Source Extracted from Google |
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang professor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!".
Professor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas mengoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola2 golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya...".
Tanpa menjelaskan apa2 kepada pelajarnya, professor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kerikil dan bola golf. Seperti tadi, dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata2 pelajarnya menjawab "ya..."
Sejurus selepas itu, professor itu kemudiannya mengeluarkan 2 cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua2nya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum melihat tindakan professor tersebut.
"Sekarang..." professor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda menganggap balang ini sebagai kehidupan anda... Bola2 golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak2, kesihatan anda, kawan2 dan semangat anda. Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara2 lain seperti kerja anda, rumah ataupun kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara2 lain, yakni perkara2 kecil."
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara2 kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.". "Ambil perhatian untuk perkara kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak2. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar2 penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi?. Professor tersebut tersenyum. "Saya gembira anda bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan2..."
Renungan untuk kita semua. Apabila kehidupan kita seakan terlalu penuh dan nampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 Cawan Kopi ini..." ^_^
suke3 .. bijak atur kehidupan :)
ReplyDeleteAmat menarik.. Suka entri ni..
ReplyDeletePenuh bermakna...
ReplyDeleteDalam hidup kite perlu mengutamakn apa yg peting dahulu....
yg penting kita sentiasa bfikiran positif...thanks utk pkongsian...memang berkait dgn kehidupan seharian.
ReplyDeletekisah motivasi yg bagus sekali..:-)
ReplyDeletewah rasa nak pg minum kopi ginseng jap.....hehe...apa2 pun, terbaik perumpamaan yg digunakan profesor tu...
ReplyDeletepenuh makna kata-kata prof tu..jadi renungan bersama
ReplyDeletesgt2 berguna info ni..berguna utk percaturan kehidupan kita..
ReplyDeleteBest...best... i like....kalau asyik berblogging je ...acamne tu Farah! heheh
ReplyDeletebetul tu..
ReplyDeletepikir2kan..