Sumber dari Google |
Ada sesetengah pihak yang berpendapat kerjaya sebagai pembantu peribadi ataupun setiausaha adalah satu kerja yang sangat-sangat mudah dan sangat-sangat senang. Dan ada sesetengah pihak yang berpendapat, kerjaya sebagai pembantu peribadi ataupun setiausaha mempunyai banyak waktu, ruang dan peluang untuk berehat...dan bersenggang dan bersenang-lenang... "Skeptical thinking" biasalah tu kannn??? Amboiii, bukan main lagi label kerja sebagai pembantu peribadi ataupun setiausaha ni senang ek??? Ha ha ha, cuba duduk sehari dua hari tiga hari dan kendalikan tugasan yang menanti di hadapan...Bukan sekadar tugasan terancang tetapi juga tugasan "ad-hoc"... cuba rasai pengalaman itu terlebih dahulu, selepas itu sila nyatakan sama ada anda "surrender" ataupun anda boleh bertahan seperti pembantu peribadi dan setiausaha lain.
Orang Yang Paling Hampir Dan Paling Dekat Dengan "Boss"
Orang kata bila dah paling hampir dan paling dekat, adalah yang paling "boss" sayang... Bha ha ha...Sayanggggg...memang sayanggggg...ekekekeke...tetapi dalam sayang-sayang tu, awas!!! Bila angin "boss" sampai, hatta bukan kesalahan dari pembantu peribadi ataupun setiausaha sekalipun, ataupun memang angin "boss" tu tak elok, "moody"...orang yang pertama sekali akan kena atau jadi "punching bag" adalah pembantu peribadi ataupun setiausaha. Tetapi tak semua "boss" macam tulah...ada juga "boss" yang sangattttt baik hati dan sangat "understanding"... Orang kata untung sabut timbul, untung batu tenggelam, tengok "boss" yang macam mana "uolss" dapat.
Bukan Sekadar Ambil Minit Mesyuarat, Susun Jadual, "Book Flight, Hotel"
Stereotype sangat tau tak??? Pembantu peribadi atau setiausaha zaman ni, dah tak sama dah macam pembantu peribadi atau setiausaha zaman-zaman dulu... bukan menghina yer, tetapi betul... bukan tugas pembantu peribadi atau setiausaha semata-mata ambil minit mesyuarat, susun jadual, mesyuarat, "book flight, hotel"...bukan menaip surat semata-mata dan boleh "control" ayu dan bajet diva di "workstation" semata-mata ok? Kannn dalam cerita Melayu, drama Melayu, selalu tonjolkan jawatan ini yang jadinya diva-diva, yang memang ala-ala ratu cantik lagak gayanya... Ohoiiii, silap sama sekali silap.
Pembantu peribadi atau setiausaha zaman sekarang ada yang berurusan dengan supplier, ada yang berurusan dengan kontraktor, ada yang berurusan dengan pekerja-pekerja, ada yang menguruskan keadaan persekitaran tempat, ada yang turun naik "plant", ada yang "raise purchase requisition, good receipt notes", ada yang jadi "event manager" uruskan setiap majlis dan acara... itu rosak cari pembantu peribadi, cari setiausaha, ini rosak, ini tersepit, susu habis...bha ha ha, semua cari pembantu peribadi dan setiausaha...Uruskan orang-orang, uruskan pejabat, urusan "cleaner"... ko rasa??? Berbaloi tak gaji pembantu peribadi atau setiausaha tu memang tinggi??? Ko rasa??? Kerja pembantu peribadi atau setiausaha tu mudah sangat??? Banyak masa sangat??? Dengan "boss" lagi nak jaga... buat "claim", ikut pergi sana, ikut pergi sini, "workload" lain yang tiba atas meja...uruskan dokumen untuk "boss" tandatangan, buat penambahbaikkan, audit lagi... Ada pembantu tadbir sedap jugak...ha ha ha, kena semua "by your own"??? Perghh lepas tu "budgeting", "costing"... Kalau tak "fit" kerja 2 hari tak sampai seminggu dah angkat bendera putih, dah cuti sakit, dah masuk hospital...ekekekeke...Nak siapkan "presentation slide" lagi...
Jadi jangan nak pandang yang kerja sebagai pembantu peribadi atau setiausaha ni senang yer??? Kalau yang betul-betul senang tu, memang bertuah dan beruntunglah... Ada yang jadi pembantu peribadi / setiausaha ni nak pergi tandas buang air pun tak sempat tau tak??? Nak makan tengah hari pun tak sempat...
Pernah dululah Farah melawak... masa di tempat kerja lama... "housewife at work"...sebab bila "visitor" datang, kena bancuh kopi, sediakan kopi, hidangkan kopi dah macam "tea lady" pun ado... Kann kebanyakkan daripada syarikat nak jimat kos... "multitasker"...wakakakaka... Nak tak nak, termasuk dalam skop kerja pembantu peribadi atau setiausaha. Yang beruntung sikit tu, bila mesin capuccino, espresso dah siap-siap ada dalam "pantry"... perghhh, tip top, memang kojo sonang yo... ihiksss...
Di rumah, jaga rumah, uruskan rumah, uruskan rumahtangga dan anak-anak, di pejabat jadi mak-mak pada semua orang...ha ha ha... Memang "hot spot workstation" tu dan memang "hot item and wanted" di pejabat... La la la la... Pergi kerja uruskan pejabat... Balik kerja uruskan rumah... "Office Manager" dan "House Manager"...
Sebenarnya susah nak terangkan bagaimanakah kepenatan mental, kepenatan fizikal, tentang kerja sebagai pembantu peribadi atau setiausaha ni, cuma kalau anda melalui anda akan faham... Memang bukan kerja yang mudah dan memang disebabkan itu, skala gaji itu haruslah diminta sewaktu memohon kerja dengan kadar yang setanding... Macam orang kata, jaga anak ni memang letih memang penat...tetapi kita tak rasa semua tu... sebab anak itu penyejuk jiwa dan amanah Allah SWT... begitu juga dengan setiap bidang kerjaya yang kita pilih... kalau kita minat kalau kita seronok, kita tak rasa penat tu...weeeee....
Habis tu??? Motiff bebel panjang-panjang... tak ada apa, cuma nak terangkan, kerja pembantu peribadi / setiausaha ni bukan kerja yang senang...bukannya kerja goyang kaki... melainkan pembantu peribadi atau setiausaha itu sendiri yang nak goyang kaki...Muahahahaha...
sebab orang tgk dunia PA & Setiausaha ni daripada TV...tu yg nmpk mcm mudah je kerja
ReplyDelete:) besar betul pengaruh televisyen kann?
DeleteSetuju sangat² Kak Farah. Memang bukan mudah...sape kata keje PA/Secretary ni mudah? Meh ganti kita seminggu nak tengok! Ofis kita ni...semua staf & officer plg risau kalau kita nak cuti. Hihihi...dah nampak kepentingan PA/Secretary kat c2...
ReplyDeleteRegards,
Yana Afi Mohamed
ha ha ha, bila kita nak mohon cuti semua orang dok risau jer... terutama boss...takut kerja tergendala dan tak jalan, ibarat bila kita tiada office tu macam nak runtuh...
Deletehurmmm betul jugak kan?hurmmm sy pun dlm dilemma....
ReplyDeleteuikkk dalam dilemma naper???
Deletesusah sebenarnya
ReplyDeletememang susah anum... nak kena jaga hati semua pihak...
Deletemcm ssah je...sebab kena deal dengan boss kan...
ReplyDeletedia tak susah sebenarnya, ragam dan kerenah manusia yang menjadikan susah...ha ha ha...
Deleteakak tak leh jadi PA, diri sendiri tak organized, camna nak organize jadual bos hehe. Lagi satu tak sanggup kalau dapat bos yang tak pandai nak asingkan arahan untuk official & personal errands. Tgk PA kat ofis lama dulu, bos nak ambik maid pun dia yang kena uruskan...susah!
ReplyDeletememang macam tu kak, maid lari pun kita kena uruskan jugak..anak nak scholarship pun kita kena uruskan jugak... ngeee....
DeleteKakak dah merasa berbelas tahun tugasan ini Farah. Kalau dulu memula memang ada rasa tertekan dgn kerenah macam-macam boss. Tapi bila dah tua ni saling sama hormat dan memerlukan. Saling faham mudah nak kerja. Apa lagi boss-boss kakak semua bukan duduk M'sia. Sesekali aje dtg. Senang..
ReplyDeletealah bisa tegal biasa kan kak kan? :)
Deletesebenarnya semua kerja x ada senang dan banyak susahnya.. ada kerja kosong x kak farah. muahaha
ReplyDeletemimin, belum ada opening lagi buat setakat ini... kalau ada akak inform yer...
Deletefarah PA gak ke.. gome ke swasta?
ReplyDeletemas pun PA dan cukup pantang kalau org ckp keje PA ni senang.. mana nak layan kerenah bos lagi, pastu kalau bos marah peg kita yg kena marah dulu..
ha ah...PA... swasta...banyak kerja ooo...
Deletesue pernah jadi PA kpd lady boss yg sgt sgt sgt sgt sgt cerewet. semua org dok mengata dia. pastu bila dia ajak sue bfast n lunch sama2, mula la timbul mcm2 cerita, org pandang serong kt kita, ckp kita tamo dah kwn dgn staff bawahan..huhuhu..sebenarnya boss kita tu, dia xde kawan bercerita..dia sgt friendly dan tak lokek ilmu. cuma in terms of work, dia agak bossy skit..so, yg kena tempias adalah PA la, org yg paling rapat ngan dia..skang jadi PA kt gomen agensi, berbeza sgt dgn private company..boss kita yg ni pulak jenis independent, kebanyakan kerja dia buat sendiri..dah 3x tukar boss sbb agensi wat restructuring..pasni boss kita pencen, tatau la sape yg akan ganti tempat dia..huhuhu
ReplyDeleteFarah dah jadi PA kepada 2 expatriate boss, hi hi hi, pengalaman mengajar dan memang banyak belajar...tapi betul apa yang sue kata, bila kita rapat dengan boss, ada yang pandang serong...tapi pedulikanlah...janji kerja kita siap!!! :)
DeleteErmm nasib la keje PA nih ^_^*
ReplyDeletekenapa nasib dear?
DeleteWahhh berat betul tugasan bila kita tahu cerita sebenar...
ReplyDeleteAssalamualaikum, kak Farah. Dari dulu lg sy mmg betul2 berminat utk ceburi bidang ni. Sy pun dah sedia maklum dgn skop kerjanya. Tapi sy tk kisah sbb mcm apa yg akak ckp, klu kita dh mmg suka & minat, semua prkara inn shaa Allah akan dipermudahkan. Tp tulah, persepsi family, kwn2. Dorg merasakan yg karier ni tak bawa kita ke mana2. Selama2 nya menjadi kuli. Kwn2 pernah tanya , kenapa tk nak jd boss terus? Tp pd sy, sy tetap tekad nk jadi PA. Sblum tu, bleh tak akak citer sikit haluan akademik klu kita nk jd PA? Mcm sy, inn shaa Allah tahun 2016 sy akan graduate dlm Diploma in HR. So lps tu, klu sy nk smbung beljar, sy perlu masuk course apa yekk utk jd PA? And if i refused to further my studies, dpt ke keje sbagai PA klu hanya ada sijil Diploma? TQ
ReplyDeletemmg PA byk keje nye....bkn senang jd PA....
ReplyDeleteAdeh.. Takut plak rasanya nak jadi pa
ReplyDeleteas salam... kawan2 ade yg berminat nak jd PA? boleh email resume kat sy.. diana@yayasanwp.org.my
ReplyDeletePersonal Asisten adalah orang terdekat dengan boss yang seringkali mengetahui banyak rahasia bos
ReplyDeletejadi PA boss ye memang betul bukan mudah untuk kita handle seseorang, dengan nak hadap lagi mulut2 staff yang mengata. macam saya baru umur 19, terlalu muda.. pengalaman saya pun hanyalah intern selama 3bulan.. alhamdulillah selama tiga bulan tu saya didedahkan banyak perkara oleh boss saya.. nak2 plak sepanajng tempoh intern tu saya kena handle dua boss. kepala angin yang berbeza, tapi dorang adalah the best boss yang saya kenal setakat ni.. boss saya yang sekarang ni plak.. lelaki cina, hahh sendri faham la bila cina bercakap. even speak in english or malay, tetap susah nak faham. hahah semalam hari pertama becakap dengan dia,update appointment dia dalam buku.. bergetaq lutut bediri depan dia..boss plak boleh bantai tanya pukul berapa dia kena gerak dari rumah pukul berapa dia kena sampai dekat airport, pkul berapa kena call driver suruh pick up dia, dalam masa yang sama ...mau tak nervous? dah la first time.. macam satu azam hah nak menjawab.. alaa maklum la masa intern boleh lagi bermanja.. boss pun baik, bangsa pun melayu.kali ni real boss, dunia kerja sebenar.. tak boleh la nak samakan dengan intern situation.. dah cakap panjang lebar ni bukan nak kata besar tapi sekadar berkongsi.. saya pasti, masih banyak liku2 dan cabaran saya dihadapan.. tapi kepada sesiapa yang ingin menjawat dalam kesetiausahaan ni..tanam satu hal je dalam diri..keyakinan diri adalah sangat penting. kerja seorang PA tak pernah terjangka apa task2 yang akan datang.. macam hari ni saya baru lepas jadi cikgu untuk anak dia.. hahah janji ada minat, insyallah everythings okay.. good luck guys.. and wish me luck too...
ReplyDelete