Home » , , , , , , , » Kriteria2 Dalam Memilih Pengasuh Anak???

Kriteria2 Dalam Memilih Pengasuh Anak???

Source Extracted from Google
Jadi parents yang berkerjaya dan berkarier dalam zaman sekarang ni memang challenging kann uolss??? Salah satu halnya adalah dalam memilih pengasuh untuk anak2... Huwaaaa, bila fikir2 balik, banyak kes yang terjadi sekarang ni, cam yang iolss selalu bebel, kes baby kena lambunglah... kes anak2 kena kelar tangan lah... Huwaaa, sedih tau uolss... and I know uolss pun sedih juga, gerammm jer hati bila memikiorkan betul tak??? 

Ni semua merisaukan hati parents yang berkerjaya dan berkarier ni...tak tinggalkan anak dengan orang apa pulak nak jadi ye tak??? Lainlah kalau tempat kerja tu ada disediakan day-care giteww... Memang rasa tenanglah kannn??? Kejap2 boleh tengok anak...contohnya lunch hour ker, kalau jadi apa2 pun zasss jer dah sampe... 

Biasanya tugas nak cari dan pilih pengasuh anak terletak di tangan mummy lah kannn??? Untuk mummy yang sibuk bekerja tentu sahaja mesti memikirkan pengasuh anak setelah melahirkan baby. Tugas ni bukanlah satu tugas yang mudah sebab nak mencari orang terbaik untuk menjaga dan mengasuh anak kita perlukan penelitian.

Sebagai mummy, pastinya kita nak yang terbaik untuk si kecil yang comel yang disayangi tu. Mencari orang yang boleh dipercayai dan menyayangi anak kita seperti anak sendiri adalah satu tugas yang berat yang perlu digalas oleh seorang mummy.

Macam iols bebel kat atas tadi, apatah lagi sekarang ni banyak tersiar berita mengenai pengasuh yang mencederakan baby jagaannya bahkan sehingga membawa kematian. For sure mummy orang yang paling bimbang dengan situasi tersebut. Tapii...life goes on... tanggungjawab sebagai pekerja mesti dilaksanakan dan dalam masa yang sama memastikan anak yang ditinggalkan di bawah pengasuh selamat dan selesa.

Bagaimanapun sikap tidak percaya kepada orang lain tetap ada dalam diri kita yang bergelar mummy and I agreed 120% to this statement. Itu memang lumrah. Sukar mempercayai buah hati uols berada di bawah jagaan orang yang tidak dikenali akan membuatkan kita menjadi cerewet. Jadi sebelum memilih pengasuh lebih baik kita ambik tahu apa ciri-ciri yang mesti diberi perhatian.

Memeriksa Latar Belakang
Sebelum memilih pengasuh pastikan uolss dah buat penyelidikan tentang individu/taska tersebut. Tanyalah dengan saudara mara atau rakan-rakan yang mengetahui tentang orang atau tempat itu. Dengan cara ini, uolss boleh mengetahui pengalaman mereka. Uolss perlu memikirkan keselesaan anak dan diri sendiri dengan pengasuh tersebut.

Saranan Daripada Orang Yang Dipercayai
Lebih baik jika pengasuh atau taska pilihan uolss disarankan oleh mereka yang rapat dengan uolss. Sekurang-kuranganya pendapat dan saranan mereka boleh dipercayai. Oleh itu disarankan memilih pengasuh yang pernah juga digunakan oleh mereka.

Kualiti vs Harga
Tak salah memilih pengasuh yang menawarkan harga mahal asalkan dia memberikan khidmat jagaan yang sangat berkualiti. Paling penting, uolss boleh percaya dengannya dan senang hati sepanjang meninggalkan anak di bawah jagaan mereka.

Kebersihan
Faktor yang satu ini juga perlu diberi perhatian. Seeloknya buat tinjauan mengejut sebelum memutuskan untuk pemilihan pengasuh. Secara tidak langsung ia dapat memberi gambaran tahap kebersihan mereka.

KREDIT: SINI

Tapi jadi mummy2 ni mana boleh nak senang duduk kan even hantar pada trusted person dan dipercayai selamat... Anak kan??? Ibu mana yang tak bersifat terlalu melindungi dan menyayangi... Cumanya, dah dikatakan ada tanggungjawab lain yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan, karang kang kalau tak bekerja nak jadi apa??? Soru entah ke mana, anak entah ke mana...nak tak nak kita kenalah tawakal dan berdoa seadanya supaya anak2 kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan berada di dalam keadaan yang baik2 ajer... 

*Ada lagi satu tips, once a while uolss buatlah spot check pada pengasuh...hik hik hik... jangan inform yang uolss nak balik awal ke or ambik cuti ker...hantar anak macam biasa dan zasss spot check waktu yang dia tak jangka... masa tu mungkin kita dapat identify cara mereka mengasuh anak kita, ok ke tak ok ke? dibiarkan anak kita menangis kelaparan ke? Cara ni just my suggestion jer... and might be some of uolss pun pernah buat... Bukanlah kata tak percaya bila kita dah hantar ye tak??? Tapi masih perlu dipantau juga...manalah tau, kadang2 manusia ni manis di depan dan di belakang lain...memang kita perlu bersangka baik sesama manusia, tapi keselamatan dan keselesaan anak kita juga penting...It may be sounded selfish tapi ada kepentingannya di situ sebenarnya...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kriteria2 Dalam Memilih Pengasuh Anak???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 19, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

50 comments:

  1. Spot check memang penting dan itu yg kakak buat dulu Farah. Anak sulung kakak merasa dijaga org selama 4 bulan. Depan mata kakak nampak anak kakak kepala dia mencecah depan almari tak boleh gerak sebab masa itu dia nak boleh kedepan tapi belum pandai nak pusing sangat. Anak sulung biasalah hati sayu mengadu pada MIL itu yg buat MIL kakak kerah bibik SIL kakak pindah ikut kakak dek takut cucu dia dijaga org lain. Bibik pertama kakak ni dah ikut SIL kakak berbelas tahun itu yg MIL kakak nak dia jaga anak kakak pulak. Alhamdulillah ok. Itu pun kakak selalu buat spot check. Balik semula walau dah keluar pergi kerja, tengahari balik, balik cepat semua itu kakak buat Farah..

    Siapa tak curiga walau bibik itu baik.. tetap dia bukan keluarga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pada Farah, sibuk tak sibuk, rajin tak rajin tetap kena buat spot check...

      Delete
  2. skg ni ssh nk percaya org..sbb mcm2 kes dah jd.. sobss..
    btw, sy blogwalking sini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks zeera for dropping by, betul tu sekarang ni susah nak percaya orang...apa pun...

      Delete
  3. alhamdulillah mak masih ada tolong tengokan luth

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah beruntung bagi kita2 yang masih ada mak untuk tolong tengokkan anak2 ye tak? kasih ibu kan sampai ke syurga...

      Delete
  4. cari pengasuh yang serius boleh mengasuh, bukan sebab nak duit je.. itu penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama, kena cari pengasuh yang serious untuk mengasuh bukan hanya kerana nakkan wang ringgit jer...

      Delete
  5. heeee...nana skrg babysitter to anak buah^^mmg mengadap diajela..........ni bby tengah tido..bolehla o9 sekejap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah baguslah nana, jadi baby sitter anak2 buah, tak apa ambil experience, esok2 dah ada anak sendiri senang...

      Delete
  6. good tips kak.kena cari tempat yang betul² selamat,selesa dan terbaik untuk anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza, security dan keselesaan anak adalah yang paling utama...

      Delete
  7. Assalamualaikum farah.. thanks beri tips berguna ni.. in shaa Allah, sheila harapkan akak ipar jaga anak nanti kalau dah start kerja lepas berpantang. tak berani nak cari orang luar. terlalu banyak kes-kes penderaan kanak-kanak...
    selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sheila, baguslah macam tu, at least dah ada perancangan dan planning mana nak letak anak while sheila bekerja kan...dan tenang sikit hati bila orang yang kita kenal dan berkait rapat sendiri yang jaga kann?

      Delete
  8. ibu bapa sekarang makin risau nak menghantar anak-anak ke pengasuh mereka atas sebab kes-kes yang banyak berlaku..Perlukan pemantaun yang lebih untuk mencari pengasuh yang betul penyayang,dan bukan jenis yang nak jaga sebab nak duit semata-mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cari pengasuh yang betul2 mengasuh ni memang tak mudah, tapi sekali dah jumpa kenalah dihargai kan kak eda?

      Delete
  9. kat tempat ai kerja memang ade sediakan taska utk staff..so kene Q and alhamdulillah setakat ni taska ni xde masalah...yang jadi masalah nyer anak buat dek je dgn kiter biler dah ade ibu dia..pfffttt....jeles mak nok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah baguslah kalau ada day care kat office, how I wish I could have that facilities tu... senang sikit, bila rindu jer terus gi jenguk anak...ahakss...nanti tak jadi kerja pulak...kejap2 hilang, kejap2 hilang... tu dia buat dek tu sebab dah seronok ramai kawan...

      Delete
  10. Bro buat masa sekarang bergilir-gilir jaga... kalau bukan Bro, wife, kalau bukan wife.. Tok Nenek dia he..23x

    Susah nak percaya orang + waktu kerja yang tak beberapa flexible.

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul bro susah nak percaya orang, mak2 yang hantar anak bagi orang jaga or nursery jaga ni semua dok tawakal jer setiap hari.... faham2 waktu kerja bro kan ikut masa dan keadaan...he he he...23x...

      *eh eh bro datanglah... ai is terharu, thank you sebab sudi jenguk adikmu ini di sini..wargh kah kah, hutang date steamboat tak settle lagi ni bro...

      Delete
  11. nice infoooo!Alhamdulillah akak urus anak sendiri ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilllah kak ada peluang dan ruang untuk urus anak sendiri....

      Delete
  12. mmg penting memilih pengasuh ni sebab takut dengar berita mcm2 kes pasal pengasuh ni..minta dijauhkan CN dari pengasuh yang dasyat2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga2 ibu2 yang menghantar anak ke pengasuh ataupun nursery dijauhkan dari pengasuh yang dahsyat2 tu...In Shaa Allah, Amin...

      Delete
  13. bergantung pada nasib jugak kak..dapat yang elok memang syukur sesangat..
    so far, zee takde masalah lagi ngan pengasuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, zee dah berjumpa dengan pengasuh yang sesuai buat anak2, bukan mudah kan nak cari yang betul2 sesuai...

      Delete
  14. k.el beruntung dpt pengasuh aka kak ipar yg dok sebelah je ngan umah k.el
    w/pun kdg2 ada +ve/-ve..tp itulah yg terbaik
    rsnya lau hantar anak kat yg relative ni lagi mudah kut
    secure byk skit dr hantar kat nursery tu
    tp tulah x semua mudah tuk kita rancang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah untunglah kak el... tumpang happy untuk kak el...tapi memang betul kak el, jadi mummy ni memang tak pernah berhenti berfikir untuk anak...

      Delete
  15. kalau ada orang yang dipercayai dan bersih boleh hantar anak untuk dijaga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebersihan tu adalah salah satu faktor utama....

      Delete
  16. Yeszaa,....kena spot check...tapi tulah Farah dulu masa anak anak kecik.....mmg tawakkal ajelah kat orang nak buat macamana....syukur alhamdulilah nampaknya tak delah sampai diluar jangkaan .....setakat jatuh, terhantuk tu kejam mata jerlah....kekadang bawah jagaan kita pun boleh terhantuk jugakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, spot check tu salah satu caranya... kalau yang sikit2 tu bak kata OKje, kita pejamkan ajerlah mata ye tak?

      Delete
  17. Setuju Farah.. Jgn kata anak.. Mieza yang just bela anak bulus ni pun cukup risau kalau nak tinggalkan anak2 bulus bawah jagaan seseorang bila nak ke mana2 lelama.. Asyikla duk pikir, macamanala anak2 bulus aku kat tempat baru tu.. Ok ke diorang? Happy ke diorang? Huhu...

    Tapi kalau anak sendiri lagilah.. Tak mampu rasanya nak bagi org jaga.. Huhu..
    Doakan Mieza cepat2 dapat baby ye farah.. teringin sangat.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Mieza, Farah akan sentiasa doakan Mieza...

      Delete
  18. Saya jaga nak?...hehe, teringin nak merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah uncle BM nak tolong jaga Ash??? Jangan tak larat nak layan dia yang suka melompat2 bila dipegang tu dahlah...he he he...

      Delete
  19. Pengasuh yang jaga anak N okay.. Sangat baik dan rajin layan anak N.

    Tapi sekarang tak hantar dah sebab mertua jaga. Mertua pun jaga anak orang. Mertua baik, bayar ikut kemampuan. Anak-anak yang mertua jaga semua suka dan sayang mak sebab diaorang duk dengan mak lagi lama dari kat rumah sendiri dan mak rajin masak/ buat kuih.

    Ada dua beradik tu datang seawal 7.15 pagi dan balik selewat 9 malam. Duduk dengan mak lebih dari 13 jam, mana la tak sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 kalau dah selesa dengan pengasuh memang macam tu...

      Delete
  20. Alhamdulillah.. Setakat ni... Dh masuk 3 thn dh ni... Lagi pun pngasuh tu mak kpd pelajar sy juga.. Jadi knal dr situ... Dan pngalaman di mengasuh dgn baik tu...buatkn kita yakin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Maria, good for you and akak tumpang lega serta happy...

      Delete
  21. sangat mencabar kan zaman sekarang ni?

    kita belum ada anak tapi still fikir kalau dh ada baby nanti macam mana -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah kahwin dan jadi isteri, semua benda ni akan automatically kita terfikir walaupun belum sampai fasa tu, tapi In Shaa Allah, semuanya akan well-managed yer?

      Delete
  22. compare pengasuh zaman kita dulu dengan sekarang memang jauh bezanya...akak prefer my mom yang jaga...semua adik beradik memang x hantar anak kat orang lain...semua mak jaga...itupun selagi mak terdaya la...bukan jaga free2 tau...bagi la duit belanja tiap2 bulan...kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course bukan jaga free kak long dan kena kasi duit belanja... mana ada benda yang free dalam dunia ni kannn??? lainlah kalau ada yang semuanya nak free jer... hu hu hu...

      Delete
  23. assalamualaikum farah....betul tu nasib baik cucu mama,mama yg jaga sendiri jadi x la risau maknya...tapi ada juga mama jaga baby lg sorang...setakat ni alhamdullilah x ada masalah nak jaga die org ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bila dapat jaga cucu sendiri ni kan mama?

      Delete
  24. KA alhamdulillah tk pernah ada masalah pengasuh, tiga2 my mum yang jaga... kena jaga hati mak ajelah hehehe ..done nuffnang yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak KA.... betul tu kena jaga hati mak bila mak dah jaga anak kita kan?

      Delete
  25. alhamdulillah..saya daapt pengasuh y baik..

    ReplyDelete
  26. teman nanti bawak anak gi kedai boleh tak? hu3

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia