Home » , , , , , , , , , , , » Preschool Moments | My 1st Student Parents Activities–Nail Hygiene

Preschool Moments | My 1st Student Parents Activities–Nail Hygiene

Preschool Moments My 1st Student Parents Activities Nail Hygiene (6)

02.03.2018 – cuti! Preschool moments| My 1st Student Parents Activities – Nail Hygiene. Jadi cikgu weiii! Open-mouthed smile… Ha ha ha… Jenuh juga nak mencari ilham dan nak mencari cara bagaimana untuk menjadikan sesi Kak Fa tidak membosankan dan tidak mendapat perhatian anak-anak kecil yang comel. Winking smile. Selalunya hantar jer anak pergi school, selalunya ajar anak sendiri jer… Belum pernah lagi terlibat dan melibatkan diri di dalam sesi sebegini. Inilah yang pertama… Tapi kan… Seronok! Mula-mula adalah rasa gementar sikit, tapi lepas tu bisik kat hati sendiri… “Alahaiii… Bercakap dalam rancangan secara langsung di kaca televisyen boleh? Depan anak-anak kecil tak boleh?” – Ahaksss… Poyolah pula kan? Smile with tongue out. Bukan apa… Anak-anak sekarang semua bijak pandai lagi genius. Silap-silap haribulan kalau tak cukup ilmu di dada kena telan dan hadam apa yang mereka ajarkan kembali pada kita pula… Ha ha ha… Open-mouthed smile Jadi…Kak Fa memang betul-betul kena sediakan diri sebelum berhadapan dengan mereka.

Tak lama pun… Lebih kurang tiga hari sebelum Student Parents Activities diadakan di school Firash, Kak Fa baru terhegeh-hegeh nak siapkan semua bahan dan juga fikir apa yang Kak Fa nak cakap. Memandangkan memang kerja hakiki Kak Fa bergelumang dengan presentation slide, Kak Fa pun sediakanlah presentation slide yang ringkas untuk anak-anak kecil di school Firash.

Preschool Moments My 1st Student Parents Activities Nail Hygiene (5)

Gigih tak gigih jugalah Kak Fa mencari ilham, bahan dan juga mencari tahu cara bagaimana untuk melakukan penyampaian Kak Fa. Gigih tak gigih jugalah Kak Fa sediakan custom made presentation slide yang Kak Fa rasakan yang paling menarik yang mungkin untuk mencuri perhatian anak-anak kecil yang comel tu. Kak Fa cuba ok? Walaupun Kak Fa bukanlah yang terbaik tetapi Kak Fa cuba memenuhi permintaan dan apa yang sepatutnya Kak Fa bentangkan kepada anak-anak kecil. Ha ha ha… Nerd smile

Preschool Moments My 1st Student Parents Activities Nail Hygiene (1)

Inilah sebahagian audience cilik Kak Fa pada hari yang berkenaan. Kalau nak tau, ini adalah satu pusingan. Ada 5 pusingan di mana, ibu bapa yang terlibat perlu mengulang semula apa yang dibentangkan atau dikongsikan bersama anak-anak kecil sebanyak 5 kali. Merasalah juga oiii… Jadi cikgu tadika sekejap dan merasalah juga oiii dapat audience cilik yang berbeza tahap umur iaitu 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Banyak yang Kak Fa dapat belajar tentang bagaimana bezanya penerimaan dan juga maklumbalas anak-anak mengikut kumpulan peringkat umur masing-masing. Kena kelas yang memang pendiam, pendiam betul. Kena kelas yang happening, happening betul. Ohoiii… seronok pula rasanya. Seronok jadi cikgu tadika ni! Winking smile

Preschool Moments My 1st Student Parents Activities Nail Hygiene (2)

Bercakap dengan anak-anak kecil ni, muka kena ada ceria ok? Kena senyum, kena cakap dengan penuh sifat keibuan, kena rajin soal jawab, kena buat mereka rasa penting. Barulah ada komunikasi dua hala dan barulah tak terasa yang ibarat kita ni bercakap sorang-sorang lepas tu anak-anak kecil kerut dahi sebab cuba nak memahami apa yang sedang kita cuba sampaikan. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Kena gunakan bahasa yang paling mudah dan bahasa yang paling senang untuk difahami. Kena pandai ambil hati mereka.

Kak Fa jadi doktor kuku atau pakar kuku yang bercerita mengenai nail hygiene. Tengok gambar yang Kak Fa paparkan di atas tu? Kemain semangat Kak Fa kan? Winking smile. Kak Fa kan suka budak? Jadi aktiviti-aktiviti macam ni memang Kak Fa sangat berbesar hatilah nak turut serta bila dapat jemputan dari teacher Firash. Seronok apa? Dapat pengalaman macam ni? Selalu buat presentation depan orang dewasa jer? Sesekali naklah juga depan kanak-kanak yang comel lagi riang.

Bila bercerita tentang nail hygiene ni, cerita Kak Fa ringkas dan mudah sahaja. Kak Fa minta anak-anak kecil angkat tangan masing-masing. Tanya kuku masing-masing panjang ke? pendek ke? Siapa yang potongkan kuku? Berapa kali seminggu mereka memotong kuku? Kemudian Kak Fa masuk kepada bahagian di mana apakah sebab musabab masing-masing kena potong kuku dan jaga kebersihan kuku? Bila masuk kepada soalan kenapa dan mengapa tu, di situ Kak Fa sempat selitkan sedikit eksperimen untuk mewarnai pembentangan Kak Fa pada hari yang berkenaan.

Preschool Moments My 1st Student Parents Activities Nail Hygiene (3)

Ini adalah bahan-bahan dan juga alat yang Kak Fa gunakan untuk eksperimen mini Kak Fa bersama anak-anak kecil.

Pertama: Eksperimen Losyen Lada Hitam atau Black Pepper Lotion Experiment

Rujuk gambar di atas dan rujuk mangkuk berwarna biru yang mana Kak Fa telah masukkan losyen tangan (apa-apa jenis pun tak apa) dan juga serbuk lada hitam. Kak Fa campurkan. Lada hitam tu mewakili kuman, bakteria dan juga virus. Motif? Kak Fa minta dua orang wakil dari setiap kelas untuk ke hadapan dan salah seorang dari anak kecil yang menjadi wakil akan mencelup jari mereka ke dalam mangkuk yang berisi losyen serta lada hitam tersebut. Setelah mencelup tangan, Kak Fa akan minta anak kecil tersebut untuk bersalaman dengan rakan mereka yang turut menjadi wakil di sebelah.

Ironinya, Kak Fa sebenarnya nak terangkan kepada anak-anak kecil, yang apabila mereka tidak menjaga kebersihan kuku mahupun tangan sebenarnya kuman, bakteria dan juga virus bukan sahaja melekat pada tubuh badan mereka tetapi boleh tersebar kepada orang-orang di sekeliling mereka secara tidak langsung melalui sentuhan. Cara tu yang dapat Kak Fa fikir untuk beri kefahaman kepada anak-anak kecil. Harap-harapnya dapatlah melekat dalam ingatan mereka tentang apa yang Kak Fa sampaikan.

Kedua: Kuman, Bakteria, Virus Lari Apabila Kuku Bersih


Kak Fa gunakan pinggan kertas, isikan air di dalam pinggan kertas dan kemudian Kak Fa taburkan dengan serbuk lada hitam. Sekali lagi, serbuk lada hitam mewakili kuman, bakteria dan virus. Kak Fa nak tunjukkan dan nak anak-anak kecil sendiri rasakan pengalaman bagaimana jika kuku mereka bersih dan kemudian semua kuman, virus dan bakteria lari. Tapi bukanlah celup tangan macam tu sahaja terus jadi macam tu. Kak Fa salutkan hujung jari anak-anak kecil dengan sabun sebelum mereka mencelup tangan ke dalam pinggan tu. Objektif? Bila kuku dan tangan mereka dipotong serta dicuci dengan sabun sebersih-bersihnya semua kuman, bakteria dan virus akan lari.

Alhamdulillah, seronok masing-masing dan masing-masing semua nak mencuba magis katanya. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Tak kurang juga ada yang geli sebab tengok lada hitam tu terapung-apung dengan banyak kan? Kak Fa seronok bila tengok mereka seronok.

Itu sesi Kak Fa… Ada sesi lain oleh ibu bapa yang cover bahagian lain pula. Masing-masing ada tugasan masing-masing. Anak-anak kecil pun jadi seronok.

Preschool Moments  My 1st Student Parents Activities–Nail Hygiene (1)

Preschool Moments  My 1st Student Parents Activities–Nail Hygiene (2)

Kak Fa nak ucapkan terima kasih pada pihak school Firash kerana sudi menjemput Kak Fa untuk merasai pengalaman Student Parents Activities sebegini. Kak Fa tak kisah pun kalau pada masa akan datang Kak Fa kena datang dan buat presentation lagi! Seronok! Dan harap-harapnya apa yang Kak Fa sampaikan tu, melekatlah di jiwa dan juga kotak ingatan anak-anak kecil yang Kak Fa berkongsi tempoh hari.

*Anak sendiri hairan sejak bila Mommy jadi teacher ni? Ha ha ha… Smile with tongue out
Terimakasih telah membaca artikel Preschool Moments | My 1st Student Parents Activities–Nail Hygiene. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.