Hu hu hu, Ash tidur sekarang dah berpusing 360 Degree uolss dan dah lasak. Makanya terpaksalah mummy tidur2 ayam. Bergolek2 macam Hindustan nasib baik tak macam ayam golek ha ha ha... kadang2 tu dah sampai ke hujung kaki. Bahaya ni... makanya tidur memang berkepung dengan bantal, bila dah lari dari kedudukan asal terpaksa betulkan semula, tolak katil ke tepi dinding ataupun kalau mummy dah rasa macam insecure sangat, risau kot2 lah mummy dah terlalu letih dan tak tersedar, kita alihkan tilam dulu ke atas lantai dan kita tidur bawah.... Bukan apa langkah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tak diingini.
Tidur berpusing 360 Degree ni, dan tidur lasak ni, Atuk dan Nek Ma Ash cakap mengikut gaya mummy tidur masa kecik2.... Hua hua hua... Banyak betul karakter mummy yang Ash inherit. Karakter Abah tak ada ke??? Ada, tapi belum sampai station mummy nak cerita lagi. Hik hik hik. Tunggu sampai station dulu na.
Selain dari gebang2 kosong tentang Ash yang tidur berpusing 360 Degree dan lasak ni uolss... iolss nak kongsi sikit hasil pembacaan satu artikel tentang Karakter Tidur dengan uolsss dari SINI...
Karakter Tidur
Diriwayatkan daripada Barra' bin 'Azib RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan, kamu hendaklah berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu."
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring mengiring sebelah kanan.
Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti tidur meniarap. Ada fakta mengatakan yang seseorang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas.
Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. Pengkaji dari Australia menyatakan yang berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.Majalah Times melaporkan kajian di Britain menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur telentang pula akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan regangan rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru-paru kanan yang mana ia lebih besar daripada paru-paru kiri. Ini memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan di antara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke kiri mengikut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara lima hingga lapan jam bagi proses yang sama.
Bagaimanapun tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada sebelah kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.
Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Ada pula fakta lain berkaitan tidur mengikut gaya dan maknanya. Umpamanya anak muda atau individu yang tidur gaya bayi. Majoriti wanita tidur dengan gaya ini dan mereka dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensitif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan, bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.
Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa sama suka bersikap sinis, jenis syak wasangka dan degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan dibuat.
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri dan orang lain.
Golongan ini berpotensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.
Golongan yang gemar tidur meniarap dengan tangan di bawah bantal atau tangan diselubungi bantal dan kepala mengiring ke kiri atau kanan, dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar dan agak tergopoh-gapah dalam tugasan harian mereka.
Gaya tapak Sulaiman adalah gaya tidurnya telentang sambil tangan atau lengan diletakkan di atas kepala dan dahi dikenali sebagai orang yang prihatin dan suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu dan tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur dan tidur yang tidak lena setiap malam.Macam2 karakter tidur ni kannn??? Anak uolss tidur lasak tak??? Hew hew hew...
*Bila anak tidur lasak dan masih kecik lagi, memang tidur ayamlah jawabnya... Kita tidur ayam dan tak berapa nak lena macam biasa tak apa, dari sesuatu yang tak diingini terjadi kan??? Manalah orang yang beranak kecik nak dapat tidur macam orang yang tak ada anak kecik. Bha ha ha, ada, bila anak dah terlalu letih. Tu sebabnya iolss selalu layan Ash bergurau, bila dah letih memang lena habis dia tidur... tapi tu lah... lena2 lapar ke kenyang ke diapers kering ke basah ke... tetap tidur nak berpusing jugak. ^_*
dah makin bertambah lasak ya ash sekarang..cian mummy hehehe..
ReplyDeleteye kak lya dah semakin bertambah lasak... hik hik hik... mummy tak kisah, tak apa... Ash tu jangan jatuh sudah...
Deleteudah pandai dia si comel ni
ReplyDeletepandai segala sekarang ni.... hu hu hu...
Deletesamala anak saya...lasak sangat tidur...kalau tak kene tendang kat muka atau perut, memang bukan la...kadang betulkan sekejap je, dah berpusing2...hehehe
ReplyDeleteseronok diaorang tidur berpusing2 tu gamaknya...
Deletesemakin membesar
ReplyDeletemestilah semakin hari semakin membesarkam anum? ^_*
DeleteHuhu..Qaisara dulu pun sama mcm ash jgk..360 degree..hoho
ReplyDeletelorrr ada geng rupanya... i guess mostly kids memang macam tu lah kot?
Deletebudak-budak memang suka gayanya tidur lasak.....
ReplyDeletemajoriti bebudak cenggitu gamaknya kak?
Deleteanak saya pon sama..tau2 kat hujung kaki..kepong bantal lak..dia naik atas bantal..so baik tido bawah jek..selamat,,
ReplyDeletebetul tu, tidur bawah lebih selamat rasanya kalau dah macam ni keadaannya...
Deleteproses baby nak membesar... makin lasak la ash..
ReplyDeletetu belum dapat kaki lagi tu... kalau dah dapat kaki sok tak taulah macam mana tu...
Deletegood info beb!
ReplyDeletesambil membebel kita selit info jugak... ^_*
DeleteMakin lasak dan membesar....
ReplyDeleteyer memang semakin lasak... membesar tu dah pastilah kan???
Deletegeram tengok ash tido...
ReplyDeletekita yang besar ni pon suka tido meniarap kalau satu saat tu payah sgt nak tido..:p
ReplyDeleteSama la akak.. emir pn tido lasak jugak.. sampai kena sendal bantal utk elak dia terjatuh.. kadang2 tue mama ngn papa dia sampai dh ke hujung katil dah.. space lain semua Emir conquer..=D
ReplyDeletetengah lasak ni, macam macam gayalah ash buat ye
ReplyDeleteGet ready akn di tendang.. Haha
ReplyDeletesekarang ni akk sedaya upaya amalkan tidur mengiring kanan... kalau niat ikut sunnah ada ganjarannya insyaAllah
ReplyDeleteMami....mami sekarang tidur 360deg lagi tak hehe....kalau memasing tido 360 deg...jenuhlah daddy kena kepung hehe
ReplyDeletedulu masa takder anak tidur tak ingat dunia.. tapi bila dah ada anak, tidur-tidur ayam je
ReplyDelete