Home » , , , , , , , » AROMAGIC OIL? Raja Segala Minyak Angin Lah Sangat!

AROMAGIC OIL? Raja Segala Minyak Angin Lah Sangat!

AROMAGIC OIL

Dekat luar tu, memang melambak-lambak minyak angin pelbagai jenama dijual. Merata ceruk – bukan susah sangat pun nak cari minyak angin dan beli ya tak? Even di kaki-kali lima pun banyak yang menjual minyak angin. Lagi-lagi zaman teknologi ni – kau tinggal pilih jer nak minyak angin macam mana, minyak angin mahal? minyak angin murah? Ikut marketing strategy masing-masinglah! Terpulang kepada macam mana cara para peniaga online menarik perhatian bakal-bakal pelanggan. Tapi hati-hati ya? Jangan terjebak dengan minyak angin palsu yang kemudiannya memudaratkan diri si pengguna… Kak Fa nak anda cuba fokus jap pada cerita Kak Fa ni ha tentang minyak angin… Ya ya… Minyak angin pun boleh Kak Fa bantai jadikan entri… Tapi memang kena tau tentang AROMAGIC OIL. Iya… Hurmmm… Silap haribulanlah terkena pada blogger pula kan pengguna dia…Memang Kak Fa up lah entri… AROMAGIC OIL? Raja segala minyak angin lah sangat! Siap ko! Kak Fa cerita habis-habis apa sebenarnya isu AROMAGIC OIL ni… In love

AROMAGIC OIL (2)

Amati dan tenung sebetul-betulnya dan camkan packaging AROMAGIC OIL ni sebaik mungkin. Jangan sesekali lupa ya? Next time kalau anda terlihat iklan mengenai AROMAGIC OIL ni… makanya anda akan ingat yang Kak Fa pernah bercerita mengenai AROMAGIC OIL. Bukannya apa… Kisahnya, hari tu Kak Fa migraine teruk sangat, sampaikan apa pun tak boleh. Tengkuk Kak Fa terasa berat sangat. Sampaikan hidung Kak Fa ni jadi berair-air dah jadinya menahan kesakitan. Datang seorang kakak ni yang Kak Fa panggil sebagai Kak Ana… Kemudiannya, Kak Ana ni, syorkan Kak Fa untuk mencuba menggunakan AROMAGIC OIL untuk hilangkan migraine teruk Kak Fa tu. Iyalah, masa tu dah hampir waktu balik pejabat. Kalau migraine Kak Fa teruk sangat, macam mana Kak Fa nak memandu balik ke rumah kan? Maunya terhuyung-hayang Kak Fa memandu? Sick smile… Bukan ke bahaya tu?

Caranya sepertimana yang diajarkan oleh Kak Ana tu, mudah jer… tak susah mana pun… Semburkan AROMAGIC OIL pada tapak tangan atau tempat yang sakit, sapukan AROMAGIC OIL pada bahagian yang sakit dengan sekata. Kemudian, biarkan bahagian yang telah disapu dengan AROMAGIC OIL terbuka selama 5 minit. Tu jer! Semudah itu. Sebab tak adalah susah mana, Kak Fa pun cubalah sepertimana yang telah disyorkan oleh Kak Ana pada hari kejadian tu. Alhamdulillah…Memang surut rasa migraine tu sehingga akhirnya Kak Fa mampu berdiri dan berjalan. Bolehlah orang kata kalau dah nak memandu tu… Ajaib weiii! Itu yang buatkan Kak Fa nak berkongsi cerita dan rasa anda perlu tahu yang sebenarnya ada sejenis minyak angin yang betul-betul power! Yang selama kini Kak Fa tak tau dan anda pun sebenarnya mungkin tak tahu sama. #sembursapusenyum! In love.

Daripada apa yang Kak Fa dah dapatkan maklumat dari Kak Ana tu… raja segala minyak angin ni sebenarnya berkesan untuk membantu merawat beberapa jenis penyakit seperti:
  • merawat kulit dari melecur terkena minyak panas.
  • merawat kulit dari melecur terkena air panas.
  • merawat kulit dari melecur terkena benda-benda panas.
  • menghilangkan sakit sendi dan otot.
  • menghilangkan sakit belikat.
  • menghilangkan sakit dan lenguh badan.
  • menghilangkan sakit dan pening kepala.
  • menghilangkan stress dan migraine.
  • merawat serta menyembuhkan kudis dan bisul.
  • menghilangkan selesema dan batuk.
  • menghilangkan kembung perut.
  • menghilangkan senggugut.

Punyalah banyak dia punya manfaat. Yang lagi Kak Fa suka sebab, bukan sahaja didatangkan di dalam botol besar 30 ml. Tetapi juga didatangkan di dalam saiz poket yang mana sangat memudahkan Kak Fa untuk heret ke mana-mana sahaja Kak Fa pergi dengan hanya meletakkan botol bersaiz poket tu ke dalam beg tangan. Sebab berkesan kan? Tu yang Kak Fa terbuka hati berminat dengan saiz poket tu.

AROMAGIC OIL (3)

At least, if anything happen along the way, Kak Fa dah siapkan bekalan awal-awal dah. Sekurang-kurangnya ada penawar yang Kak Fa usung ke sana dan ke mari untuk waktu-waktu kecemasan. Tapi memang baguslah kesan penggunaannya kepada Kak Fa. Bukan Kak Fa sahaja, malahkan hari tu Nek Ma Firash hidung tersumbat teruk disebabkan oleh selesema. Kak Fa berikan Nek Ma Firash untuk mencuba AROMAGIC OIL ni. Alhamdulillah, baru boleh dia tidur lena dan lega. Not only Kak Fa dan Nek Ma Firash. Termasuk Firash sekali. Dia kembung perut hari tu, keras jer perutnya. Tulah… Tak nak makan nasi lagi… Makan yang entah apa-apa jer… Grrrr…. Cuak juga Kak Fa… Sapukan AROMAGIC OIL pada perut dia dan urut dengan lembut. Alhamdulillah, sekejap jer dah kebahnya. Smile… Terbukti serasi dengan kami!

Yang paling Kak Fa suka… adalah tak berminyak berlinang-linang pada kulit. Cepat serap…. Sesetengah minyak angin kan bila kita lumurkan dan sapukan pada kulit jadi licin kulit kita dan berlinang-linang minyaknya. Akan tetapi tidak dengan AROMAGIC OIL! Buktinya? Meh Kak Fa tunjuk.

AROMAGIC OIL (4)

Ini adalah sewaktu Kak Fa semburkan AROMAGIC OIL pada tapak tangan Kak Fa yang gemuk dan dompot tu… Ha ha ha… Open-mouthed smile

AROMAGIC OIL (6)

Ini adalah setelah Kak Fa sapukan AROMAGIC OIL pada bahagian lengan Kak Fa yang lenguh-lenguh dan rasa bisa tempoh hari. Nampak tak? Tak ada kesan dan tidak berminyak berlinang-linang. AROMAGIC OIL, cepat serap ke dalam kulit. Jadi tak adalah rasa tak selesa yang amat selepas menggunakan minyak angin. The best part is, baunya pun sangat sedap dan rasa berangin atau cooling effect tu memang sangat-sangat menyelesakan dan menenangkan si pemakai AROMAGIC OIL. Tak percaya? Kalau tak percaya, ang pa kenalah cuba sendiri oiii…

AROMAGIC OIL (7)

Kak Fa diberitahu yang AROMAGIC OIL adalah dihasilkan daripada bahan-bahan seperti minyak kelapa dara, minyak pati halia, bidara, habbatus sauda, daun gelenggang, buah tin, lada hitam, lemongrass essential, citronella essential, lemon oil, limau purut, argan oil, peppermint, menthol crystial, fennel dan herba-herba terpilih. Kak Fa sebenarnya takut-takut juga nak cerita pada anda tentang AROMAGIC OIL ni, sebabnya Kak Fa tak pasti adakah ianya cuma berkesan semata pada Kak Fa sahaja ke apa kan? Sebab baru pertama kali Kak Fa gunakan AROMAGIC OIL. Akan tetapi, rupa-rupanya selepas Kak Fa godek sana, godek sini, Kak Fa terjumpa beberapa testimonial pengguna sebelum ini yang pernah menggunakan AROMAGIC OIL.

AROMAGIC OIL (8)

AROMAGIC OIL (9)

AROMAGIC OIL (10)

AROMAGIC OIL (12)

Nampaknya memang AROMAGIC OIL ni benar-benar serasi dan berkesan ke atas majoriti penggunanya. Smile Yeayyyy! Suka suka suka… Akhirnya Kak Fa berjumpa dengan minyak angin yang sangat best! Memang betullah, AROMAGIC OIL ni raja segala minyak angin lah sangat! Yang penting lagi? Yang penting…dahlah tak ada bahan kimia, lepas tu berdaftar pula dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kan Kak Fa dah kata, kita sebagai pengguna ni jangan sampai tersalah pengguna produk.

AROMAGIC OIL (11)

Jadi aspek-aspek atau sudut-sudut sebegini memang sangat penting dan kita kena perhatikan betul-betul. Bukan semborono jer main tonyoh pakai itu pakai ini. Si penjual tak terima kesan, terima duit untung, tapi kita ni? Pengguna yang akhirnya menjadi mangsa. Dahlah duit habis, lepas tu dapat kesan sampingan yang memudaratkan diri kita. Siapa yang nak macam tu kan? Tentu sahaja tak nak. Semua nak yang baik-baik saja. Semua orang nak macam tu.

Harga AROMAGIC OIL ni adalah RM 90.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 95.00 bagi Sabah dan Sarawak. Didatangkan dalam dua botol, satu botol besar bersaiz 30 ml dan satu lagi botol kecil yang bersaiz poket. Pada Kak Fa, berbaloi. Kalau anda tanyalah. Dengan apa yang ditawarkan dan dengan keserasian AROMAGIC OIL ni, Kak Fa rasa, tak sia-sia kalau Kak Fa ambil keputusan untuk melabur demi kesihatan dan kebaikan. Yang ada anak-anak kecil, Kak Fa sarankan sangatlah beli dan simpan dan gunakan bila-bila perlu. Sebab mujarab sangat pada Firash.

Kalau ada yang nak kaji lebih sedikit mengenai AROMAGIC OIL demi nak mendapatkan lebih kepastian dan segala bagai info, kalau ada yang terasa dah terpanggil-panggil nak membeli sebab memang sedang mencari dan memerlukan minyak angin seajaib ini… Sukalah kiranya Kak Fa nak berkongsi maklumat mengenai AROMAGIC OIL.

DIVINE TRADE VENTURE
No.57A, Jalan Kencana 15
Taman Kencana
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

What’s App:
010-263 4998
019-692 1727


Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel AROMAGIC OIL? Raja Segala Minyak Angin Lah Sangat!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 25, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia