Woohoo! Aktiviti merentas negeri akhirnya telah diberi kebenaran bermula 11 Oktober 2021. Memang bersoraklah masing-masing ya tak? Mana tidaknya kan? Masing-masing dah lama tak jumpa mak ayah, dah lama tak rasa suasana kampung, dah lama tak bercuti. Pendek kata macam-macam dah lama tu ya tak? Terkekang pergerakan salah satu faktor yang menyumbang kepada statistik keresahan dan depresi dalam Malaysia ni tau tak? Ada orang boleh tahan kebal dan ada orang tak mampu sebab dah terbiasa dengan gaya hidup ke sana ke mari kan? Semua orang ada situasi yang berbeza. Bagi Kak Fa, rancangan percutian pasca pandemik: antara harapan dan realiti. Masih lagi terfikir-fikir, masih lagi 50-50. Bukan apa, Kak Fa ada dua golongan berisiko tinggi yang Kak Fa kena fikirkan.
Tapi tulah – bukannya tak teringin nak bercuti. Tipu oiii kalau kata tak teringin nak bercuti-cuti Malaysia. Teringin tau tak? Cuma keyakinan tu masih lagi 50-50. Ahaksss… Orang kata kalau keyakinan 50-50 duduk diam-diam jangan banyak cakap. Tapi tulah – letih oiii bergelumang dengan subjek-subjek semester empat yang lepas untuk pengajian ijazah separuh masa mod jarak jauh Kak Fa yang penuh dengan “course work” secara berkumpulan yang mencabar, bergelumang dengan sesi PdPr serta kerja sekolah Firash yang bertimbun-timbun hari demi hari yang menuntut perhatian, bergelumang dengan tanggungjawab kerja hakiki serta bukan hakiki. Secara jujurnya memang Kak Fa memerlukan percutian!
Sebelum Nek Ma Firash dan Kak Fa menerima suntikan vaksinasi lengkap – angan-angan nak cuti-cuti Malaysia tu kita simpan dulu. Semasa masih belum boleh rentas negeri – adalah simpan angan-angan untuk cuti-cuti Malaysia dekat-dekat dalam negeri yang sama tetapi Kak Fa tangguhkan segalanya dulu sehingga keadaan menjadi lebih terkawal. Dengan statistik harian Covid-19 yang berbelas ribu waktu tu, memang keras hati Kak Fa ni kalau diberi kebenaran pun, tak terbuka hati nak cuti-cuti Malaysia. Mungkin sebab Kak Fa jenis suka duduk rumah-lah kot, jadi tak adalah rasa perasaan ni meronta-ronta sangat nak bercuti. Ha ha ha…
Tapi memandangkan Malaysia kita menuju
ke fasa endemik makanya rancangan percutian pasca pandemik yang dikatakan antara
harapan dan realiti tu rasanya macam boleh dijadikan realiti. Cumanya Kak Fa ni
memang selektif. Alaaa…Bukan Kak Fa jer pun, semua orang macam tu. Selektif
merancang dan memilih percutian kerana Covid-19 masih lagi berkeliaran di muka
bumi Allah SWT ni. Belum lenyap lagi.
Sedikit tips di dalam perancangan
percutian dan juga pemilihan lokasi yang Kak Fa rasa Kak Fa patut kongsi dengan
anda yang membaca entri ini:
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Facebook Public Health Malaysia |
Pengetahuan
Dia macam ni tau – selagi kes Covid-19
ni masih wujud, selagi tu kena ambil tahu segalanya tentang Covid-19 dan memang
jadi keperluan untuk kita-kita ni ada pengetahuan yang amat bagus tentang
Covid-19 di Malaysia. Sebelum merancang, sebelum memilih lokasi – kena ambil
tahu di mana zon merah, cara penyebaran, cara pencegahan dan amat mahir untuk
mengetahui siapakah golongan berisiko. Jadi tanggungjawab kitalah. Nama pun
kita jaga kita kan?
Lokasi
Sangat penting untuk titik beratkan
pemilihan lokasi. Kalau rasa-rasa dalam siaran berita atau siaran digital
sesuatu lokasi tu kelihatan padat dan sesak. Bawa-bawalah elakkan dari membawa
keluarga bercuti di lokasi tersebut. Tempat tertutup seperti pusat
membeli-belah pun bukan satu lokasi yang ideal ok?
