Woot! Woot! The TRAVELOKA Winning Stays Is Here!

Farah Waheda Wahid
2
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE!

Dah muka TRAVELOKA dah Farah ni ya? Ha ha ha... Open-mouthed smile asalkan ada jer berita terkini mengenai tawaran hebat dari TRAVELOKA, Farah lah salah seorang yang pertama in line memberikan makluman kepada semua pembaca Bubblynotes.Com kan? #Ehhh, haruslah! Berita baik, berita bermanfaat dan untuk kemaslahatan semua orang, kenapa nak simpan-simpan sesuka hati sendiri kannn? Wajib kena kongsi dengan semua orang... Tak baik kedekut kan? Bukan dapat apa pun... Betul tak? He he he... Open-mouthed smile Woot! Woot! The TRAVELOKA Winning Stays is Here! Diulangi... Woot! Woot! The TRAVELOKA Winning Stays is Here! Tu diaaa... dua kali Farah ulang ok?

Ni apa cerita ni? Apa dia TRAVELOKA Winning Stays ni? Cerita mudah dan senang faham... setiap minggu pada bulan April 2017 ni, pihak TRAVELOKA akan menampilkan sebuah hotel yang dapat menawarkan pengalaman percutian yang unik yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh semua kaki holiday! Tawar bukan sebarang tawar tapi anda juga berpeluang untuk memenangi PENGINAPAN PERCUMA diulangi PENGINAPAN PERCUMA di tempat-tempat yang sangat menakjubkan!
 
Sebagai contoh ya? Sebab kempen ini telah pun berjalan, makanya bolehlah Farah tunjukkan contoh kepada anda. Sila lihat gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh pihak TRAVELOKA untuk TRAVELOKA Winning Stays ini.
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 2
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 3
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 4
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 5
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 6
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 7
 
Gila ohsem kot? Tengok gambar pun dah terasa teruja dan terasa memang ianya adalah satu bentuk percutian dan penginapan yang unik! Rakyat Malaysia termasuklah Farah sememangnya memang menyukai percutian yang dinamakan sebagai good staycation kan? Barulah rasa berbaloi dan puas dengan percutian kan? Betul tak? Bercuti semestinya nak rasa berbaloi dan puas hati. Jika tidak apalah makna satu-satu percutian itu.
 
Tidak semestinya bercuti ke luar negara sahaja ya tak? Jika nak diikut-ikutkan terdapat banyak tempat-tempat yang sangat menarik serta unik untuk percutian di Malaysia ni. Farah sendiri akui, Farah belum sempat jelajah Malaysia lagi... Ahaksss... Open-mouthed smile. Sebab tu bila terbaca dan dapat tahu mengenai TRAVELOKA Winning Stays ni, tetiba Farah jadi melonjak-lonjak dalam hati... Suka! Suka! Suka! He he he... Open-mouthed smile. Manalah tahu kot-kot kalau ada rezeki kan?

Bersedia untuk bersama-sama Farah tak? Untuk merebut peluang memenangi percutian unik? Jomlahhh... Bukan susah pun mekanismenya... Caranya:
 
WOOT! WOOT! THE TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! 8
 
Farah terangkan lebih lanjut atau jelaskan dengan lebih terperinci ya?
 
Ini adalah caranya bagaimana Farah dan anda semua boleh meluangkan masa selama 2 hari 1 malam untuk percutian hebat yang disertakan dengan makan malam istimewa di hotel-hotel atau penginapan yang unik serta hebat secara PERCUMA!
 
1. Sila like laman Facebook TravelokaMY.
2. Kongsikan album yang dimuatnaikkan oleh pihak Traveloka.
3. Beritahu kenapa dan mengapa anda layak untuk mendapatkan percutian dan kenapa anda mahu mengginap di hotel yang berkenaan beserta dengan #TravelokaWinAStay.
 
Dah! Tu jer yang kena buat pun... Bukannya teruk-teruk sangat nak kena buat itu, ini. Mudah kan? Rasanya kurang dari 10 minit boleh kau tim ni kan? Jadi ringan-ringankan jari-jemari tu nak berkongsi untuk memenangi percutian dan penginapan yang unik dan istimewa. Manalah tau kot-kot jadi rezeki terpijak salah seorang antara yang bertuah yang terpilih untuk menjadi pemenang kan? Farah nak oiii...rugilah siapa tak nak... Siapa nak bagi ya tak?
 
Makanya, besar-besarkan mata anda, alert dengan perkembangan semasa dan terkini dari Traveloka. Terutamanya! Pada setiap hari Isnin pada jam 6.00 petang di bulan April 2017 ini setiap minggu untuk hotel-hotel terkini di dalam senarai di laman Facebook TravelokaMY  dan juga laman Instagram TravelokaMY.
 
Ehemm! Tunggu apa lagi? Jomlah mula sekarang! Jom jom jom...kita sama-sama mencuba untuk rezeki terpijak kata kau! #TravelokaWinAStay

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !