Home » , , , , , , , » Kelebihan AIR FRYER Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang!

Kelebihan AIR FRYER Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang!

KELEBIHAN AIR FRYER YANG MUNGKIN ANDA TERLEPAS PANDANG!
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Ada sesiapa nak hadiahkan Kak Fa sebuah AIR FRYER idaman kalbu Kak Fa? Open-mouthed smile Muahahaha… Manalah tau kan? Kot-kot ada yang berhajat nak bagi Kak Fa advance birthday present! Winking smile. Tak pun ada yang planning nak belikan Kak Fa hadiah untuk birthday Kak Fa tahun 2018 ni? Bolehlah pertimbangkan AIR FRYER sebagai salah satu item dalam senarai cadangan birthday present Kak Fa tu! Kecil tapak tangan Firash, tapak tangan Kak Fa yang Kak Fa tadahkan! Smile with tongue out… Ha ha ha… Ok ok… Mengarut jer lebih ni! Sebenarnya memang Kak Fa tengah mabuk kepayang sangat-sangat dengan AIR FRYER… Hari-hari sejak hari Isnin minggu ni dok usha AIR FRYER dekat Lazada Malaysia. Acah-acah window shopping lah kan? Dah kenapa? Kemaruk sangat nak ada AIR FRYER dalam koleksi dapur Kak Fa ni? Haaaa… jom baca cerita ni meh? Kelebihan AIR FRYER yang mungkin anda terlepas pandang!

Bagaimana AIR FRYER Bekerja?

Magis ke AIR FRYER ni? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Taklah… cara kerja AIR FRYER pada makanan adalah dengan mengedarkan udara panas yang berkelajuan tinggi mengelilingi makanan. Udara panas yang dimaksudkan datang daripada kipas mekanik yang terdapat di dalam komponen AIR FRYER. Suhu panas yang tinggi tersebut akan membuatkan kandungan air di dalam makanan berwap, sehingga akan mematangkan masakan sekaligus menghasilkan tekstur makanan yang cukup baik.

Jenis-Jenis AIR FRYER

Di pasaran semasa, terdapat 3 jenis AIR FRYER iaitu:

Basket AIR FRYER

Basket AIR FRYER adalah AIR FRYER yang paling banyak digunakan. Bentuknya hampir seperti teko tetapi permukaannya lebih bundar dan terdapat banyak tombol pada AIR FRYER. Yang uniknya adalah, cara membuka atau menutup AIR FRYER jenis ini adalah seperti cara membuka dan menutup laci.

Paddle AIR FRYER

Paddle AIR FRYER ni pula, cara membuka dan menutupnya adalah dari arah atas.

Oil Free Turkey FRYER

Oil Free Turkey FRYER memiliki ukuran dan kapasiti yang paling besar.

Apa Yang Untung Sangat Jika Memiliki AIR FRYER?

Mengurangkan Kandungan Lemak Dan Kolestrol

Bila usia dah pertengahan 30-an, jiwa mula berkata nak cuba kawal atau jaga jenis makanan yang diambil atau dikonsumsi. Ahaksss… Poyo tak? (Psssttt…tu saja nak kukuhkan sebab nak beli AIR FRYER jer tu). Teknologi air frying dapat menurunkan kandungan lemak dan kolestrol secara signifikan, tetapi makanan tetap sedap dan lazat. Apabila berkurangnya kandungan lemak dan kolestrol itu bermaksud pemakanan akan menjadi lebih sihat. Kan? Kan? Kan?

Penjimatan Penggunaan Minyak Masak Dan Perbelanjaan Bulanan

Sebab kukuh ni sebab kukuh Kak Fa mabuk kepayang dengan AIR FRYER sekarang ni… Ke arah misi untuk menjimatkan penggunaan minyak masak dan sekaligus menjimatkan poket pada perbelanjaan bulanan. Minyak masak pun dah boleh tahan mahal juga harganya sekarang ni ha… Kau tengok Cap Pisau? Cap Helang? Naturel? Mazola? Tengok jenislah… Kalau yang 5 liter, tak ada belas lagi dah oiii… Kebanyakannyalah RM 20.00 ke atas. Erkkk… Kedekutkan aku? Ha ha ha… Tapi selagi boleh berjimat kita berjimatlah kan? Anak makin besar oiii… Banyak nak pakai duit!

Menjadikan Makanan Crispy Kembali

Kadang-kadang makanan seperti pisang goreng, ayam goreng kalau terdedah lama kepada udara boleh jadi lembik dan hilang crispy. Ini bukan rendang yang difikirkan sepatutnya crispy seperti kes Zaleha Kadir Olpin yang disingkirkan dari rancangan realiti Masterchef UK kerana rendangnya tidak rangup ya? Kisah John Torode… Tapi ini memang tentang makanan yang sepatutnya crispy. Makanya, kalau ada AIR FRYER, bolehlah masukkan ke dalam AIR FRYER hasilkan makanan itu rangup kembali.  Mudah kan?

Multi Fungsi

Bukan setakat alat untuk menggoreng tanpa minyak! Tapi… boleh digunakan untuk memanggang ayam, memasak steak, ikan bakar, kuih dan lain-lain lagi. Kak Fa tak sempat nak cari info jenis-jenis masakan menggunakan AIR FRYER, tapi tunggulah… In Shaa Allah, kalau ada rezeki terpijak untuk Kak Fa memiliki AIR FRYER satu hari nanti… Ha ha ha… Open-mouthed smile Mungkin sesekali Kak Fa kongsikan resipi-resipi masakan menggunakan AIR FRYER pula kot?

Tidak Menghasilkan Asap

Setiap unit AIR FRYER sudah dilengkapi dengan built-in air filter yang akan menyaring udara sehingga tidak mengeluarkan asap. Secara tidak langsung, tak adalah bercampur baur bau masakan itu ini di dapur tu kan? He he he… Jiran-jiran sebelah pun tak adalah terbau masakan yang dibawa angin ke rumah mereka selepas tu bersin atau bau yang mungkin mereka tidak sukai. Bukan apa, sesetengah dari individu sensitif kepada bau beberapa jenis masakan. Kita tak tau kan? Kot kot diam-diam ker, jiran bersunggut sebab tak tahan bau masakan kita? Ehhh… Ha ha ha… Haippp… Fikir yang baik-baik, jangan buruk sangka Kak Fa!

Mudah Dibersihkan

Cara membersihkan AIR FRYER sangat mudah. Hanya gunakan air dan sabun untuk membersihkan jaring atau bekas di dalam AIR FRYER setelah dikeluarkan atau selesai digunakan.

Memasak Dengan Lebih Cepat Dan Efisien

Ini Kak Fa suka weiii! Sangat-sangat suka… AIR FRYER telah dilengkapi dengan termostat yang boleh di-set dan membolehkan kita untuk menyesuaikan suhu dengan tepat sehingga kerja-kerja memasak makanan menjadi lebih efisien. Elok sangatlah tu… sejak-sejak anak dah semakin membesar ni, lepas tu tambah pula dengan anak nombor dua, si ZHU ZHU ZHU tu… masa makin mencemburui Kak Fa untuk buat semua perkara…. Ha ha ha… Mungkin AIR FRYER dapat memberikan jalan penyelesaian yang paling ampuh untuk menjimatkan waktu Kak Fa bersilat di dapur kot? Smile with tongue out - Alasan lagi!

Tulah dianya…perkara yang mungkin ada di antara kita terlepas pandang tentang AIR FRYER. Dah tau ni… bolehlah kan? Fikir-fikirkan nak simpan satu kat dapur rumah tu ke tak nak kan? Kak Fa nak! Huuu… Penat dah tulisan alasan panjang-panjang sebab apa Kak Fa nak sangat AIR FRYER! Tak ada sesiapa ke? Nak offer Kak Fa seketul AIR FRYER? Wakakaka…Gurau jer ya? Gurau jer! In Shaa Allah, ada rezeki, mana tau kan? Masuk juga sebiji AIR FRYER dekat dapur Kak Fa nanti. In Shaa Allah. Amin. (*Ha ha ha… Nampak tak permainannya di situ… Berharap!).

*Yang nak minta suami belikan AIR FRYER tapi tak ada alasan kukuh… Mungkin boleh gunakan alasan-alasan yang Kak Fa senaraikan di dalam entri ni. Mana tau? Kot-kot lepas dah explain, lepas dah cerita one by one… Terbuka pintu hati si suami nak belikan si isteri sebiji AIR FRYER kan? Demi membantu dan memudahkan kerja-kerja dapur si isteri sambil-sambil mengamalkan pemakanan yang lebih sihat. Winking smile. Tak cuba tak tau… Cubalah pujuk dengan alasan-alasan yang Kak Fa dah kongsi ni. All the best! Heee…
Terimakasih telah membaca artikel Kelebihan AIR FRYER Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.