Home » , , , , , , , » Apa Nak Buat Bila Anak HISTERIA Menggunting Rambut?

Apa Nak Buat Bila Anak HISTERIA Menggunting Rambut?

APA NAK BUAT BILA ANAK HISTERIA MENGGUNTING RAMBUT (2)

Masuk-masuk jer barber shop… Nafas dah mula kembang-kempis! Open-mouthed smile… Mula dah tak keruan! Tak nak gunting rambut! Takut gunting rambut… Kisah tahun 2014, 2015… Memang boleh dikatakan suara dia jerlah yang kedengaran satu barber shop tu ha… Biasalah Firash kan? Bila dapat menangis…lengkap dengan menjerit…Memang nyaring ya amat suara dia…Sedari lahir pun dah macam tu… Lahir-lahir jer, satu floor boleh dengar kenyaringan suara dia menangis. Dari baby room sampailah ke wad yang Mommy dia ditempatkan… Ahaksss… Suara memang mantap ni! Smile with tongue out Bertabah ajerlah sesiapa yang ada di dalam barber shop pada waktu dan ketika Iman Firash menggunting rambut pada waktu dan ketika itu. Biasa dengan keadaan sebegini yang tidak berkesudahan walaupun setelah beberapa kali melawat ke barber shop? Apa nak buat bila anak histeria menggunting rambut?

APA NAK BUAT BILA ANAK HISTERIA MENGGUNTING RAMBUT (4)

Ini adalah merupakan gambar tangisan yang pertama kali sewaktu pertama kali berkunjung ke barber shop sebab nak gunting rambut. Masa tu dah nak dekat-dekat waktu raya… Farah throwback kembali gambar-gambar dari entri-entri lama yang pernah Farah muat naik yang menceritakan tangisan si kecil molek Farah setiap kali menggunting rambut.

APA NAK BUAT BILA ANAK HISTERIA MENGGUNTING RAMBUT (3)

Bila tengok-tengok balik gambar-gambar lama dia menangis ni…terkadang ada rasa lucu pun ada… Firash tak takut pada mesin menggunting rambut tapi dia sangat takut dengan gunting rambut itu sendiri. Bunyi gunting tu buatkan dia takut. Berjurai-jurai air mata Firash bila tiba masa menggunakan gunting rambut untuk sesi kemasan setelah proses menggunting rambut menggunakan mesin dilakukan. Setengah kanak-kanak takutkan bunyi mesin dan mesin menggunting rambut tetapi tidak takut kepada gunting. Bagi Firash pula, dia tidak takutkan mesin menggunting rambut, dia takutkan gunting. Nerd smile.

Kebiasaannya anak-anak kecil yang telah menginjak ke usia 14 bulan ke atas akan cenderung untuk menjadi histeria ketika anda mencuba menggunting rambut mereka. Mereka akan berasa ketakutan ketika melihat gunting yang berkilau-kilauan itu ataupun mesin menggunting rambut. Pendek kata, boleh jadi traumalah…nampak jer gunting, nampak jer mesin menggunting rambut dah mula dah dengar tangisan anak-anak… Mungkinlah kot…mungkin dia takut yang dia akan cedera ataupun rambut mereka yang bakal dipotong bakal membuatkan mereka tidak lagi kacak. Ahaksss… Smile with tongue out. Ya betul, memang tak elok kalau memaksa anak-anak kecil melakukan sesuatu perkara yang mereka tak suka seperti memotong rambut, tapi demi kebaikan mereka, ibu bapa memang kena redah juga supaya rambut anak tu sentiasa kelihatan kemas dan terurus. Macam Firash, bukannya boleh tahan kalau rambut panjang… Dia rimas dan dia akan tergaru-garu selepas itu disusuli dengan demam…

Sedikit tips dari pengalaman Farah yang lalu untuk mengatasi anak-anak yang boleh jadi macam orang histeria bila menggunting rambut di kedai:

Ajak Anak-Anak Ke Kedai Gunting Rambut

Yang buatkan anak-anak histeria bila nak menggunting rambut adalah disebabkan oleh perasaan takut di mana mungkin pada bayangan ataupun imaginasi mereka aktiviti menggunting rambut adalah sesuatu yang membahayakan mereka. Jadi… untuk atasi perasaan takut tu… rajin-rajinlah bawa anak mengunjungi kedai gunting rambut bersama-sama anda ketika anda menggunting rambut ataupun bapa mereka menggunting rambut. Biasakan mereka dengan suasana kedai gunting rambut untuk beri idea pada mereka yang semua orang akan menggunting rambut. Elok juga rajin-rajin angkut anak ke kedai gunting rambut…Sebabnya bila dia lihat rakan-rakan yang hampir sebaya atau lebih kecil dari mereka yang tidak takut memotong rambut, perlahan-lahan lama kelamaan dia akan mula jadi berani ataupun memahami yang gunting rambut tu bukanlah satu perkara yang perlu ditakuti serta rutin yang perlu mereka lalui secara berkala.

Pilih Kedai Gunting Rambut Yang Tidak Ramai Orang

Bila dah ambil keputusan nak gunting rambut anak di kedai, sebaik-baiknya pilih kedai gunting rambut yang tidak padat dan penuh dengan pelanggan. Sebabnya, semakin ramai orang di dalam kedai gunting rambut semakin tinggi rasa panik bermaharajalela di dalam  diri mereka yang membuatkan mereka menolak untuk menggunting rambut. Pandai-pandailah pilih masa yang sesuai ketika tidak begitu ramai pelanggan di kedai gunting rambut yang berkenaan. Kalau dia melalak sekuat-kuat hati ataupun meronta-ronta pun, sekurang-kurangnya tak adalah jadi gangguan pada orang lain kan? Bukan malu anak macam tu, tapi cuma concern jika mengganggu ketenteraman orang lain walaupun mungkin ada yang memahami situasinya bila kanak-kanak kecil dibawa untuk menggunting rambut.

Buatkan Anak Rasa Selesa

Ini namanya teknik berpujuk-pujukkan… Sebelum bawa anak ke kedai gunting rambut bawalah ke 7-Eleven ke? Kedai runcit ke? Belikan apa-apa yang mereka suka. Mungkin itu boleh sooth hati mereka yang tengah berdebar-debar dan berdarah gemuruh sebab nak dipotongkan rambut tu.

Sentiasa Ada Dekat Dengan Anak

Bila dah sampai giliran anak kita untuk dipotongkan rambut, usahakan agar kita sebagai ibu atau bapa sentiasa ada di sisi anak. Ini sebenarnya akan memberikan ketenangan kepada anak dan membuatkan mereka terasa dilindungi. Selagi kita ada depan mata anak, emosi anak tu boleh dikatakan ok lah sikit. Ajaklah dia borak, pujuk-pujuk sikit ataupun macam yang pernah Farah lakukan terpaksa pasang video kartun dan jadi patung kat situ yang pengang telefon pintar atau tablet semata-mata nak dia senyap.

Mungkin sekali, dua kali, tiga kali masih lagi histeria, masih lagi meronta-ronta… Akan tetapi percayalah lama kelamaan bila dah semakin meningkat usia, mereka akan mula faham dan sudah mula berani serta tidak lagi histeria untuk menggunting rambut. Kalau setahun sekali pun belum tentu mengunjungi barber shop memang lambatlah proses anak nak biasa dengan kedai gunting rambut ataupun menggunting rambut di kedai. Tapi jika dah setiap bulan anda groom rambut mereka agar penampilan mereka sentiasa kemas dan rapi, mungkin lebih cepat mereka senyap dan tak histeria lagi sewaktu menggunting rambut. Macam Firash ni ha…

APA NAK BUAT BILA ANAK HISTERIA MENGGUNTING RAMBUT

Sudah tidak ada deraian air mata lagi dah ketika menggunting rambut… Kira dah kering dah tangisan tu… Dan rutin menggunting rambut bukanlah satu masalah lagi buat Firash… Nerd smile Dah biasa dah…. Lagipun dah big boy dah kan? Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Apa Nak Buat Bila Anak HISTERIA Menggunting Rambut?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 8, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Pengalaman pertama yang mummy kongsi boleh jadi kenang-kenangan untuk Firash...dan sekarang Firash dah ok tak nangis lagi bila gunting rambut...alhamdulillah.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia