Home » , , , , , , , , , » Ini Rasanya Bila 7 Lapisan Kulit, Daging Dan Isi Dipotong Ketika Melahirkan Secara Caesarean

Ini Rasanya Bila 7 Lapisan Kulit, Daging Dan Isi Dipotong Ketika Melahirkan Secara Caesarean

Ini Rasanya Bila 7 Lapisan Kulit, Daging Dan Isi Dipotong Ketika Melahirkan Secara Caesarean

Semalam, mata Kak Fa ni tak boleh nak lelap. Sambil-sambil cuba melayan mata, supaya dapat lelap, sajalah Kak Fa skrol balik emel-emel yang ada dan juga mesej dari Facebook Page Bubblynotes Dot Com sejak dari bulan Januari 2018. Sedar tak sedar, rupa-rupanya ramai yang meminta Kak Fa ceritakan secara terperinci macam mana rasanya yang sebenar-benarnya melahirkan anak secara pembedahan? Rasanya, Kak Fa pernah cerita dalam banyak-banyak entri Kak Fa yang 5000 plus plus di www.bubblynotes.com ni tentang pengalaman bersalin secara pembedahan secara bersiri-siri. Tetapi tidaklah spesifikasi sangat menyentuh tentang perasaan dan rasa. Oklah, seperti yang diminta, ini rasanya bila 7 lapisan kulit, daging dan isi dipotong ketika melahirkan secara caesarean.

Pertama, jangan sesekali tanya Kak Fa, sakit ke tidak contraction, induce segala bagai. Soalan tu Kak Fa tak dapat nak jawab. Bukan pengalaman Kak Fa tu. Awal-awal Kak Fa nak inform, Kak Fa tidak merasa sakit sebelum bersalin. Kak Fa tak ada pengalaman contraction tu bagaimana. Kak Fa tak tau pun induce tu bagaimana rasanya. If you asked me those questions, you’ve asked the wrong person for the answer. Sebabnya pembedahan bersalin Kak Fa dulu adalah pembedahan secara elektif yang dirancang oleh gynae Kak Fa disebabkan oleh masalah komplikasi uri yang degil tidak mahu berpusing atau naik yang dinamakan sebagai Placenta Previa. Komplikasi Kak Fa ni Tahap 2. Placenta Previa ada 4 tahap. 

Sebab tu, gynae Kak Fa yang merupakan salah seorang kenalan Kak Fa sendiri dah warning awal-awal pada Kak Fa, andai kata Kak Fa expecting lagi, Kak Fa berpotensi besar untuk menghadapi komplikasi yang sama dan ia boleh bertukar kepada Tahap 3 atau Tahap 4. Senang cerita uri tu block laluan kepala baby nak keluar. Haaa… Senang faham kan? Kalau jadi macam tu, jawabnya Kak Fa terpaksa bed rest sepanjang kehamilan yang seterusnya akan mengganggu kerja hakiki Kak Fa dan memberikan impak kepada kerja hakiki Kak Fa. Ha ha ha… Secara tak langsung dah jawab soalan emel yang ada dua tiga bertanya kenapa Kak Fa tak nak bagi Firash adik? Muahahaha… Sambil menyelam kita minum air lah kan. Gynae Kak Fa siap kata, kalau Kak Fa expecting lagi, dia suruh Kak Fa jual rumah dan masuk Tropicana Medical Centre yang mana kosnya memang tinggi lah kan? Smile with tongue out

Perasaan ek? Rasa ek? Ha ha ha… Mana nak mula ni ek? Ha ha ha… Open-mouthed smile Sabar jap, brain Kak Fa tengah nak digest dan nak susun satu persatu penceritaan supaya teratur. Ok… Here we go…Winking smile

Perasaan Sebelum Pembedahan

Orang kata, be careful of what you wish or pray for. Masa dulu dulu, dululah dulu… Sebelum berkahwin dan sebelum mengandungkan Firash, Kak Fa selalu berkata-kata dalam hati sendiri yang kalau ya pun Kak Fa hamil dan nak bersalin, biarlah Kak Fa bersalin secara pembedahan. Kak Fa lagi rela dipotong di perut dari membayangkan adoiii sakitnya luka dekat kawasan bawah tu dijahit tanpa dibius. Dalam brain ni, asyik terbayang, dahlah sakit jahit tanpa bius, lepas tu nak membuang air pun mesti berpeluh-peluh dingin seram sejuk. Sakit kot? Haaaa, itulah mentaliti Kak Fa. No offense ya ibu-ibu yang melahirkan secara normal. Bukan Kak Fa niat nak menyentuh sensitiviti tetapi Kak Fa cuba terangkan apa yang Kak Fa rasa sebelum-sebelum ni. Kak Fa ya, Kak Fa… Tak ada kena mengena dengan mana-mana individu yang hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia ini. Secara terus-terang, Kak Fa mengaku yang I have no guts for that. So sebab tu Kak Fa always prefer caesarean.

Bila dah keep on wishing for that, Allah betul-betul dengar dan berikan Kak Fa merasai pengalaman untuk bersalin secara pembedahan. Allah granted my wish…. Hu hu hu… Habis tu takut ke? Gila kentang tak takut? Haruslah takut. Seumur hidup tak pernah undergo apa-apa surgeri lagi. Apatah lagi major surgery. Haruslah berdebar-debar dan malam sebelumnya tak boleh nak tidur sangat. Kak Fa akui Kak Fa adalah seorang yang penakut dengan terms bersalin itu. Huuu… Ahaksss nampak jer macam berani sangat, tapi tak adalah berani mana sangat pun sebenarnya.

Tapi bila dah sampai hospital, dah salin segala pakaian – disiapkan untuk masuk ke dalam bilik pembedahan, Kak Fa terus rasa lost jer. Tak tau apa nak fikir dah. Macam dalam takut-takut tu dah redha dah. All that I was thinking at that point of time, nak cepat habis, nak cepat tengok Firash. Sempat lagi fikir, agak-agak berapa lama Kak Fa akan berada di dalam bilik pembedahan tu?

Perasaan Dan Rasa Di Dalam Bilik Pembedahan


Surgical team performing Caesarean section on pregnant woman
Kredit: Sumber dari Google

Orang bersalin pembedahan ni, sorang-sorang. Suami tak boleh nak masuk sama dalam bilik pembedahan tu. Limit sampai depan pintu bilik pembedahan sahaja. Harap maklum… Ehhh…Memang maklum dah pun kan? Ekekeke…. Open-mouthed smile. Ok, minus point-nya kena terima hakikat yang that you are all alone by your ownself. Tapi bagus juga sebenarnya, dari situ Kak Fa belajar yang sometimes kita tak boleh terlalu mengharapkan suami untuk sentiasa ada di sisi kita atau melekat dengan kita ketika saat-saat genting atau kecemasan. Kita perlu kuat serta berani untuk mengharungi cabaran, ujian, dugaan dan masalah sendiri. In a way, it makes sense for me lah. Untuk orang lain, Kak Fa tak tau. Bukan suami tu jasad dia tak ada di sisi kita bermakna kita ni loser sebab bersalin sendiri dalam bilik pembedahan. Jasad tak ada, tapi dia ingat kita. Percayalah. So, tolong jangan rasa kekurangan atau down sangat bila kita lihat orang lain bersalin secara normal suami masuk dalam Labour Room sama, tapi kita tak dapat peluang macam tu. Tak perlu. No necessity pun!

Bila masuk jer bilik pembedahan, jadi jakun sekejap. Ha ha ha… Open-mouthed smile Iyalah orang pertama kali merasa kan? Baru Kak Fa tau, yang tempat kita akan dibedah tu macam tempat siang ikan jer! Ingatkan kena bedah sambil berbaring atas katil yang bertilam. Over tau Kak Fa. Banyak cantik kau Kak Fa? Baringlah atas tu. Bila dah berada atas tu, Kak Fa dibiuskan dengan bius biasa sahaja. No epidural ok? Bius biasa separuh badan. Kak Fa rasa? Yakin tak yakin jer dah dibius, sampaikan Kak Fa tanya sendiri dengan pembantu gynae Kak Fa dalam bilik pembedahan tu, betul ke dah bius ni? Ha ha ha… Open-mouthed smile Dia jawab, kalau tak percaya cuba gunakan tangan untuk angkat kaki tak pun cuba angkat kaki. Perut nak kena potong ni, tapi masih banyak cakap lagi kan? Tapi, eh eh betullah memang tak rasa apa. Numb ajer.

Sabar jap Firash. Jap jap lagi awak keluar. Masa tu memang dah bercakap-cakap dengan Firash panggil nama dia Firash pun. Nama tu memang dah ada sejak dari Kak Fa tau jantina dia lagi. Tau jantina jer terus letak nama. Bila gynae sampai, dia tanya semua dah ready ke belum. Kak Fa dalam keadaan sedarlah sebab bius separuh badan jer kan. Sambil dia lukis garisan atas kawasan yang nak dipotong tu, sambil dia ambil pisau untuk potong perut Kak Fa tu, dia ajak Kak Fa borak ok? Cool tak? Cool kan? So, memang terlupa sekejap rasa berdebar, takut segala bagai tu.

Ini Rasanya Bila 7 Lapisan Kulit, Daging Dan Isi Dipotong Ketika Melahirkan Secara Caesarean (3)
Kredit: Sumber dari Google

Mata ni jahat, pergi tengok pantulan imej pada lampu yang memantul pada kawasan pembedahan tu. Kan dia macam lampu bulat-bulat dan ada cermin yang ada reflection sikit tu kan? Boleh nampak tapi tak jelas sangat. Saja jer tu kan? Kata takut, tapi ada keberanian lagi nak tengok sendiri tu. Boleh rasalah masa tu macam perut tu goyang kiri goyang kanan, tapi tak sakit langsung. Nampaklah merah-merah darah tu semua. Macam ibarat kau masuk bilik facial sambil buat facial jer boraknya. Tau-tau jer, dah keluar dah Firash. Tapi keluar dengan sarung, bila gynae koyakkan sarung tu, baru dengar dia menangis. Heeee… Smile Ala comelnya anak Mommy! Walaupun tak nampak rupa dia lagi sebab lepas tu dia dibawa keluar terus untuk dibersihkan dan diberikan pada Babah dia untuk diazankan.

Dia selamat dah, tinggal Mommy jer lagi ni. Tengah tunggu gynae tutup luka Kak Fa tu. Tak rasa apa pun. Sekejap jer selesainya. Alhamdulillah, masuk pukul 11.00 pagi, 11.35 pagi dah kena sorong ke wad semula.

Perasaan Dan Rasa Selepas Pembedahan

Selepas pembedahan, apa yang Kak Fa rasa adalah badan sejuk semacam, macam ada dekat Kutub Utara jer. Menggigil-gigil. Terasa lapar yang amat dan terasa haus yang amat. Minta makanan dan air. Tapi tak boleh… Jururawat tak bagi. Lepas 6 jam baru boleh. Ok, kena tunggu 6 jam. Damn… Kak Fa lapar dan dahagalah. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Nak divert rasa lapar yang amat dan dahaga tu, Kak Fa tanya suami, Firash mana? Beria-ia nak tengok Firash juga. Nasiblah dilayan permintaan tu. Tapi lama jugalah nak kena tunggu sebab Firash sedang disiapkan. Winking smile. Tak mampu nak bangun nak pangku lagi, Firash duduk jer dalam tempat dia. Pegang jerlah dengan tangan. Masa tu, senyap jer, nyenyak jer tidur. Ha ha ha… Tak macam sekarang… Aktif ya ampun.

Tak lama lepas tu kan, dua orang jururawat datang untuk tukarkan kain batik Kak Fa dan selesaikan tiub buang air untuk Kak Fa. Perut Kak Fa ditekan-tekan untuk keluarkan darah beku kot? Memang banyaklah darah keluar. Tapi tak rasa apa. Sebab ada bius lagi kan? Pukul 11.00 malam, dah mula terasa perit di kawasan perut yang dipotong sampai ke kawasan sekitar yang lain, seperti peha dan abdomen. Gynae dah pesan, kalau rasa sakit jer terus tekan button. Nanti jururawat akan datang untuk masukkan ubat painkiller. Dah sakit kan? Tekan jerlah. Tak sempat nak experience, bear able ke tak bear able rasa sakit tu, sebab laju jer jururawat datang. Kena jap dekat peha. Lepas tu…. Yeayyy… Alhamdulillah, lega sangat-sangat. Bolehlah kalau nak tidur kan? Tapi tak tidur sangat juga.

Yang mencabar? Yang mencabar keesokkan pagi… Dalam pukul 10.00 pagi macam tu, jururawat datang dan cabut tiub buang air kecil. Orang kata sakit masukkan tiub buang air ke pundi kencing ni. Tapi Kak Fa tak rasa. Sebab bius dan ubat tahan sakit masih ada. Alhamdulillah… Huuu…. Jururawat beritahu yang Kak Fa kena bangun sendiri ke bilik air kalau nak buang air. Kalau Kak Fa boleh bangun sendiri dan buang air sendiri di tandas sebanyak tiga kali, Kak Fa boleh balik lepas tu. Masa tu rasa tak sabar nak balik jer. Nak baring atas tilam sendiri. Smile with tongue out.

Ini Rasanya Bila 7 Lapisan Kulit, Daging Dan Isi Dipotong Ketika Melahirkan Secara Caesarean (4)
Kredit: Sumber dari Google

Masa mula-mula nak bangun tu… Allahuakbar, takut nak bangun yang sebenarnya, tapi kena gagahkan diri juga sebab nak balik. Jururawat ajar macam mana cara nak bangun yang kurang menyakitkan. Tapi seksalah juga. Mula-mula you kena mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. Selepas tu, secara perlahan-lahan kena cuba bangunkan badan dan turunkan kaki. Memang slow laaa… Silap teknik memang sakitlah kot. Masa tu rasa pedih macam jari tangan kena pisau tapi sakit dia 10 kali ganda macam tu. Bila dapat berdiri, perghhh… memang terasa sakit. Kak Fa cuba bongkok dan pegang perut. Yeayyy… Cara tu efektif, kurang sakit dan berjaya berjalan secara perlahan-lahan sehingga sampai ke bilik air. Sampai bilik air, terus buang air kecil. Pertama kali buang air kecil selepas pembedahan, memang darah akan keluar dengan banyak. Dah selesai, balik semula ke katil. Nak naik katil balik pun satu hal juga. Tapi In Shaa Allah, boleh jer. Tahan sikit. Smile.

Jururawat suruh tiga kali ke tandas buang air kecil, tapi Kak Fa dua kali jer. Kak Fa beritahu tiga kali dah. Ha ha ha… Menderhakakan arahan kan? Nyah-Nyah. Dapatlah balik selepas tu. Ketika nak balik tu, didudukkan di atas wheel chair sambil pangku baby. Tapi nak masuk kereta, kena bangun dan tahan sakit sikit ya. Ada bekalan ubat juga. Tapi Kak Fa tak ingat ubat apa. Termasuk juga ubat tahan sakit. Tu Kak Fa steady jer tu. Macam kuat. Huuu… Cuma bila nak mandi, memang Kak Fa akan tutup dengan plastik kawasan luka pembedahan tu. Kena kreatif sikitlah ya. Takut terkena air lagi pedih. Memang tak boleh kena air pun seminggu. Tapi nak mandi juga, jadi terpaksa jadi kreatif nak elakkan kawasan tu terkena air. Tutup dengan plastik dengan sebaik mungkin.

Hari ketiga bersalin, Kak Fa dah memandu kereta MyVi Kak Fa dulu tu. Pergi TESCO dan beli bahan-bahan masakan untuk berpantang sendiri. Bukan nak tunjuk kuat, tapi Mama Kak Fa tak boleh memandu. Papa Kak Fa kerja. Suami tak available. Jadi Kak Fa terpaksa. Adalah kawan-kawan masa tu yang risau kalau Kak Fa bentan. Huuu… In Shaa Allah, tak ada apa-apa. Memang tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku pun. Alhamdulillah. Lepas cukup tujuh hari, kena ke hospital semula untuk dressing dan tarik benang. Nervous juga, tapi tak sakit. Siap gynae kata, parut luka tu cantik jer segaris halus, lepas ni pakai bikini pun tak nampak. Ha ha ha… Open-mouthed smile.

Tu jerlah rasanya sewaktu melahirkan secara pembedahan mengikut pengalaman Kak Fa sendiri. Hopefully, Kak Fa dah menjawab pertanyaan ramai-ramai yang bertanya tu. Pengalaman kita bersalin secara pembedahan mungkin tak sama dan berbeza, tetapi inilah yang Kak Fa lalui dan inilah pengalaman Kak Fa. Jangan takut ya? In Shaa Allah, Allah permudahkan segalanya. Amin amin ya rabbal alamin.
Terimakasih telah membaca artikel Ini Rasanya Bila 7 Lapisan Kulit, Daging Dan Isi Dipotong Ketika Melahirkan Secara Caesarean. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. Allah.. doakan wife ejulz k. semoga dipermudahkan urusan melahirkan zuriat kami satu hari nanti. insyaallah :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.