Adalah lebih baik jika lokasi pilihan
adalah merupakan tempat terbuka, dapat memberi ketenangan, tidak padat dan jauh
dari orang ramai. Fokus untuk berehat bersama keluarga. Taklah kata tak boleh
nak tidur hotel segala bagai. Boleh jer. Tapi bab ni Kak Fa nak kongsi
sikitlah, bila Kak Fa skrol di laman web percutian, Kak Fa akan baca semua
tentang persediaan hotel yang berkenaan mengenai Covid-19. Langkah-langkah
pencegahan yang dilakukan di hotel yang berkenaan. Amat penting pada Kak Fa.
Sajalah nak kongsi kan… Setakat ni yang Kak Fa dah senarai pendekkan few hotel in Kuala Lumpur dan juga The Datai Langkawi. Tapi yang The Datai Langkawi tu memang Kak Fa rasa teruja sangat nak pergi. Orang tak pernah sampai Langkawi… Memang macam tulah lagak gayanya. Ha ha ha…. Suka dengan The Datai Langkawi tu. In Shaa Allah, In Shaa Allah, ada rezeki sampailah kami anak-beranak di The Datai Langkawi tu. Doakan ada rezeki Nek Ma, Firash dan Kak Fa tau. Amin amin ya rabbal alamin. Erkk… Planning tak boleh cerita pada Firash, nanti 24 jam + 24 jam + 24 jam dia akan tanya bila Nek Ma dan Firash nak pergi sana. Ha ha ha…
Alatan Kelengkapan
Kita ni bukan macam dulu-dulu, dunia dah
berubah sejak Covid-19. Perbelanjaan bulanan pun dah bertambah dalam troli tu.
Setiap bulan mesti kena top-up face mask, face shield, sanitizer dan sebagainya
demi menjaga keselamatan diri dan keluarga. Nak ke mana-mana mesti tak boleh
tinggal alatan kelengkapan ni semua. Samalah juga, nak bercuti kena sediakan
semua ni ya. Jangan harus tertinggal senarai alatan kelengkapan di dalam rancangan
percutian tu ha. Kalau rasa nak kena kompaun silalah tak pakai face mask ya. Ha
ha ha… Kak Fa tak nak.
Pantau Pergerakan Anak-Anak
Pantau pergerakan anak ni tak kira
Covid-19 ada ke tak ada. Anak-anak adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Kita
ni boleh jer biarkan mereka berlari dengan gembira di padang lapang, tepi
pantai yang tidak sesak, taman rekreasi yang tidak sesak… tetapi tolonglah ya
tolong…jangan biarkan mereka berlari di tempat padat, tertutup segala bagai.
Kawalan Kendiri
Ini penting oiii… Sebab ada juga bila
dah bercuti lupa diri. Hu hu hu… Tak kata sesiapa ya. Jadi mohon faham. Kak Fa
tak kata sesiapa. Ini adalah general statement. Sebab mungkin Kak Fa pun boleh
jadi pada diri Kak Fa juga. Tapi jomlah kita ingat sesama kita untuk elakkan
kawasan sesak serta sempit, elakkan bersembang dekat-dekat, amalkan 3W iaitu
wash, wear and warn, terus patuh kepada SOP. Tu MySejahtera tu jangan lupa
check-in, check-out. Penting!
Sebenarnya kan… Kak Fa belum ada
perancangan tetap lagi tau, even dah bercerita panjang-panjang ni. Tapi-kan
kalau ikut keadaan perlu sangat dah ni untuk bercuti. Tak apalah Kak Fa pun nak
bagi sumbangan kepada perkembangan ekonomi Malaysia ni juga. Bagilah peluang
Kak Fa pula kan? Ha ha ha… Kalau sesiapa yang kenal Kak Fa dah lama, dah lama
ikuti Kak Fa di blog Kak Fa ni, memang akan perasan, Kak Fa adalah antara orang
yang sangat-sangat jarang bercuti. Bercuti sesekali jer dan pada waktu-waktu
tertentu jer. Kali terakhir rasanya bulan Oktober tiga tahun lepas kot? Lama
kan?
Apa pun, pada yang sedang merancang
bercuti selamat bercuti dan pada yang sedang bercuti nikmati percutian anda!
rancangan utk bercuti sekarang memang perlu lebih banyak kos ya gara-gara mask, sanitizer dan kelengkapan lain. sebelum berjalan tu nak kena test RTK lagi. renyah sikit tp demi keselamatan, kena la buat 😌
ReplyDelete