Cara Mudah Hasilkan SLIME Homemade

Cara Mudah Hasilkan SLIME Homemade
Gambar: Kredit Dari Google

Hari ni dah masuk hari ketiga berturut-turut anak Kak Fa yang berusia 3 tahun 11 bulan tu berulang-ulang memajukan permintaan nak SLIME. Open-mouthed smile… Letih juga mendengar… SLIME…SLIME…SLIME… Mainan budak-budak sekarang yang dah tembus ke Malaysia dan menjadi semakin terkenal di kalangan kanak-kanak Malaysia. Obsesi terkini anak Kak Fa…Mungkin anak-anak anda juga kan? Bila dah dengar permintaan semacam itu, rasa nak beli tu belum terbuka lagi hati Kak Fa… Ha ha ha… Open-mouthed smile Tapi rasa nak buatkan juga dia SLIME hujung minggu ni macam ya… Sebab rasa nak buatkan, gigih Kak Fa mencari tahu cara mudah hasilkan SLIME homemade. Iyalah, kenalah belajar dulu… Barulah boleh buat ya tak? Kalau dah pandai buat sendiri, tak perlu nak bazir Ringgit Malaysia nak membeli SLIME yang sememangnya ada dijual tu. Kannn?

SLIME? Yalah SLIME… Di dalam Bahasa Inggeris SLIME bermaksud “lendir”, tetapi di dalam konteks sebagai permainan kanak-kanak dan juga orang dewasa ni, SLIME adalah sesuatu yang bertekstur lembut, kenyal dan kalau dah main tu memang boleh jadi leka! Smile. Kak Fa tau boleh jadi leka pun sebab anak buah Kak Fa yang cerita. Dahlah sibuk mencari tahu macam mana nak hasilkan SLIME… Siapa interview lagi anak buah sebab nak tau apa yang best sangat dengan SLIME ni sampaikan Firash pun dah tersampuk fenomena SLIME. Muahahaha… Open-mouthed smile.

Kak Fa cari punya cari punya cari, akhirnya bantuan tiba melalui sumber di SINI. Terima kasihlah banyak-banyak sebab bantu Kak Fa kali ni. Kak Fa sangat-sangat hargai.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • Gam
  • Air
  • Sabun Cecair (Dynamo)
  • Pewarna
  • Minyak Rambut
  • Bekas Untuk Bancuhan

Cara-Cara Penyediaan SLIME

  • Masukkan gam ke dalam bekas.
  • Kemudian masukkan sabun cecair (Dynamo).
  • Kemudian masukkan sedikit minyak.
  • Masukkan pewarna dan kacau seketika.
  • Masukkan air dan kacau lagi sehingga sebati dan menjadi kenyal.

Sedikit pencerahan buat Kak Fa dan semua, jom tonton sama-sama video hasil muat naik dari Siakap Keli di bawah:



Nampak macam mudah… Kak Fa akan cuba hujung minggu ni nanti. Lagipun dikatakan sebenarnya banyak manfaat untuk anak-anak dengan hanya bermain SLIME, di mana antaranya adalah:
  • SLIME dapat membantu memproduksi hormon endorfin yang dapat membuatkan anak menjadi lebih gembira.
  • SLIME sebagai saluran kepada emosi diri anak di mana ianya boleh menjadi saluran kepada ekspresi perasaan seperti kebebasan, harapan, keterujaan, keberanian dan lain-lain. Juga dapat membantu anak-anak untuk release emosi negatif dalam diri mereka.
  • SLIME membantu anak mengembangkan minda dan kreativiti.

Kalau buat warna-warni ni, memang meriah SLIME ni… Tiba-tiba rasa nak buat macam-macam warna pula… Nak buat warna RAINBOW! Boleh? Winking smile Ha ha ha… Sudahnya nanti Kak Fa yang teruja lebih dan Kak Fa yang lebih-lebih syok main SLIME bersama Firash ni nanti. Memang bertambah rajinlah Kak Fa melayan Firash bermain. Asyik-asyik main Thomas and Friends… Mommy dah boring lah Firash… Elok juga tu request SLIME dari Mommy. At least kita boleh lupakan Thomas and Friends seketika kan? Smile with tongue out

*Ada sesiapa yang dah buat SLIME homemade sendiri tak? Rasanya kalau nak beli Lazada Malaysia ada jer jual ni, tak pun pergi jer Toy R Us…Memang ada rasanya… Tapi Kak Fa rasa macam mana pun, Kak Fa nak buat sendiri juga…. Ha ha ha… Open-mouthed smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Mudah Hasilkan SLIME Homemade, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 24, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia