Rasa Bersalah Tu Tetap Akan Ada…

RASA BERSALAH TU TETAP AKAN ADA...  (2)

Tipulah kalau kat bila dah marah anak selepas tu tak rasa sesuatu dalam jiwa ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile Itu tak ada perasaan namanya! Ya… Ini kisah Kak Fa marahkan Firash pagi semalam gara-gara sabun. Semuanya disebabkan sabun! Marah-marah juga, rasa bersalah tu tetap akan ada… Ujian untuk Kak Fa yang bergelar seorang ibu. Memang sangat challenging weiii… Nak berperang dengan jiwa sendiri yang hakikatnya tidak sampai hati nak marah. Sedihnya perasaan seorang anak yang dimarahi sedih lagi perasaan seorang ibu yang memarahi.

Tapi itulah… Takkanlah hendak membiarkan sahaja dan menyumbang kepada perkembangan anak menjadi tuan ya tak? Mungkin tanpa sedar, sama ada Kak Fa atau orang lain, kalau tak beringat boleh jadi tanpa niat sedang mendidik anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapa. Walhal tak ke arah tu pun kan? kan? kan? Ada pilihan atau tidak, sesekali tetap perlu ditegur serta dimarahi. Terlalu sayang bukan bermakna langsung-langsung tidak boleh dimarahi dan dibentuk.

Kisahnya… Pagi semalam, kesabaran Kak Fa sesungguhnya teruji sangat-sangat. Bangun pagi-pagi dah ada bunga-bunga nak buat perangai. Ajak masuk bilik air, macam-macam helahnya. Jenuhlah memujuk itu ini. Tak apa… sabar jap! Sabar lagi sabar. Makan masa juga dan akhirnya setuju tanpa paksaan nak masuk bilik air. Bukannya apa, bagi ibu-ibu bekerjaya pagi-pagi memang adalah waktu yang sangat kritikal. Tolonglah jangan pilih waktu pagi untuk buat perangai? Huuu…. Mommy ni kerja makan gaji nak oiii! Faham-faham sahajalah kan?

Bila dah berjaya dipujuk masuk ke bilik air, ok lagi. Nak gosok gigi sambil menyanyi-nyanyi. Tetapi, moment dia capai botol sabun dan mula menuang isi sabun ke dalam gayung… Kali pertama, Kak Fa tuangkan semula sabun dari gayung ke dalam botol, kali kedua pun sama. Hampir setengah botol! Kali ketiga bila dah mula bersilat nak ambil botol sabun dari genggaman tangan dia… Dengan dia mula tantrum… Kesabaran itu telah mula pudar. Laju jer tangan pukul punggung dia.

Kuat ke? Taklah kuat… Kak Fa pun taulah… Tak bagi bersebab bukan suka-suka. Pertamanya sudah semestinya isu keselamatan. Kalau dah main sampai sebotol sabun tuang ke dalam gayung, selepas tu dah tentu-tentu akan dicampur dengan air, siram ke lantai bilik air. Tak ke bahaya tu? Risiko nak tergelicik di dalam bilik air tu memang besar. Kedua, isu pembaziran. Sebotol sabun that could last for at least two months tu, dituang dan dibuat main for nothing. Name me kedekut, berkira or what so not. Yes… I am thinking about wastage. Rasa macam terbuang macam tu jer duit tu kalau sabun dibuat main dan disia-siakan begitu. Ketiga, bagi ibu bekerja waktu pagi adalah waktu yang sangat kritikal. Kak Fa kejar masa, tapi banyak pula cerita yang dibuat Firash pagi semalam. Darnnn… Tentulah masa banyak dilengah-lengahkan.

Kena pukul di punggung sedas terus menangis. Tambah lagi… Selesai mandi, belum sempat nak keringkan badan dia, dah meluru berlari keluar dari bilik air. Kaki tu basah! Finishing lantai di luar bilik air adalah tiles. Licin weiii… Berisiko untuk jatuh tergelicik dan terhentak di mana-mana anggota tubuh like lengan ke? kepala ke? For the first time ever, akhirnya Kak Fa menjadi Tarzan menjerit pagi-pagi… “Jatuhlah nanti Firash…”. Nampak sangat marah sebab risau melampau. Open-mouthed smile

Nerd smile Errr… Boleh tahan melarat juga Kak Fa ni marah anak. Sehinggakan ke dalam kereta sewaktu di dalam perjalanan nak menghantar Firash ke school pun Kak Fa sempat bagi pep talk pada dia. Senyap dan nampak riak muka dia sedih sepanjang perjalanan ke school. Hati tak sampai tapi terpaksa keraskan juga hati ni. Know what? Kalau marah anak, Kak Fa tak suka nak pandang atau tenung lama-lama sangat muka dia, nanti hati jadi mudah lembut or cair. So the tips here is that, kalau marah anak, jangan pandang muka anak tu sangat. Wakakaka… Winking smile

Dalam komuniti kita ni ada 3 GAYA PARENTING yang SELALU SANGAT ibu bapa gunakan. Sepertimana yang Kak Fa baca melalui perkongsian oleh Ibu Rose di SINI:

PERMISSIVE PARENTING

Ikut semua kehendak anak-anak kerana terlalu memanjakan. TAKUT anak tak sayang! TAKUT anak merajuk! TAKUT anak rasa tidak dikasihi!Takut itu dan ini… ibu bapa seperti tiada tulang belakang dan anak tiada kawalan. Contoh yang sering kita katakan atau bualkan adalah, “Anakku Sazali”. Menjadi TUAN yang hanya pandai menyuruh, tiada belas kasihan terhadap kesusahan orang lain, kerana dia sendiri tidak pernah berasa susah.

NEGLECTFUL PARENTING

TIDAK KISAH LANGSUNG! Anak dibiar dan tidak dipantau. Tugas mendidik diberikan kepada orang lain dengan BERLEPAS TANGAN. Anak-anak merasakan tidak dihiraukan dan dikasihi. EMOSI anak terluka… ADAKAH AKU WUJUD DI HATI IBU BAPA AKU? Perkara ini boleh terjadi di dalam perhubungan suami isteri. Di mana hanya seorang sahaja yang memikirkan, melaksanakan keibubapaan dan menjalin perhubungan dengan anak-anak. Yang seorang itu sambil lewa, tidak mengendahkan, bila diminta menjaga anak-anak, lebih menumpukan kepada games di dalam telefon bimbit atau aktiviti sendiri, contohnya… anak-anak terabai. TUAN yang dibentuk… hasil dari perasaan dendam kerana diabaikan. Maka abaikanlah saja tanggungjawab kepada ibu bapa.

DOMINANT PARENTING

AKU BETUL, KAMU SALAH! Anak-anak tidak boleh bersuara atau memberi pendapat. Cara ibu/bapa sahaja yang betul. Kesalahan dan kesilapan akan dihukum tanpa soal-siasat dan tidak mengira umur. Perasaan anak-anak tertekan. Anak hilang keyakinan diri atau menjadi pemberontak. Bila badan sudah besar, menjadi TUAN yang tiada belas kasihan. Kasar cara didikan, KASARlah cara anak itu berinteraksi dengan ibu bapa. Ya, tidak semua anak-anak akan jadi sebegini. Namun, ramai yang akan menajdi begini.

Yang tidak menjadi TUAN kepada ibu bapa mereka, adalah anak-anak yang belajar memaafkan kesilapan ibu bapa dan BERUSAHA mengubat sakit semalam dan MENGUTAMAKAN KASIH sejati mereka dan perasaan kesyukuran. Walaupun demikian halnya… bukankah lebih senang sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab berusaha mengelakkan kebarangkali buruk yang dinyatakan?

Berbalik kepada cerita Firash… apakah kesan kena pukul di punggung dan kena marah serta pep talk dari Kak Fa semalam? Menurut laporan semasa, dari sumber yang sangat boleh dipercayai… Ha ha ha… Open-mouthed smile (Ok son… Please don’t read my ramblings on my blog at least until you are in Secondary School…Nanti tau semua rahsia Mommy….)… Sepanjang berada di school dia jadi budak baik, ikut segala arahan teacher tetapi dengan muka yang sedih. Diam sepanjang hari. Bila ditanya kenapa sedih… Jawapan yang keluar dari mulut dan bibir yang comel itu… “Mommy marah…”… Alhamdulillah… Dia faham yang Mommy marah. Winking smile

Dah marah kenalah pujuk… Kak Fa memang berpegang teguh kepada prinsip parenting yang Kak Fa cipta untuk diri Kak Fa sendiri sejak Firash lahir lagi… LOVING & FIRM PARENTING. Winking smile. Hati anak jangan dibiarkan terusik berlama-lama. Kak Fa pujuk kembali dengan memenuhi permintaan dia untuk Kak Fa pick up dari school semalam. That’s the way I handle it lah kan. Lain orang lain caranya. The moment he saw me at the door, terus menjerit… “Mommy! Mommy!…”. The moment dia sampai jer dalam pelukan Mommy terus tunjukkan hasil kraftangan dia buat di school semalam.

RASA BERSALAH TU TETAP AKAN ADA...  (1)

Ayat mengambil hati Mommy dia yang keluar dari bibir comel tu… “Sayannnggg Mommy…”… Open-mouthed smile… Memang automatik jer hati ni cair secair-cairnya… Rasa bersalah tu tetap akan ada… Tapi terpaksalah kan? Sebab nak mendidik anak kan? Waktu kemuncak itu marah, waktu bertenang itu sewaktu dia di school dan waktu rektifikasi itu setelah semua bertenang dan keadaan menjadi reda… Semestinya… ditutupi dengan peluk dan cium yang dipenuhi dengan kasih sayang melimpah ruah. Winking smile

Hopefully, he learnt the lesson, sentiasa ingat dan tak akan mengulangi perkara yang sama lagi… Next round (bukanlah mengharap untuk nak marah anak jer… tapi possibility tu ada) mungkin akan ditegur atau dimarah atas sebab kesalahan yang lain pula… We never know kan? Terkadang tu tak marah tak dengar, tak marah tak tau… Marah juga bukan kerana benci tetapi marah disebabkan terlalu sayang dan berniat mendidik anak. Winking smile
Terimakasih telah membaca artikel Rasa Bersalah Tu Tetap Akan Ada…. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

3 komentar:

  1. Memang perlu kesabaran pada tahap yang tinggi dalam mendidik anak2.

    ReplyDelete
  2. saya lah tuu... bila marah, rasa bersalah, tapi kalau tak marah, takut plak menjadi2 perangai bila ditegur secara baik dibuat tak hendah... last2 pakwe halah tu lah kena jadi jaksa pendamai jiwa yang rasa bersalah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.