Source Extracted from Google |
Kerang rebus memang yummylicious... hu hu hu...tapi masa tengok Buletin Utama on last Sunday (punyalah lama kan baru nak up entry...wakakakaka...dah ketinggalan zaman lah pulak akak... nak wat cam ner baru terfikir nak up entry pasal nih)... Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sekiranya ingin memakan kerang, pastikan ia tidak diperoleh dari pantai barat Sabah."Orang ramai diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan2 pesisir pantai terutama yang diperoleh dari pantai barat Sabah. Jika termakan dan mengalami tanda2 seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan," katanya.Rabu lepas, 2 kematian dilapor di Sepanggar, dipercayai akibat keracunan selepas memakan kerang yang dicemari toksik berpunca daripada fenomena air merah di perairan pantai barat Sabah. Rosnah berkata daerah yang dikesan berlaku pencemaran air laut merah ialah Tasik Sitompok di Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Sepanggar Bay, (termasuk Kuala Menggatal), Likas Bay, Papar dan Tuaran.Rosnah turut memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan Negeri juga telah menghantar sampel kerang dan air laut di kawasan Sepanggar ke Jabatan Perikanan Sabah untuk dianalisa pada 4 Jan dan mendapati terdapat kehadiran toksin PSP yang sangat tinggi di dalam sampel kerang."Kawalan dan komunikasi risiko berkaitan bahaya kejadian air laut merah telah dilakukan kepada mereka yang terlibat dan pemimpin tempatan taman perumahan yang berkaitan. Di samping itu, sebanyak 30 poster mengenai bahaya kejadian air laut merah juga telah ditampal di kawasan tumpuan ramai di taman berkenaan," katanya.Tambah beliau, Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Perikanan Sabah akan memaklumkan kepada orang awam mengenai perkembangan kejadian air laut merah dari semasa ke semasa. - BERNAMA
Ermmm... untuk langkah2 keselamatan bersama, jawabnya kiter makan daging dengan ayam jer lah ek? Hu hu hu... Lagipown, musim2 banjir dan Ribut Tropika Sonamu nih, memang harga makanan laut naik mendadakler jawabnyer... oleh itu, ibu2, isteri2 dan yang seangkatan dengannya...kiter perlulah menjadi lebih kreatif untuk mempelbagaikan masakan daging dan juga ayam supaya isi rumah kita x jemu nak makan lauk atau menu yang sama jer setiap hari...ekekekeke... x pown kalau nak healthy... jadi vegetarian... kannnn?
baik cik puan fara..ihihi
ReplyDeleteJAGE PEMAKANAN AKAK LEKLOK TAW
ReplyDeletealamak..dh boring makan ayam..hurmmmmmm
ReplyDeleteFenomena laut merah? Pa tu kak?
ReplyDeletehuhu..itulaa..ada dgr jgak psal air laut merah tuu..xpaa..pntg sekejap..hehe..
ReplyDeleteeh..kak..husna buat bloglist januari utk bloglist husna..nak join x?? =D
ReplyDeletehttp://husnazahidi.blogspot.com/2013/01/bloglist-januari-husna.html
ayut dgr gak pasal ni..takla teringin mne skrg nk mkn yer..slmt la kan..hihihi
ReplyDeleteNyue kalu bab seafood..gilar sgt2...kerang ni pon salah satu..rebus xpun bakar..mmg sedap a...ehehehehe.....
ReplyDeleteain kalau duk sabah, memang jarang2la dapat makan ikan, makanan laut nih...selalunya, sayur je lah...hehehe....tetibe jadik vege...
ReplyDeletebahayanya...huhu..elakkan makan buat sementara waktu sampai keadaan kembali pulih
ReplyDeletealaaaa...akak ko ni suka kerang la dik...sedap...tp kerang kat Semenanjung sama ke ngan kat Sabah? hahahahaha...apa punyer soklan kan?
ReplyDeletesedap la pulak nampak kerang tu
ReplyDeleteikut je pesan KKM tu...lepas sume dh ok baru makan balik
Betul tu...okje pun ada dengar jugak...kena pantang dulu seafood ni...
ReplyDelete@CikZaniff:
ReplyDeleteyelah eja... ^_^
@dEdEQ dE wIshEs;
deq pown sama....
@Cheq Kaq:
hu hu hu... ayam makan selalu pown jemu jugak kak...
@Angel Love Soldier:
nanty akak citer ek adik lepas dah wat research dan gi soal Cik Google... he he he... jujur jer jawapan...
@fatin amalina husna:
demi keselamatan, kenalah kita berpantang jap... occay husna nanty akak jenguk2 yer... In Shaa Allah...
@ayut:
he he he... kalau x teringin tu memang selamat la tu...
@Nyue:
Nyue...akak memang suker giler ketam... ^_^... kerang pulak kerang rebus, kerang bakar akak kureng sikit... seafood besh kann?
@therosputih:
aikkk...bukan sabah ker makanan seafood mewah?
@~didiey~ :
ya buat sementara waktu ni kan?
@Amanda Suria:
kalau tanya saya, kerang kat Semenanjung ngan kerang kat Sabah memang ler tak sama... x sama lokasi... he he he...
@NoEn:
ha ah kan kak? ^_^
@hainom OKje:
marilah kita sama2 berpantang... tapi bukan makan macam orang dalam pantang tau OKje...ekekekke....