Ha ha ha, kalau kata orang yang pakai payung tu comel tak apa juga... Ini payung? Payung yang dikatakan comel? Tetapi memang comel punnn... Suka juga dengan payung ni.. Payung PERCUMA dapat hasil dari pembelian susu formula Friso Gold 3 untuk Ash. Nak dijadikan kisahnya...
Sewaktu waktu makan tengah hari tadi... Saja keluar jalan-jalan cuci mata ke Giant Hypermarket yang tak sampai 6 minit pun dari pejabat. Hari Jumaat kannn? "Mood" berjalan-jalan tu pun sampai secara automatiknya...Ha ha ha... Kalau hari Isnin - Khamis tu mungkinlah, mungkin malas sedikit nak keluar dari pejabat ni walaupun waktu makan tengah hari. Waktu rehat 12.30 tengah hari, tetapi disebabkan sibuk dengan tugasan di pejabat, keluar pukul 12.50 tengah hari...
Tiba-tiba, tu diaaaa, dengan bunyi petir, menderu hujan turun dengan selebat-lebat. Sewaktu nak balik ke pejabat kembali memang cuaca hujan lebatlah kannn? Hurmm... Dan dengan tidak semena-mena teringat...Alamak, dalam kereta tak ada payung sebab payung dah pakai hari tu dan lupa nak masukkan ke dalam kereta balik. Agak-agak macam mana nak berjalan dari lot tempat letak kereta ke dalam bangunan pejabat ek? Muahahaha...Takkan nak redah bagi basah kuyup kannn? Sejuk ooo kena penghawa dingin pejabat...
Sambil-sambil memandu, sambil-sambil fikir, toleh ke bahagian bawah tempat duduk belakang ternampak payung si kecik tu... Ha ha ha... Sampai pejabat, redah jer lah...Takkan nak biarkan diri dibasahi hujan dan baju lencun nak masuk pejabat. Masuk-masuk jer pejabat, dah semua dok pakat mengatakan... "Farah! Your umbrella is cuteeee!!!"...Berulang-ulang kali...Alahaiii, dahlah segan sebenarnya terpaksa pakai payung anak... Lagi suka rupanya diaorang ek? Ha ha ha... Sampaikan ada yang mengikut sampai ke bilik pejabat Farah...
Gittewlah, kalau dah terdesak dan terpaksa, apa pun jadi sebagai alternatif...Payung anak pun payung anaklah... Comel pun comel lah...Hakikatnya dalam hati, memang suka dengan payung tu punnn... Sebab comel!!! Ihikss...
wow... memeng cute sis... friso gold
ReplyDeletefriso tegar namanya ni hehehehe
ReplyDeleteterlajak comel ni mummy..credit pada ash sebab..sebab beli susu ash..hihihihi..
ReplyDeleteSalam singgah sini farah....memang cute payung tu....
ReplyDeleteMmg kuit miut pun.. Hehe
ReplyDeleteheheheh...perli dlm puji agaknya farah..heheheh..KG pun pernah juga guna payung anak...pikachu yg kecik..terdesak sgt sbb xtau asben letak mana payung..ha jumpa payung anak..guna aje la
ReplyDeletePfftttt.... Mohon ketawa kejapp kihkihh... :-d
ReplyDelete