Cuti Sekolah Berperingkat?

CUTI SEKOLAH BERPERINGKAT

Heard over the news that Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan mengesyorkan supaya cuti sekolah di Malaysia dilakukan secara berperingkat. Cuti sekolah berperingkat? Hurmmm... Alasannya? Untuk memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong. Like seriously? Surprised smile

Apa pun, cerita sebenar - dikatakan cadangan untuk melaksanakan cuti sekolah berperingkat tidak akan melibatkan cuti sekolah di hujung tahun memandangkan tempoh cuti panjang itu seragam untuk semua negeri. What was suggested was cuti sekolah bagi tiga penggal pertama persekolahan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri.

As a mom? I'm thinking and still trying to digest. Rasa macam complicated sangat pula bila buat cuti sekolah berperingkat ni. Entah... Kak Fa lah... Kak Fa rasa macam serabut jer? Ke Kak Fa sorang jer yang fikir cam serabut? Ha ha ha.... Oklah, Kak Fa cuba susun satu persatu mengikut susunan di dalam kepala Kak Fa ni ha...

Untuk Industri Pelancongan

Kak Fa rasa seronoklah semualah industri pelancongan players sebabnya mereka akan dapat menaikkan harga sepanjang masa berbanding secara bermusim seperti yang dilaksanakan sekarang. Kan kita semua dah terbiasa dengan fenomena peak season and non peak season. Peak season tu contohnya macam cuti sekolah lah. Tengok jerlah harga hike up berapa banyak bila peak season kan? Makanya... The thoughts that automatically came to my mind, bila cuti sekolah dilakukan secara berperingkat, those industry players akan berpeluang untuk menjadikan setiap cuti persekolahan itu sebagai peak season dan harga juga bakal naik sepanjang masa. If I am wrong I am so sorry, this is just my opinion. However, I see that this will benefit the industry itself, in terms of return. Maybe juga, this is one of the ways that they are thinking untuk menaikkan lagi pendapatan sektor pelancongan kan?

Why am I so sure about price hike up? Sebabnya... cuti sekolah boleh jadi reason for limited spaces. Betul tak? Bila dah limited spaces, especially air tickets charges, memang akan mahal. Mahal-lah kos nak bawa anak-anak berjalan.

Untuk Pasangan Guru

Kalau seorang guru, seorang lagi bukan guru - mungkin tak wujud masalah di situ. Kalau kedua-duanya guru? Isteri mengajar di utara, suami mengajar di selatan? Ada kemungkinan guru yang berkenaan (yang tak cuti tu lah) terpaksalah memohon cuti demi untuk meluangkan masa bersama denga pasangan ataupun keluarganya yang sedang bercuti. Impaknya? Sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran selain daripada mengganggu urusan pentadbiran juga kerana cuti persekolahan negeri-negeri tidak sama. Kesianlah guru weii...Guru pun ada life juga kan? Waktu cuti sekolah tulah mereka nak catch up waktu-waktu yang terlepas bersama keluarga. Hari-hari persekolahan dah sibuk dengan urusan mengajar dan anak murid. Waktu pun sedikit terbatas ya tak? Lagi satu, guru-guru pun bukan senang nak cuti.

Untuk Ibu Bapa

Ni lagi haru weiii.... Dibuatnya seorang anak sekolah dekat utara, seorang lagi asrama dekat selatan, seorang lagi dekat timur.... Payah nak plan bercuti sekeluarga tu. Kadang-kadang, bila dah tak ada pilihan, ada yang terpaksa ponteng sekolah nanti. Huuu... Demi nak bersama-sama meluangkan masa berkualiti dengan keluarga.

Tak pun... Since dikatakan cadangan tu tak akan merubah cuti panjang hujung tahun... Lagilah sesak semua tempat sewaktu hujung tahun tu. Sebab semua ibu bapa tunggu hujung tahun nak bawa anak-anak berjalan. Semua pun berpusu-pusulah sewaktu itu. Lagi cramp up weiii... Usually, hujung tahun tu lah ramai orang bercuti, nak habiskan cuti tahun dan pergi ke sana ke mari.

Apa pun, this is just my two cents as a mom, as a parent. Perkara ni baru dalam peringkat perangkaan cadangan sahaja lagi dan akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan. Bila tu Kak Fa tak tau... Kalau tanya Kak Fa, Kak Fa rasa biarlah as it is... Tak perlulah nak ubah-ubah lagi, leave it as it is. I know it's a pembolehubah, tetapi better kekalkan dan let the traveller adjust themselves to suit.
Terimakasih telah membaca artikel Cuti Sekolah Berperingkat?. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. uish teringin jugak nak tengokl jauh mana benda ni hehe

    ReplyDelete
  2. tak setuju sangat isu ni.. hehe. sbb susah nak rancang cuti bersama.. ermm, camner la dorg boleh terfikir nak buat berperingkat eh..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.