Cara Hafal Sifir Dari Kak Fa Untuk Firash

Farah Waheda Wahid
0


Asyik cerita kisah mak jer... 😂... Rasa macam dah lama pula Kak Fa tak cerita tentang Firash kan? Ada ni ha, Alhamdulillah sihat - masih lagi ceria seperti biasa dan belum lagilah setakat ni burn out sebab Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Sebabnya? Sebab kami kan macam BFF... 😂... Segalanya dilakukan bersama. Belajar sama-sama, buat homework sama-sama, bermain sama-sama.


Sampaikan Nek Ma Firash pun cakap, kadang-kadang bila perhati jer korang dua orang ni macam bukan anak beranak, macam adik beradik jer. Ahaksss... Itu bukan Kak Fa cakap sendiri ok? Itu Nek Ma Firash yang cakap ok? Tapi betullah tu. Kami memang BFF. Bila turn Firash belajar - Kak Fa teman dan buat sama-sama Firash (monitor and guide), bila turn Kak Fa - Firash teman melainkan waktu tidur dialah. Duduk jer dia kat tepi sambil perhati ataupun sambil main gajet dia ataupun sambil baca buku cerita dia atau sambil melukis. BFF kan?  


Entri sebelum ni, Kak Fa cerita kisah keputusan peperiksaan Kak Fa tu ha. Tu cerita semalam-lah. Rasa macam tak adil pula bila tak cerita kisah Firash kan? Sementara ada kelapangan sedikit dan ada mood sedikit untuk menaip ni, elok jugalah Kak Fa muat naik sebarang satu dua cerita di www.bubblynotes.com. In Shaa Allah, In Shaa Allah - Kak Fa akan cuba dapatkan momentum berkarya secara digital atau maya sepertimana dulu-dulu. Sekadar mengikut kemampuan. Bila dah lama momentum tak menentu ni, terasa rindu pula nak berceloteh panjang di blog sendiri kan? 


Sifir ni kan - mengimbau betul kenangan Kak Fa kena marah, kena tengking dengan arwah Papa Kak Fa sewaktu Kak Fa di Darjah 2 dulu. 😅. Memang menangis sampai berhingus-hingus dikerjakan arwah Papa semata kerana aktiviti menghafal sifir. Dah lalu kan zaman tu kan? Masa dulu-dulu tu belajar guna yang macam kad manila tampal dekat dinding tu. Lepas tu arwah Papa Kak Fa memang pegang rotan masa mengajar sifir tu. Disuruhnya baca sampai dapat. Dalam hati bilalah nak habis ni. Rasa seksa sangat nak tunggu habis tu. Ha ha ha... 😂. Siapa pernah rasa macam tu masa nak hafal sifir di zaman kanak-kanak? Garang betul arwah Papa Kak Fa bila bab sifir. 


Diakui sewaktu Darjah 2 tak berapa nak lancar sangat sifir. Masa tu pemikiran tak berapa nak matang lagi. Bila dah masuk Darjah 3, dapat Cikgu Jarim. Cikgu Jarim ni garang gila ok? Siapa bising dilibas jer dengan rotan, siapa tak siap kerja dilibas jer dengan rotan, siapa tak hafal sifir pun dilibas juga dengan rotan. Tapi akibat libasan dia tulah Kak Fa lajak hafal Sifir 13 walaupun hakikatnya perlu hafal sampai Sifir 12 jer pun belakang buku tulis sekolah tu kan. 😝


Bila tiba giliran Firash? 😏 Anehnya tidak seperti zaman kanak-kanak Kak Fa. 😂. Maybe sebab Kak Fa dah tau rasanya bagaimana dan pendekatan tu mungkin kurang bersesuaian kot? Ha ha ha...Biasalah mak ayah zaman la ni ada yang suka mengkaji sebelum bertindak. Salah seorangnya Kak Fa lah. Suka sangat mengkaji sifat atau personaliti anak tu macam mana. Cari tahu cara yang mungkin dirasakan berkesan untuk anak tu sendiri. Entahlah bagi Kak Fa nanti kalau keras sangat pun, dipaksa-paksa sangat pun takut tak jadi apa. Kan? Kalau biarkan saja pun tak jadi apa. Berbalik pada konsep wasatiah kaedahnya. Kesederhanaan. Slowly but surely. Ha gituhhh. Macam Kak Fa kata dalam entri sebelum ni lah. Tak perlu nak ambitious sangat, buat kerja ikut kadar kemampuan kita but pastikan kita achieve the target. 


Jadi cara hafal sifir dari Kak Fa untuk Firash tu yang macam mana? 


Masih Menggunakan Kaedah Hafalan Tradisional

Ada orang yang akan berpendapat yang cara ni dah tak relevan dengan anak-anak generasi sekarang. Tapi tak salah rasanya Kak Fa cuba kaedah ni. Bagi Kak Fa, kalau this method works with me and to the kids during my time, why doesn't it work now kan? Eloklah juga tu kan? Satunya kita punya bonding time dengan anak bila kita sit down dengan anak ketika proses hafalan berlangsung, ketika sesi soal jawab. Duanya - at least I got him to exercise his brain. 😂. Ha fikir-fikir, ha jawab-jawab. But one thing at a time la. Mula-mula for the beginning ni, kita ikut in sequence like 1x2, 2x2, 3x2 and so on so forth. Bila dah betul-betul laju jer membaca dan menjawab... Masa nilah Kak Fa tweak randomly the question. Tak tanya in sequence dah. Tanya in random pula, just to ensure Firash betul-betul ingat. Gitulah konon-kononnya pendekatan, mission and vision Kak Fa. 


Latih Tubi

This one memang pengorbanan ok? 😉... Based on references from school text book, buku-buku latihan pengukuhan - Kak Fa sendiri create question sets untuk latih tubi Firash. Sometimes, just do from revision book jer kalau Kak Fa tak sempat. Tidak boleh tidak, tak kiralah sama ada dia dah mastered the sifir or not... Setiap hari at least sehelai latihan pengukuhan sifir yang Firash kena siapkan. If Kak Fa terpaksa masuk ke office, sementara Kak Fa balik Firash mesti siapkan. Kak Fa tau Kak Fa balik Firash dah siapkan (waktu PdPR ni lah) - esok lusa dah sekolah, boleh jadi waktu malam atau weekend. 


Kak Fa ni Mommy yang simple jer sebenarnya. Nak kata garang tu, Kak Fa tak mengaku Kak Fa garang. Tapi bila Kak Fa pandang jer tanpa berkata, Firash dah faham dah situasi yang perlu dikawal ketika itu. Kak Fa tak ada objection pun Firash nak main game ke, nak tengok YouTube, nak main ke... But dalam sehari at least mesti ada one set of latih tubi yang Firash siapkan, mesti ada portion of time untuk dia study. Then it's not a problem. Tapi problem akan jadi bila lupa buku, lupa latih tubi... 😂... Terima ajerlah hukuman selepas tu. In order to gain or have something, you must do something. Rules Kak Fa pada Firash simple jer. 


Research Teknik Mudah Hafal Sifir Secara Digital

You know kids nowadays-lah kan? Lebih mudah faham, lebih mudah mengingat jika melihat. Kena ada contigency plan. Kak Fa membayangkan keadaan di mana kalau-kalau di dalam dewan peperiksaan (even though now they don't have exams like we do kan?) tiba-tiba blank ke? Ataupun bila sekolah dah buka, tibah masa cikgu tanya, masa tulah boleh panic attack dan blur. Apa nak buat masa tu? 😆... Ini namanya meletakkan diri di dalam situasi anak. Mesti kena ada contingency plan ataupun di dalam bahasa mudahnya emergency response plan. Ha ha ha... Mesti Firash ingat mak dia kan dalam keadaan macam ni? Mesti dia fikir apa Mommy pesan kalau tiba-tiba jadi macam ni. 


Makanya kita kenalah ada plan tu... Sediakan payung sebelum hujan. Kemudahan teknologi ada, kita buatlah research sikit tips-tips masa kini yang boleh digunapakai. Contohnya yang ini:



Dan lagi satu contoh Kak Fa pernah kongsikan di dalam entri Kak Fa dulu yang bertajuk Rahsia Kuasai Sifir untuk Anak-Anak!. Kak Fa ni tak perfect tapi Kak Fa cubalah cari tahu cara mana yang boleh yang dirasakan boleh memudahkan untuk anak-anak BBNU ni ha. 😂. Nak bagi meresap dalam jiwa tu kadang kena ikut flow and trend diaorang jugak. 


Kak Fa tak katalah yang cara Kak Fa ni adalah cara terbaik tetapi ini adalah cara hafal sifir Kak Fa untuk Firash. Keberhasilannya nampaklah juga baru-baru ni bila Firash dapat Sijil Pencapaian di bawah: 




Syukur Alhamdulillah. Tapi tak terhenti di sini masih perlukan latihan dan masih perlukan sesi one to one mother and son supaya tak lupa. Al-maklumkan kalau tak ingatkan takut terlupa pula. In Shaa Allah, selagi terdaya, struggle macam mana pun, Kak Fa akan usaha yang terbaik untuk Firash. 


Kalau nak cuba boleh cara Kak Fa ni, tak nak pun tak ada siapa yang paksa suruh ikut kan? 😅. Kak Fa ni setakat bercerita jer. Cara anak-anak kita semua absorb sesuatu tu berbeza, pace mereka pun tak sama. Jadi mungkin boleh customized ikut lenggok masing-masing kan? 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !