Home » , , , , , , , , , » NIGELLA THERAPY | Cantik Persis Cleopatra!

NIGELLA THERAPY | Cantik Persis Cleopatra!

NIGELLA THERAPY

NIGELLA THERAPY | Cantik Persis Cleopatra! - Kak Fa baru tersedar dan baru disedarkan… Crying face Selama kini…Kak Fa sibuk nak kejar supaya kulit nampak cerah, putih berseri tapi rupa-rupanya Kak Fa terlupa yang kulit yang sihat itu lebih utama. Kak Fa sangkakan yang bila kulit nampak cerah, putih berseri tu dah boleh masuk dalam klasifikasi kulit yang sihat. Tapi segalanya berubah bila baru-baru ni Kak Fa berpeluang untuk menghadiri acara pelancaran NIGELLA THERAPY dan mendapat tahu bahawa warna kulit bukanlah penentu kulit yang sihat ataupun tidak. Betullah tu… Jika Kak Fa olah balik statement tu… Cantik apabila kulit sihat! Kulit tak sihat walaupun cerah dan putih berseri tak guna juga sebenarnya. Bila fikir-fikir balik, sebenarnya ramai di antara kawan-kawan Kak Fa berkaum Hawa pun sama sebenarnya… Dah terlalu terdorong dengan pengaruh marketing kulit cerah gebus-gebas sehinggakan terlupa dalam nak kejar kulit cerah gebu-gebas tu, lebih penting untuk jaga kesihatan kulit. Nampak tak skeptical thinking di mana kalau kau putih kau cantik, kalau kau gelap macam Dayang Senandung kau tak cantik? Even tidak diperkatakan, begitulah mentaliti masyarakat sebenarnya. Hu hu hu…

Silap besar ok! Siapa kata kalau kulit tak putih melepak tak cantik? Ramai jer di kalangan selebriti atau top model yang meletup-letup seadanya dengan warna kulit asal mereka? Tak ada pun mereka sibuk nak putih melepak bak kulit telur dikupas untuk mencapai definisi cantik tu? Kalau semulajadi tu lainlah kan? Smile Jauh tersasar pemahaman kita semua selama ni rupanya…Nak-nak lagi kalau umur dah masuk ke 3 series… Bukan putih melepak tu yang patut dikejar tetapi kesihatan kulit supaya kekal awet muda dan tak makan usia yang lebih penting. Bila kulit sihat dan tak makan usia, kita akan nampak cantik walaupun hakikatnya usia kita telah banyak. Winking smile… Macam-macam petua yang dah diajarkan turun-temurun untuk awet muda. Macam-macam cara yang ada untuk jadi awet muda. Tetapi dengan kemajuan teknologi sekarang… Ada cara yang sangat-sangat mudah untuk menjaga kesihatan kulit dengan lebih efektif dan efisien. Syukurlah, Kak Fa berpeluang untuk mengenali NIGELLA THERAPY dengan lebih rapat dan dekat. Kalau tidak, mungkin terlewat untuk Kak Fa menjaga kesihatan kulit.

Usia nak masuk 35 tahun – Kak Fa sedar yang Kak Fa WAJIB untuk lebih serius tentang kesihatan! Anak baru nak masuk umur 4 tahun kot? Takkan Kak Fa tak nak jaga diri Kak Fa supaya sentiasa kelihatan presentable dan sedap mata memandang kan? Personaliti kena jaga… Nak-nak lagi bila Kak Fa bekerja sebagai Personal Assistant dan juga cari makan melalui blog. Ha ha ha… Open-mouthed smile Serba-serbi nak kena jaga dik! Macam ala-ala masuk ke dunia selebriti tetapi bukan selebriti. Sebab bila kau bergelar blogger, orang perhati bukan tak perhati kau. Cuma orang tak bercakap depan kau… Ha…Faham tak apa yang Kak Fa cuba sampaikan? Menjaga untuk suami pun ya… Supaya biar senang mata suami memandang. Smile with tongue out. Untunglah kini dah ada NIGELLA THERAPY.

Memperkenalkan set penjagaan kesihatan kulit wajah terkini di pasaran yang baru sahaja dilancarkan iaitu NIGELLA THERAPY.

NIGELLA THERAPY (2)

Terdapat 3 rangkaian produk NIGELLA THERAPY khusus ke arah kulit yang sihat iaitu NIGENOL, ANTI-AGING DAY SERUM DAN ANTI-AGING NIGHT SERUM.

NIGENOL

Berfungsi untuk menangani pelbagai ketidaksempurnaan kulit termasuk garis halus. Ia juga dapat meningkatkan penghidratan tisu kulit serta meningkatkan keanjalan kulit.

ANTI-AGING DAY SERUM DAN ANTI-ANTI AGING NIGHT SERUM

Formulasi yang mengandungi NIGENOL, CoQ-10 dan Ubiquinol yang berfungsi secara sinergis untuk menghapuskan radikal bebas berbahaya dari sel-sel kulit, meremajakan kulit secara berkesan dan menghidupkan semula kulit yang sihat. Bagi ANTI-AGING DAY SERUM ianya juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV.

NIGELLA THERAPY (3)

Yang menarik bagi Kak Fa adalah bila mana NIGELLA THERAPY adalah merupakan produk hasil kajian selama 30 tahun ke atas black seeds oil yang telah digunakan oleh Ratu Mesir, Nefertiti dan Cleopatra seawal 4,000 tahun yang lalu. NIGELLA THERAPY diformulasikan dengan menggunakan bahan semulajadi dan terbukti secara saintifik untuk memberikan manfaat kesihatan kulit yang sebenar. Kandungan utamanya ialah 100% NIGELLA SATIVA iaitu minyak Habbatus Sauda yang diekstrak melalui proses yang dipanggil proprietary hydraulic cold-press yang mana melalui proses ini ianya menghasilkan pati dengan kepekatan paling kuat yang mengandungi thymoquinone – anti-oksida aktif yang membantu menganjalkan kulit dari dalam, menghaluskan garis halus dan membantu di dalam menyerlahkan kecantikan kulit yang sebenar.

Oklah… Mungkin ada yang terdetik dalam hati… Alaaa… Just another beauty product! Tunggu jap… Tunggu jap… Sila percaya bila Kak Fa kata, NIGELLA THERAPY ni bukan sebarang produk dan bukan produk biasa-biasa… Kak Fa mula-mula terdetik juga macam tu… Tapi bila Kak Fa lihat sendiri dan Kak Fa dengar sendiri testimoni pengguna sebenar yang juga merupakan duta NIGELLA THERAPY – Dynas Mokhtar. Kak Fa jadi yakin yang ini bukan another beauty product yang biasa-biasa yang menembusi pasaran Malaysia.

NIGELLA THERAPY (4)

Sebelum dilantik sebagai duta NIGELLA THERAPY, Dynas sebenarnya telah menjadi pengguna NIGELLA THERAPY selama setahun terlebih dahulu. Perkongsian dari Dynas sendiri tempoh hari ada menyatakan yang dia adalah seseorang yang tidak sewenang-wenangnya meletakkan dan menggunakan sesuatu produk ke atas kulit wajah beliau. Setelah mengambil keputusan untuk menjadi pengguna NIGELLA THERAPY dan setelah konsisten menjadi pengguna NIGELLA THERAPY selama setahun… Apa yang anda nampak di dalam gambar yang Kak Fa paparkan di atas itu adalah hasil sebenar penggunaan NIGELLA THERAPY. Memang secara in-person Kak Fa dapat lihat yang kulit wajah Dynas kelihatan sangat-sangat healty, berseri dan sudah semestinya bebas dari kesan penuaan mahupun garis halus!

Dalam hati Kak Fa… Oh wow! We are about, more or less the same age kot? Dalam lingkungan umur yang dekat-dekat lah kan? Look at her! Look how she is! Memang cantik persis Cleopatra pula bila Kak Fa tengok. Biasalah perempuan kan? Keinginan dan perasaan ingin cantik tu memang akan ada bila melihat wanita cantik yang lain di hadapan mata. Siapa tak nak kelihatan cantik sebegitu kan? Memang Kak Fa kagum dengan hasil yang Dynas dapat setelah menjadi pengguna NIGELLA THERAPY secara konsisten. Nak-nak lagi macam Dynas kan? Pelakon, model, usahawan dan pengacara yang berjaya… Mesti nak jaga penampilan diri kerana bekerja dengan ramai orang. Tak kanlah Dynas simply-simply nak pakai sebarang jenis produk kecantikan jer? Pastinya setiap wanita yang mementingkan kecantikan diri akan memilih produk kecantikan yang berkualiti terbaik. So… tak mungkinlah NIGELLA THERAPY ni just another product yang keluar dari out of the phenomenon lambakan produk-produk kecantikan tempatan.

NIGELLA THERAPY (6)

Secara rasmi, Kak Fa nak umumkan melalui Bubblynotes.Com yang mana, bermula sejak malam semalam… Kak Fa telah mula menjadi pengguna NIGELLA THERAPY. Kak Fa mulakan dengan NIGELLA THERAPY ANTI-AGING NIGHT SERUM. Baru semalam kan? Nanti lagi seminggu dua minggu bila Kak Fa selfie, cubalah lihat perbezaan kulit wajah  Kak Fa pula dari gambar-gambar Kak Fa yang sebelumnya… He he he… Winking smile.

Dari mana boleh dapatkan produk NIGELLA THERAPY?

RoyalePharma E-Store

NIGELLA THERAPY (7)

Lazada

NIGELLA THERAPY (8)

11th Street

NIGELLA THERAPY (9)

Shopee

NIGELLA THERAPY (11)

Cawangan-Cawangan Farmasi RoyalePharma Seluruh Negara


Tak susah pun nak dapatkan rangkaian produk NIGELLA THERAPY… Kak Fa bukan nak pengaruh ke apa… Tapi Kak Fa yakin yang NIGELLA THERAPY tidak akan mengecewakan anda… Lagipun RoyalePharma bukanlah calang-calang player di dalam industri yang melibatkan well-being ni… Dah ternama dah pun… Jadi cepat-cepatlah mencuba dan menjadi pengguna setia NIGELLA THERAPY you alls… Supaya kita semua boleh sama-sama mempunyai kulit yang sihat dan cantik dengan cara yang selamat dan terbukti berkesan! Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel NIGELLA THERAPY | Cantik Persis Cleopatra!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, November 10, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia