Face Painting | Hukum Melukis Di Muka???

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Face painting ni memang dah jadi trend sekarang kannn??? Kanak2 pun tak terkecuali...Kalau yang dewasa usually semasa musim World Cup kita dapat tengok pelbagai face painting... tak world cup pun ada jugak... Tapi untuk kanak2 usually berkaitan dengan events for kids, riadah, and activities... Terjumpa dengan artikel ini di SINI dan tertarik dengan topik ini... dalam ingatan di kotak pemikiran... Ash semakin besar jadi tak mustahil satu hari nanti dia juga meminta face painting bila melihat dan ingin experience.... Jadi tak salah kalau equip diri sendiri dengan knowledge yang ada kann??? 

Soalan:
Apakah hukum mengecat wajah anak2 (face painting) dengan lukisan gambar haiwan atau karakter kartun? Saya lihat ia semakin menjadi trend dalam sambutan ulang tahun hari lahir dan sebagainya?

Jawapan: 
Melukis makhluk hidup, sama ada manusia atau haiwan, sama ada penuh atau sebahagian, dilarang tegas oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat kelak adalah orang yang suka menggambar (sama ada melukis atau membuat patung), [Shahih Muslim, no: 3944/2109]. 

Dalam sebuah hadis yang lain Abdullah ibn Abbas menerangkan bahawa Rasulullah bersabda: Setiap orang yang suka menggambar (melukis atau membuat patung) akan masuk neraka. Allah akan menjadikan baginya, dengan setiap gambar yang dibuat, sosok yang akan menyeksanya di neraka Jahanam kelak. Abdullah ibn Abbas melanjutkan: Jika kamu tetap perlu melakukannya, maka buatlah gambar pepohonan atau benda lain yang tak bernyawa. [Shahih Muslim, no: 3945/2110]

Pun begitu, tidak mengapa jika lukisan tersebut adalah untuk mainan kanak2. Ini merujuk kepada kes patung di mana Islam melarang membuat atau menyimpan patung makhluk hidup di dalam rumah. Namun pengecualian diberikan kepada patung mainan kanak2. Iolss pernah up entri di SINI sekali dulu.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, no: 5665/6130, A'isyah menerangkan: Aku pernah bermain bersama anak2 perempuanku (patung/dolls) dekat Nabi dan aku juga mempunyai teman2 yang biasa bermain denganku. Apabila Rasulullah masuk, mereka bersembunyi daripada baginda, sehingga baginda memanggil mereka supaya kembali bermain bersamaku. 

Oleh itu, boleh mengecat wajah anak2 (face painting) dengan lukisan gambar haiwan atau karakter kartun.

*Bagi yang dah tau tu, kira refresh lah ni...tapi bagi yang baru tau... semoga bermanfaat buat kita semua bersama...

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak pernah buat lagi..mujur la..tak de peluang nak buat..heheh

    ReplyDelete
  2. face panting kanak2 biasanya buat time bufday party...saja2 nak make kids happy kan ;)

    ReplyDelete
  3. selalu geram sebab comel sangat bila budak2 kecik buat facepanting ni...

    thx kak fara for sharing :)

    ReplyDelete
  4. baru taw pasal ni..tq share kak.. ^_^

    ReplyDelete
  5. good sharing and berinformasi sis!

    ReplyDelete
  6. virtual face painting je lah kak farah.. hehe.. plus tak kotor.. comel pun comel. :D

    thanks for sharing ye..

    ReplyDelete
  7. tentang perkara2 sebegini bergantung kepada niat kita sebenarnya..utk kanak2 je pun, so mmg takde masalah..Islam itu mudah, Islam itu tak sempit. yg sempitnya adalah pemikiran org2 yg xnak ambil tahu dan anggap mereka je yg betul..

    ReplyDelete
  8. Asal belum baligh ok kan. Tapi skrg ni yg besau2 pon masih ada anak patung. Iols pon dulu2 kat u. Padahal kalau jumpa ngan abah memang abah bakar terus. Huhuhu.

    ReplyDelete
  9. Habistu jika seseorang menulis nama pada wajah apa hukumnya . Sedangkan dajjal ada tulisan di dahinya . Apa bezanya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !