Home » , , , , , , , » Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018

Dulu dia dah pernah datang… Kini dia datang kembali! Winking smile. Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 yang sangat berprestij dan diiringi hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga RM80,000.00 dengan tema “The Royal Celebration for Johnson’s® 125 Years with Your Princes & Princess”. Haaa… Tunggu apa lagi tu? Takkan bila contest dah habis baru sibuk nak rakam gambar anak segala bagai kan? Sekaranglah masanya untuk menampilkan “PESONA DIRAJA” anak-anak masing-masing kan? Winking smile. Daripada saja-saja rakam gambar anak-anak selepas tu muat naik ke laman media sosial, apa kata kali ni kita sama-sama mencuba nasib? Manalah tau kan? Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tak salah kalau mencuba. At least something lah kan?

Print

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 ini dilancarkan bersempena dengan keraian ulangtahun ke-125 Johnson’s®. Lama dah Johnson’s® ni bertapak di dalam Malaysia. Sejak dari zaman-zaman Kak Fa lahir dulu dah ada dah. Warisan yang dibina menerusi sokongan ibu-ibu sejak beberapa generasi yang memberikan kepercayaan kepada Johnson’s® untuk menjaga kulit bayi-bayi yang halus. Ini adalah merupakan satu tanda penghargaan pihak Johnson’s® ke atas kesetiaan para pengguna. Salah satu peraduan bayi tahunan yang terbesar semenjak 23 tahun yang lalu.

Johnson’s® memahami ibu bapa menghargai si manja mereka seperti putera dan puteri. Oleh itu, Johnson’s® memberikan “LAYANAN DIRAJA” untuk si manja apabila mereka menyertai peraduan ini.

Untuk meraikan kebanggaan dan kasih sayang ibu terhadap si manja mereka, peraduan ini akan melancarkan sticker GIF dan bingkai foto elektronik di dalam empat tema istana – Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies dan Modern Monarchy. Ibu bapa boleh menggunakan sticker yang sedia ada untuk menghias foto si manja mereka bagi menyertai peraduan ini.

Royal Adventure

Magical Snow

Stardust Fairies

Modern Monarchy

Hadiah menarik ooo…. bernilai sehingga RM 80,000.00. Kena sangatlah dengan tema “DIRAJA” tu ha. Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur iaitu 0 sehingga 12 bulan, 1 sehingga 3 tahun dan 4 sehingga 6 tahun. Setiap pemenang akan membawa want tunai bernilai RM5,000.00 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400.00. Yang lagi menarik? Semua para pemenang akan dianugerahkan sebuah pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan seumur hidup, iaitu bakal dipaparkan di muka depan majalah. Yang menang sagu hati tu pula…. 10 pemenang hadiah sagu hati akan dipilih dari setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500.00 dan hamper Johnson’s®  bernilai RM 400.00 bagi setiap pemenang. Lumayan wehhh! Kak Fa pula yang jadi terlebih excited… Muahahaha… Rolling on the floor laughing.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai Peraduan “DIRAJA” Ini?

Well, pertama sekali ibu bapa perlu membeli mana-mana produk bayi Johnson’s® mulai 1 September 2018 sehingga 31 Oktober 2018. Selepas itu? Step yang kedua adalah ambil gambar si manja anda yang comel.

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 (2)


Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 (3)

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 (4)

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 (5)

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 (6)

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 (7)

Pilih bingkai foto dan sticker yang bertemakan istana yang anda suka untuk menghiasi foto putera dan puteri anda, kemudian muatnaik gambar.

Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 (8)

Akhir sekali, lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda. Semudah itu sahaja. Tak ambil masa lama punnn…. Sekejapan sangat. Selepas tu, si manja anda telah pun menempah tiket peluang untuk diberi gelaran sebagai Putera atau Puteri Johnson’s®. Nak hantar banyak mana pun boleh. Tak cukup satu, boleh hantar dua, tak cukup dua, boleh hantar tiga. Ikut sukalah nak hantar banyak mana pun, tak ada sesiapa yang nak marah, dan tak ada sesiapa yang nak kecam pun.

Untuk makluman, di dalam proses pemilihan, 36 penyertaan akan disenaraipendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuatnaikkan ke laman Facebook Johnson’s® untuk diundi oleh para pengguna. Layari laman media sosial Johnson’s® untuk menyemak sama ada si manja anda telah disenaraipendekkan ataupun tidak ya?

Sama seperti ibu bapa kita yang gemar mengambil gambar kita sewaktu kecil, ibu bapa pada hari ini turut memiliki kegemaran yang sama. Johnson’s® memang faham akan kegemaran ini – si manja memang cepat membesar dan kita mahu merakamkan detik-detik indah tersebut sebanyak mungkin. Dengan menggunakan sticker GIF bertemakan istana yang disediakan oleh Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018, anda tidak perlu berbelanja besar untuk bergambar seperti seorang putera atau puteri! Winking smile

Gunakan masa yang indah bersama si manja anda dengan menyertai Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 – Hantarkan penyertaan anda di www.johnsonbaby.com.my/boty2018 dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

Terimakasih telah membaca artikel Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.