e-PJJ Journey | Cara Kak Fa Study Untuk GPA dan CGPA 3.5+ Sewaktu Semester 1 Sesi 1 2019/2020

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Sumber dipetik dan diubahsuai dari Google

Semester 1? It’s a wrap up with smile. Settle sudah. Alhamdulillah… Sujud syukur. When people said hard works paid off, I would like to add – hard works and struggles paid off. Sebab… Dia punya cabaran dan dugaan bukan biasa-biasa ok? Makanya – kira tak salahlah kan? Kalau Kak Fa kongsi kegembiraan Kak Fa bukan dengan niat untuk riak, ujub mahupun takkabur. Sekadar berkongsi kegembiraan sahaja. Kalau korang yang ada dekat tempat Kak Fa tak mustahil korang pun suka nak berkongsi berita gembira seumpama ini ok? Tau tak? Bagaimana perasaan belajar di usia 30-an tatkala kau dah punya portfolio kehidupan dengan pelbagai tanggungjawab? Kalau nak rasa cubalah. Ha ha ha… Ada yang tanya Kak Fa…Macam mana Kak Fa buat ek? e-PJJ Journey | Cara Kak Fa study untuk GPA dan CGPA 3.5+ sewaktu semester 1 Sesi 1 2019/2020 – Kak Fa note sini lah ya tapi Kak Fa tak kata cara Kak Fa ni perfect dan paling betul. Lain orang lain cara. Betul tak? Ini sekadar perkongsian cara Kak Fa jer.

Jangan Skip Kuliah/Seminar

Tak kisahlah apa pun yang datang, apa pun masalah negara yang sedang Kak Fa hadap…stabil ke, tak stabil ke emosi… seminar tetap seminar… kuliah tetap kuliah….kelas tetap kelas. Memang Kak Fa akan pastikan kedatangan Kak Fa penuh dan tak ada lopong. Kenapa? Hu hu hu…Pertama – Dahlah pelajar e-PJJ kan? Separuh masa. Tak sama macam pelajar sepenuh masa ok? Pelajar sepenuh masa hari-hari masuk kampus… Pelajar e-PJJ… Dalam satu semester tu paling maksima tujuh kelas jer weiii…Paling minima lima kelas. Lecturer atau fasilitator pula…confirm ajar macam MRT. Sebab nak kejar silibus nak kasi sempat tapau sebelum final. Makanya dengan bilangan kelas yang banyak kurang dari pelajar sepenuh masa… Masa tulah nak face to face dengan lecturer atau fasilitator, masa tu jugalah nak dapat tips ke apa ke… Treat setiap kuliah/seminar itu sangat-sangat berharga. So precious sampai kau tak sanggup nak skip. Ha ha ha…. Bayar mahal oiiii…. Bukannya sikit-sikit anak.

Maaf jugalah sebab ada antara jemputan untuk menghadiri event pada hari Ahad yang terpaksa Kak Fa tolak. Kenduri kahwin ke? Event berkaitan dengan kerja-kerja sampingan Kak Fa sebagai blogger atau KOLs ke? Majlis hari jadi ke? Majlis tunang ke? Bila kau dah decide nak further study ada benda yang sebenarnya kau kena korbankan sama ada suka atau tak. Sebab terpaksa ok? Think in a positive way… Masih ada lagi event on Saturday yang boleh dihadiri subject to esoknya tak ada test atau quizzes. Ha ha ha… Tengok keadaan jugalah kan? Tapi ada gak Kak Fa buat gila…event hari Sabtu…Ahad ada assignment submission.

Analisis Past Year

Kerja hakiki, kerja as blogger or KOLs, isteri, mak, anak, transporter, cikgu tuition, peon dan segala bagai tak punya banyak masa nak hafal setiap perkataan dalam buku modul. Ha ha ha…. Memanglah nak cemerlah kena usaha, kena study. Tapiii… ekekeke… untuk kondisi Kak Fa ni, Kak Fa selalu cakap dengan diri Kak Fa, study HARD in a SMART way. Tak yahlah nak bebankan otak untuk tahu semua benda. Belajar format past year questions, bentuk soalan, berapa allocation markah untuk setiap soalan, soalan favourite, kenal pasti cara jawab yang boleh buatkan kau dapat full marks. Nak jawab dalam perenggan ke point? Semua ni penting.

Tu sebab kata… Kalau tak skip attend class… Lecturer atau fasilitator kebiasaannya akan bagi hint. Kalau paper semester tu ada yang melibatkan course work lagi lah … Memang perlu jangan skip class sebab semuanya bergantung kepada lecturer atau fasilitator. Setiap hint untuk assignment, test, quizzes berkait rapat dengan dia. Hu hu hu…. Even sebelum start study / semua topik, dah study past years dulu bagi khatam dulu. Kadang-kadang contoh dalam kelas pun guna past years.

Kenalpasti Cara Study Diri Sendiri

Setiap orang punya cara dan gaya study yang berbeza. Jadi ikut flow sendiri. Kalau selesa buat note lipat-lipat buat note lipat-lipat. Kalau selesa belajar tengah malam, maka belajarlah tengah malam. Kalau selesa belajar waktu makan tengah hari di pejabat, maka belajarlah semasa waktu makan tengah hari di pejabat. Kalau selesa belajar sambil tunggu anak habis mengaji, habis Kumon, habis tuition segala bagai dalam kereta, maka buatlah macam tu. Tu semua Kak Fa buat. Tapi Kak Fa tak paksa diri Kak Fa bila Kak Fa rasa exhausted sangat. Yerlah kita bukan belajar jer kan… Banyak benda lain kita buat juga. Kalau tak faham Kak Fa laju-laju What’s App lecturer atau fasilitator. Sebab tu kena baik dengan lecturer dan fasilitator, bukan buat musuh. Hu hu hu…. Ada juga Kak Fa tanya pada coursemate lain. Well yeah…Walaupun jarak umur Kak Fa jauh dari diaorang… Apa nak malu ya tak? Tanya jerlah… Bukan jadi kudis pun… Sama-sama belajar kan? Tak tau tanya jerlah. Malu bertanya sesat jalan. Tak salah yang lebih berusia belajar dari yang lebih muda. Betul tak?

Letak Pressure Dan Beri Reward

Sebelum Kak Fa study, Kak Fa akan pastikan Kak Fa selesa dengan diri Kak Fa sendiri. Perangai dari zaman sekolah membawa ke sekarang. Waktu study telinga Kak Fa mesti kena sumbat dengan earphone ataupun muzik mesti dipasang. Kalau tak payah oiii Kak Fa nak masuk apa Kak Fa belajar. Ha ha ha…. Lepas tu smartphone Kak Fa akan berada dalam Do Not Disturb mode supaya tak ada gangguan pada that particular and specific time. Dalam kepala set berapa lama masa Kak Fa nak study tu. Minimum 30 minit. Maksimum 45 minit. Lepas tu Kak Fa set juga dalam kepala apa yang Kak Fa nak achieve lepas Kak Fa study. Hasilnya… Kak Fa akan pressure diri Kak Fa untuk capai target tu. Tak ada buang masa dan Kak Fa hadam serta fokus betul-betul untuk serap sebanyak mungkin. Kak Fa spesies suka belajar bila Yash dah tidur lena. So Kak Fa akan pastikan Yash tu dah cukup semua welfare dan kehendak dia supaya senang bawa runding. Ha ha ha… Bila dah settle belajar, Kak Fa reward diri Kak Fa untuk kembali pada smartphone dan main game sekejap atau buat apa jer Kak Fa suka. Rasa fresh lah lepas tu.

Study Till The Very Last Minute

Yasss…. study sehingga ke saat-saat terakhir sangat membantu untuk Kak Fa. Ada orang tak suka sebab takut blank. Tapi Kak Fa suka sebab takut lupa. Muahahahaha… Kak Fa akan stop dengan sendirinya selepas Kak Fa rasa Kak Fa dah tak mampu nak hadam lagi dah. Percayalah selalunya apa yang kau baca atau study saat akhir tu akan muncul dengan jelas masa kau hadap quizzes, tests ataupun exam paper.

Buat Apa Yang Perlu Buat Ikut Flow

Ada individual assignment – siapkan. Ada group assignment – siapkan. Tak kiralah what it takes. Follow the flow, buat apa yang perlu dibuat, In Shaa Allah everything will fall nicely into it’s place.

Ikhtiar dan Tawakal

Most important and common one. Common sense. Belajar kerana Allah, respect lecturers atau fasilitator. Tenangkan hati. Jangan gelabah atau stress. Cium peluk anak selalu, mintak suami, mak dan anak doakan. Bagitau suami, mak kita periksa subjek apa, pukul berapa. Mintak mereka doakan kita masa kita jawab soalan tu. Penting sangat. Kadang-kadang kejayaan kita tak lain tak bukan kerana restu dan kuasa doa yang tidak terhijab buat kita. Ikhtiar, jawab yang terbaik, target dapat markah yang baik. Jawab sebaiknya selagi boleh, acah-acah penuh kertas dengan jawapan. Ha ha ha…. Banyakkan selawat dan doa supaya Allah mudahkan apa jua urusan. Rabbiyassir wala tuassir rabittammim bilghair.

Tu jerlah kot…Nak kata seorang yang manageable… Tak derlah manageable mana sangat…Berterabur juga schedule Kak Fa… Tapi Kak Fa cubalah yang terbaik. Selalunya bila nak study mesti suka renung muka Yash tu dulu… Hu hu hu… Masuk habuk pula mata tiba-tiba.

*Ada ramai lagi yang jauh lebih bagus dari Kak Fa di luar sana tu.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. rajin betullah kak fa nii... semoga terus success yeaa dalam pelajaran dan kehidupan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !