Home » , , , , , , , » Yogurt As Daily Breakfast???

Yogurt As Daily Breakfast???

Semenjak bekerja dengan Pink Panther since 2 years ago, dah jadi terikut2 dah dengan satu habit dia yang ni... Pink Panther suka sangat makan yogurt for his breakfast and now, penyakit tu dah contagious pada iolss juga... since 1 1/2 years ago, memang inilah daily breakfast iolss... setiap pagi mesti makan yogurt...like boss like assistant...ahakss...sangatlah kann? Kalau dulu makan yogurt bila2 masa yang iolss rasa nak, tapi sekarang dah jadi daily breakfast.

Tak ramai yang tahu bahawa badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik, yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup (wah gitew ayattt). Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan.
 
Asas yogurt adalah susu (pelik kan??? iolss lactose intolerant tapi boleh pulak makan yogurt...bha ha ha) dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.

So, makan yogurt hari2 apa benefit dia? 

1. BEBERAPA STRAIN PROBIOTIK MENINGKATKAN KADAR IMUN TUBUH
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. BAGUS UNTUK WANITA LEPAS BERSALIN
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil, khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. MENCEGAH JANGKITA PADA VAGINA
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita penghidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. MENINGKATKAN KEKUATAN TULANG DAN MENCEGAH OSTEOPOROSIS
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL - (ok now I know why Pink Panther amalkan sebab cholestrol level dia memang tinggi...)
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

KREDIT: SINI

Selain tu, selain tu, yogurt juga berguna untuk rawatan kecantikan ok? Iolss pernah kongsi 5 Fungsi Yogurt Untuk Perawatan Wajah ...kalau berminat bolehlah cuba2 baca yer... *_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Yogurt As Daily Breakfast??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 26, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

28 comments:

  1. lya pun penggemar yogart..semua jenis lya telan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak makan yang bercampur buah jer lya yang kosong natural flavor tu akak tak makan....

      Delete
  2. ermm..jangan galakkan sangat makan makanan produk nestle..sebab ia boikot..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang kepada individu itu sendiri...

      Delete
  3. ada org kata blh legakan PMS..tak sakit sgt time period..akk x pernah try..denga org kata jer..hihi..rindu farah
    jgk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke kak? padanlah tak pernah rasa sesungut tu ... ha ha ha

      Delete
  4. Ros tak makan yogurt kak.. tak tahu kenape.. pernah try, tapi tak minat sangat :) hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang memang macam tu... tak berapa minat...

      Delete
  5. My favorite dear...Try pineapple yogurt for my lunch yesterday..Not bad..

    ReplyDelete
  6. Akak pun suka yang ada buah jer. Masalahnya, malassss nak gi supermarket untuk reload stok. Lagipun tak boleh beli bebanyak sekali gus, sebab expiry date dia pendek2 jer kan. Kalau kat sebelah opis ni supermarket ke, mini market ke, memang best laa...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kak, kena beli sikit sikit based on expiry date... sebab expiry date diaorang memang pendek2 jer...

      Delete
  7. sukaaaa.....lama dah x beli...after this kena la start makan balik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila kak long amat dialu2kan... *_^

      Delete
  8. yogurt memang sedap..cite pasal expired date, akak saya pernah terbeli y dah expired di 1 pasaraya terkemuka di Malaysia..salah dia gak la tak tgk expired date..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm, kita sebagai pengguna memang perlu berhati2 sebelum membeli apa2...

      Delete
  9. akk pon suke gak..esp yg campo buah2 tuuu
    tp sejak2 preggy nih tak lalu la pulak bende masam2 cenggini

    ReplyDelete
  10. saya suka juga, tapi biasa beli brand liteyo tuh, huhu

    ReplyDelete
  11. sy suka yogurt... tapi bantai calsium anak punya klu dia mkn x hbis.. hehe

    ReplyDelete
  12. rasa macam tak kenyang macam yougurt sedangkan breakfast cococrunch pun xkenyang..huhu.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia