Home » , , » Nanti Malam Dia Bernyawa!!!

Nanti Malam Dia Bernyawa!!!

Source Extracted from Google

Sedari kecik saya memang kurang gemar bermain dengan anak patung Barbie ataupun anak patung yang sebegini... 


Takut ooo sebab mama selalu cakap dengan saya, "nanti malam dia bernyawa!!! dia ajak adik main dan cakap  dengan adik, lepas tu nanti dia jahat"... ahaksss physcho tak physcho iolsss yang memang penakut ni??? Terus terbayang mata doll tu jadi warna merah biji saga dan bergerak menuju ke arah saya dan nak mencekik leher saya... oopsss iolss tak rela... lariiii.... 

Terbaca di SINI...

Menyimpan patung berupa manusia dan haiwan (mempunyai roh), selain daripada tujuan permainan (meaning boleh untuk gegirl2 main), adalah haram. Akan tetapi jika patung itu digunakan untuk permainan anak2, dibenarkan. 

Isteri Nabi iaitu Aisyah, dikahwini Baginda  pada usia 7 tahun dan Nabi SAW mula tinggal dengannya pada usia 9 tahun dalam keadaan beliau masih lagi bermain2 dengan teman2nya iaitu anak patung. [HR Muslim].

Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung. [HR Muslim].

Jika malaikat tak masuk siapa akan masuk??? Syaitan yang akan masuk ke dalam rumah. Bila syaitan masuk, rumah akan jadi panas, rumahtangga juga akan bergoyang. Malaikat masuk ke rumah kita membawa keberkatan dan cahaya. So, kita pilihlah nak siapa masuk ke dalam rumah. 

Ada juga mereka yang menyimpan patung di dalam kereta. Perkara itu juga tidak dibenarkan. Contohnya patung bear yang tergantung pada cermin kereta. Patung itu digunakan sebagai perhiasan bukannya mainan. 

*Alamak, nampak gayanya Cik Ted nak kena dibuang ni, dan beberapa soft toys lain juga. Hu hu hu. Since bukan untuk tujuan permainan dan hanya hiasan. Ash pun lelaki, takkan nak main patung2 gegirl ye tak??? Baiklah2... dah jadi mummy dah, bukannya gegirl2 lagi... jadi kenalah tinggalkan... Sebab tu saya suka membaca... perkara2 yang boleh kita anggap tak ada apa, remeh atau kita terlepas pandang, dengan membaca ada kalanya dapat mengingatkan kita serta menyedarkan kita untuk berubah ke arah yang lebih baik dan bukannya sebaliknya. 

**Saya akan hapuskan since dah baca sebegini... sentimental value? well, macam yang artikel tu inform, pilihan terletak di tangan kita... like it or not, untuk kebaikan, eloklah dibuang atau diberi pada anak2 buah gegirl yang ada... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Nanti Malam Dia Bernyawa!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, February 15, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

34 comments:

  1. hahaha..epic sungguh..memang betul² takut patung ni sebab mata dia kelip² tambah lak mak cakap camtu..terus campak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn??? bila mata patung kelip2 tu rasa semacam jer...

      Delete
  2. Setuju tu...kat rumah penuh bear dari yg kecik sampai yg besau....anak buat mainan...akak pun ada simpan bear minnie mouse yang hampir seusia dgn anak perempuan akak ...dah 20 tahun....dorang buat main...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat permainan tak apa kak, tapi buat perhiasan yang tak boleh tu... hu hu hu

      Delete
  3. tapi kalau patung kecik keychain tu okay kut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu akak tak berapa nak pasti nak kena refer or buat research lagi...

      Delete
  4. thank's sis atas prkongsian..takut la kalau patung barbie tu nnt hidup mcm crita omputih tu

    ReplyDelete
  5. Saya pun selalu ckp dgn anak, nnti mlm dia bernyawa... Lagi pun lepas tgk citer chucky, dia mmg takut dgn anak patung hihi...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. chucky tu cam memang sangat menyeramkan kot?

      Delete
  6. alamak, dlm keter fizi ada dolpin hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fizi dalam kereta akak ada kangaroo ok? hu hu hu...

      Delete
  7. btl tu fara lps ni kalau nak beli hiasan lebih berhati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kita manusia ni tak lari dari khilaf kan??? semoga lepas ni dapatlah diperbaiki lagi...

      Delete
  8. prnah dengar sal patung2 ni dalam rncgn 'pesan atok' .. memang xleh klau utk dibuat hiasan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi janganlah kita jadikannya sebagai hiasan...

      Delete
  9. Alamak. Ada gak menan anak anak yg disimpan. Kena buang gak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau untuk tujuan permainan tak apa kak... lagipun anak2 akak kan kecik lagi... masih bermain dgn patung...

      Delete
  10. Abah Eraz selalu cakap pasal benda ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah mamalah yang selalu cakap... hu hu hu

      Delete
  11. Kalau boleh dielakkan...elakkanlah...Banyak lagi mainan lain yg ada. :)

    ReplyDelete
  12. yes dear, memang tak elok simpan patung teddy bear atau barbie dengan tujuan untuk hiasan. Kalau untuk dimain2, dipijak2 takpe hehe. Anak2 kenit dok galak lagi bermain teddy bear ni hehe.

    ReplyDelete
  13. after Married En.hubby suruh buang satu katil bujang all the teddies memng sedih sngt nk buang..serius sedh sngt n berat hati coz kebyakkanye org kasi..tapi hukum tetp hukum....insyaAllah slow2...hgga ari nie x pernah beli lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih kak, tapi what to do, kena ikut juga kalau suka tak suka pun...

      Delete
  14. All my teddies dulu dh berpindah hak milik ke dania...dania pun dh x suka teddy..now bg adik kembar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah ada anak pompuan kak long... he he he...

      Delete
  15. Boleh ada, tpi jgn ltak tmpt tggi dan utk.hiasan... Sy pun byk ank ptung tpi bkn bntukorg... Bntuk binatang... Tpi x pnh letak elok..dok dalam plastik dan siap sepak2 n pijak2 lagi..

    ReplyDelete
  16. rumah saya pun ada kak teddy bear yg org bagi..uhuk..tp sume letak tmpt tersorok

    ReplyDelete
  17. memang btol pon...
    yaya dulu ada patung barbie tu..kdng main tp lepas tu xde simpn dlm rumah..
    g letak kt lua rumah...hehe (nsib bek xkene curik ;p)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia