melakukan..tak adalah Farah bergelut sangat...Hew hew hew... Suka gamaknya main celup-celup tu... 

"Mission Accomplished!"... Nak cari apa lagi aktiviti yang boleh buat dengan Ash...Seronok dan teruja bila dia dah meningkat ke 1 tahun ni..macam-macam aktiviti perkembangan minda dan otak boleh dikongsi dan dilakukan sama-sama...Nanti kalau ada aktiviti-aktiviti lain yang kami lakukan, Farah kongsi yer? Hew hew hew... Mana tau kot-kot boleh bagi idea pada ibu bapa di luar sana jugak? *_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ash Telah Dikerjakan Mummy!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 27, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

27 comments:

  1. Wah...Creative mummy Ash...Comey je kaki Ash..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu, nak kata kreatif tu tak berapa nak kreatif sangatlah dear oiii...ha ha ha... itupun terbaca dalam blog over the sea...

      Delete
  2. excited ash...comei jer tangan kaki kecik dia...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dia... bukan main suka main celup-celup tu...

      Delete
  3. Replies
    1. tengah fikir aktiviti lain untuk dia pulak ni ija...

      Delete
  4. wahhh dah besar pakwe kita encem la awakkkk nanti kita jumpa ye hehehe

    ReplyDelete
  5. Good idealah Fara.
    Kalau dapat buat tiap tahun atau 5 tahun sekali pun akan nampak bezanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, moga tak lupa kak, tahun depan kalau rajin buat lagi...hik hik hik...

      Delete
  6. Good job Ash sbb bg kerjasama. Nnt besar ash boleh tgk balik mengimbau zmn ash waktu kecik ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pheww itulah sue, nasib baik dia nak bagi kerjasama...kalau tak pengsannn...

      Delete
  7. bestnya.. N tak sempat nak buat kat anak macam ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa N, masih sempat lagi kalau nak buat sekarang...kalau tak dapat tapak kaki, sebab dah besar, tapak tangan pun boleh...

      Delete
  8. Replies
    1. Errrr bolehlah...tapi tak adalah kreatif mana sangat pun...

      Delete
  9. amboi mummy...mcm2 aih buat...kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, nampak sangat mummy asyik mengerjakan dan mengulit anak yer tak zai?

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia