Hong Leong Bank
tawarkan peluang memenangi hadiah berupa pakej ubah suai rumah pereka bernilai RM33,000 kepada tiga pemenang
bertuah serta diskaun dan pulangan tunai untuk beri wajah dan sentuhan baharu kepada
rumah mereka.
Dengan beberapa perintah
kawalan pergerakan yang dilaksanakan akibat pandemik dalam tempoh dua tahun
lepas, mereka yang berhasrat untuk mengubah suai rumah terpaksa menangguhkan
dahulu rancangan mereka. Kini, memandangkan SOP telah dilonggarkan dan kita hampir
kembali kepada normal, ramai rakyat Malaysia sudah bersedia memulakan projek
pengubahsuaian bagi menyambut kunjungan sanak-saudara dan rakan-rakan. Untuk
memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi hadiah berupa pakej ubah suai
rumah dengan penuh bergaya, Hong Leong
Bank (“HLB” atau “Bank”) dan Dresid, platform penambahbaikan rumah
sehenti digital, telah bekerjasama untuk membolehkan pelanggan bank memberi
wajah baharu kepada rumah mereka dengan tiga pakej pengubahsuaian rumah impian
bernilai RM33,000 setiap satu.
“Dalam tempoh dua tahun lepas, rakyat Malaysia telah meluangkan banyak masa mereka di rumah dan ramai yang perlu menyediakan ruang di rumah mereka untuk stesen kerja memandangkan sebahagian besar daripada mereka terpaksa bekerja dari rumah. Oleh kerana kita kini beransur-ansur kembali ke pejabat, dan sudah boleh menerima pengunjung, ramai yang mahu mencantikkan lagi ruang di rumah. Sama ada mereka bentuk semula seluruh rumah, atau menambah perhiasan yang menceriakan ruang bilik, kami mahu pelanggan mengubah suai rumah mereka menjadi rumah impian dengan memberi peluang kepada mereka menyerlahkan kreativiti masing-masing tanpa membebankan mereka dari segi kewangan,” ujar Andrew Jong, Pengarah Urusan Bahagian Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB.
Menurut Kwek Kon Hao, Ketua
Pasukan Dresid, salah satu daripada isu paling umum yang dihadapi dalam
mana-mana projek pengubahsuaian rumah ialah perbelanjaan melebihi bajet kerana
pemilik rumah lazimnya tiada perancangan jelas tentang apa yang mahu dilakukan
dan mereka sering menambah projek sampingan yang mungkin nampak menarik tetapi menelan
kos dan melengahkan kerja yang dilakukan.
“Terdapat beberapa cara mudah yang boleh membantu sesiapa sahaja berbelanja mengikut bajet tanpa menjejaskan kecantikan rumah impian. Para pemilik rumah boleh mula membayangkan saiz projek yang ingin dilaksanakan, sama ada penambahbaikan kecil atau kerja pengubahsuaian besar dan menyediakan bajet yang tepat dengan mendapatkan tiga atau empat sebut harga daripada pembekal berbeza. Jangan tersasar daripada pelan induk dengan menetapkan keutamaan dan juga masa untuk mencapai matlamat anda. Tindakan mendokumenkan rancangan dan idea anda juga akan memastikan anda sekeluarga fokus dan menepati rancangan, tetapi lebih penting, berbelanja mengikut bajet,” kata Kon Hao.
Kon Hao berkata menyediakan
pelan pengubahsuaian terperinci menggunakan lembaran kerja dengan mencatatkan
semua kos yang dijangkakan akan membantu pemilik rumah melihat sama ada rumah
impian mereka boleh direka mengikut bajet. Antara sebab pemilik rumah gagal
menepati bajet ialah kegagalan memasukkan harga benda kecil seperti kos
pembersihan, perbelanjaan hidup semasa pengubahsuaian, masalah kawalan haiwan
perosak, kerosakan besar kepada pendawaian atau paip dalam rumah yang lebih
lama dan anggaran kurang tepat bagi kos bahan, buruh dan perabot.
Dari sekarang sehingga 8 Ogos
2022, pelanggan baharu dan sedia ada HLB berpeluang boleh merebut peluang memenangi
pakej pengubahsuaian rumah oleh pereka bernilai RM33,000 daripada Dresid. Pelanggan
hanya perlu melakukan transaksi untuk melayakkan diri seperti yang dinyatakan
dalam jadual di bawah menerusi laman web HLB dan / atau HLB Connect untuk mendapatkan
penyertaan dan terpilih sebagai satu daripada tiga pemenang bertuah untuk
membawa pulang hadiah pengubahsuaian rumah yang indah. Bukan itu sahaja,
pelanggan juga boleh menerima diskaun eksklusif sehingga 30% dan pulangan tunai
tambahan sebanyak 7% di gedung runcit Guocera terpilih apabila berbelanja
menggunakan kad HLB masing-masing.
Untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang cara anda boleh memenangi hadiah pengubahsuaian rumah pereka
HLB, layari www.hlb.com.my/dreamhome
Mengenai Hong Leong Bank Berhad:
Sila kunjungi www.hlb.com.my
Sila kunjungi www.hlb.com.my
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.