Tiba-Tiba Teringin Nak Tahu Tentang Bitcoin!

Farah Waheda Wahid
1
TIBA-TIBA TERINGIN NAK TAHU TENTANG BITCOIN!

Jujur Kak Fa mengaku yang selama kini, Kak Fa cuma mendengar tentang Bitcoin, tetapi tak pernah langsung ambil tahu apa itu Bitcoin? Apakah kegunaan Bitcoin? Untuk apa ya? Open-mouthed smile… Ha ha ha…Janganlah gelakkan Kak Fa bagi yang dah serba tahu mengenai Bitcoin! Ya…ya… Mungkin Kak Fa ni ketinggalan sedikit di belakang… Tapi semakin hari semakin ramai orang yang berkata mengenai Bitcoin… Bila dah semakin popular istilah Bitcoin ni pada Kak Fa, makanya mulalah Kak Fa teringin nak tahu tentang Bitcoin! Ajari aku!

Membuak-buak pula perasaan ingin tahu mengenai Bitcoin ni ha… Sehinggakan sanggup Kak Fa Google untuk mencari maklumat mengenai Bitcoin, di mana akhirnya Kak Fa menemukan jawapan dan mendapat sedikit kefahaman tentang Bitcoin.

Apa Itu Bitcoin?

Bitcoin adalah merupakan crytocurrency dan sistem pembayaran digital yang telah dicipta oleh Satoshi Nakamoto (Jepun). Erti lain bagi Bitcoin adalah sistem kewangan atas talian yang tidak terikat pada mana-mana bank dan tidak terikat dengan mana-mana negara. Bitcoin menjadi open source pada tahun 2009.

Apa Kelebihan Bitcoin Yang Membuatkan Ia Sangat Popular?

Bitcoin yang dikatakan open sources bermaksud tiada sesiapa yang memiliki currency Bitcoin. Tidak seperti US Dollar, Ringgit Malaysia yang dipegang oleh bank dan juga kerajaan. Segala pemprosesan Bitcoin seperti pindahan wang  tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak menyebabkan ramai yang suka menggunakannya. Contohnya, untuk pindahan wang keluar negara, pasti akan ada caj perkhidmatan tetapi dengan Bitcoin, sebarang pindahan adalah secara PERCUMA. Hasil daripada kajian di laman sesawang, rata-rata orang di luar negara sukakan Bitcoin kerana ianya sangat pantas dari segi perpindahan wang. Sekitar 10 minit sahaja pindahan wang selesai.

Nak tengok tak nilai 1 Bitcoin berapa sekarang ni? Jika dibandingkan dengan Ringgit Malaysia? Nah… Ini terkini yang Farah Google hari ini:

BITCOIN

Besar biji mata Kak Fa yang dah sedia besar ni ha tengok nilai Bitcoin jika dibandingkan dengan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Wow! Banyaknya! Tapi kalau kita semua nak mula memiliki Bitcoin tidak terlambat lagi rasanya, sebabnya berdasarkan kajian, ianya mengatakan bahawa Bitcoin akan mencecah nilai sehingga 1 Juta Dollar US – Rujuk Artikel INI.

Adakah Bitcoin Mematuhi Syariah?

Menurut sumber, jawapannya pendek HALAL dan harus digunakan. Jika mahu tahu lebih lanjut, sila rujuk artikel INI. Bitcoin ini sama seperti mata wang yang kita gunakan sekarang ini (Ringgit Malaysia).

Oklah, dah fahamlah serba-sedikit mengenai Bitcoin, cuma sekarang ni nak belajar pula bagaimana cara untuk memiliki Bitcoin? Mahal ke murah ke? Kan? Kenalah ambil tahu… Kalau mampu, rasanya nak juga cuba… Tapi kalau mahal sangat…Rasanya memang tak mampulah kot? Hu hu hu…. Nanti Kak Fa belajar dulu, lepas tu, kalau Kak Fa dah rasa Kak Fa ok, Kak Fa kongsi dengan you all di sini ya? Winking smile… Terima kasih kepada sumber di pautan di SINI kerana bantu Kak Fa untuk mendapatkan pencerahan dan juga berkongsi dengan pembaca www.bubblynotes.com. Segala maklumat yang Kak Fa kongsikan adalah melalui artikel di pautan yang tersebut. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice info here. Its nice to use this Bitcoin.

    You may also take some time to visit my other writings at:

    http://skincare.allwomenstalk.com/benefits-of-facial-treatments

    http://health.allwomenstalk.com/jaw-dropping-benefits-of-thalassotherapy

    http://health.allwomenstalk.com/benefits-of-infrared-sauna-therapy

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !