Home » , , , , , , » WANITA! Siap-Sedia 7 Perkara Bila Cecah 40-an!

WANITA! Siap-Sedia 7 Perkara Bila Cecah 40-an!

{"layers_used":0,"effects_applied":0,"origin":"unknown","tools_used":{"crop":0,"perspective":0,"shape_crop":0,"stretch":0,"free_crop":0,"resize":0,"adjust":0,"clone":0,"selection":0,"flip_rotate":0,"tilt_shift":0,"enhance":0,"curves":0,"motion":0},"total_editor_time":215,"source":"editor","width":571,"brushes_used":0,"sources":["228545636014212","229166064003212"],"subsource":"done_button","effects_tried":0,"total_draw_time":0,"uid":"17E61B8E-9365-428E-ABEF-2E7E5A1A4825_1492400737388","contains_fte_sticker":false,"total_draw_actions":0,"total_effects_actions":0,"total_effects_time":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{"text":0,"shape_mask":0,"border":0,"square_fit":0,"lensflare":0,"clipart":0,"frame":0,"callout":0,"mask":0},"height":718}
Ehemmm… belumlah lagi nak cecah 40-an. Nak kata muda belia remaja lagi pun tidak. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Tapi dah nak hampir ke pertengahan usia 3 series dah. Dah nak masuk 35 tahun dah tahun ni. Anak pun dah semakin membesar. Sebelum cecah usia 40-an tu, haruslah nak kena gali ilmu persediaan dan persiapan ke arah mencecah umur 40-an. In Shaa Allah… Mudah-mudahan…Amin. Semoga dipanjangkan usia oleh Allah SWT untuk menuju ke usia 40-an. Amin, amin ya rabbal alamin. Wanita! Siap sedia 7 perkara bila dah cecah umur 40-an!

Menginjak  ke akhir usia 30-an dan masuk ke angka 40 tahun adalah merupakan satu fasa usia yang cukup sentimental bagi kaum wanita. Untuk kaum lelaki mereka ada tagline mereka yang tersendiri. Apa katanya? Life begins at forty? Open-mouthed smile. Bagi wanita pula, ada yang risau dilabel sudah tua namun ada juga yang tidak kisah kerana merasakan usia 40 tahun itu sekadar angka yang tidak memberi apa-apa maksud secara lahiriah. Namun menjelang usia ini, apa yang perlu kaum wanita tekankan adalah pencapaian mahupun kejayaan yang dikecapi. Sebagai panduan jer, demi keselesaan dan jaminan hidup, 7 perkara ini sebagaimana yang dikongsikan melalui artikel di SINI seharusnya sudah para wanita lakukan atau miliki:

Jaga Pemakanan

Pemakanan paling penting. Tinggalkan segala makanan yang tidak sihat. Air berkarbonat mahupun makanan yang tinggi lemak sebaiknya dikurangkan. Semakin umur meningkat semakin sukar untuk mengekalkan berat badan ideal. Risiko untuk pelbagai penyakit juga semakin mudah. Tukar sahaja kepada menu ringkas seperti rebus dan panggang. Itu sudah memadai.

Simpanan Hari Tua

Simpanan bukan bermula daripada usia ini. Sebaiknya dimulakan dengan serius sejak usia muda supaya menjelang usia ini, wanita sudah mampu untuk hidup tenang dengan wang simpanan yang sedia ada. Namun tidak salah jika wanita mahu membuat simpanan lebih dan secara serius pada usia ini. Lupakan pada aktiviti yang tidak mendatangkan faedah dan membazir.

Pendapatan Sampingan

Ada orang yang sudah mula mencari pendapatan sampingan ini sejak awal lagi. Tetapi tidak salah jika wanita baru berjinak-jinak untuk memulakannya sebagai persediaan hari tua anda. Berniaga atau membuat pelaburan jangka masa panjang adalah salah satu jalan terbaik. Mulakan sekarang!

Elak Kemurungan

Sebaiknya elak sama sekali kemurungan dalam usia ini. Kesan emosi yang tidak sihat, stres dan sebagainya akan hanya mendedahkan wanita kepada penyakit. Elakkan.

Menikmati Hidup

Nikmatilah hidup ini dengan penuh gembira bersama suami dan anak-anak. Bebanan kerja sememangnya tidak pernah akan habis. Berusahalah untuk mencari ruang bersama mereka dan nikmatilah sepuas-puasnya.

Ilmu Di Dada

Improvisation of ilmu akhirat dan he he he… kalau tak tahu memasak tidak terlambat rasanya untuk wanita memperlengkapkan diri dengan kemahiran ini sebagai bekalan hari mendatang. Mungkin belajar menjahit atau sedikit ilmu masak memasak sangat relevan untuk dunia perniagaan hari ini. Kena cuba!

Kena Cantik

Paling penting dalam usia ini, wanita harus tampil cantik. Cantik bukan bermaksud harus mengenakan pakaian baru dan up to date sentiasa. Cukup hanya tampil kemas dan yakin. Itu sudah memadai.

Sejujurnya secara peribadi, Farah sekarang di dalam fasa restructuring. Yang penting langkah pertama sekarang I want to be free from the debt burden ratio dengan secepat mungkin. Itu objektif untuk tahun 2017 ini. Masih di dalam proses dan doa-doakanlah agar segalanya berjalan lancar. Selepas selesai step yang pertama ini, In Shaa Allah, dengan izin Allah, Farah ingin memulakan sesuatu perancangan untuk tambahan pendapatan. Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT. Segalanya bukan untuk diri sendiri. Segalanya adalah untuk amanah Allah SWT nan satu itu. In Shaa Allah. Amin, amin, ya rabbal alamin.

Sebelum cecah usia 40-an, yang penting dah tak nak pening-pening kepala lagi dah dan dah tak nak tergantung-gantung lagi dah urusan yang masih tertangguh. Seriously dah tak sanggup nak hold on lebih lama lagi. Sasaran tahun 2017 ni kalau boleh semua nak selesai. In Shaa Allah. Sedang berusaha gigih ke arah itu, cuma prosesnya sahaja yang makan masa. Nak hidup tenang tanpa bebanan tertangguh! Ha ha ha… Open-mouthed smile Siapa yang tak nak kan? Ikutkan memang tak sabar nak tunggu segalanya selesai, tapi, macam mana sekalipun kena sabar. Sabar dah lama kan? Bertahan dah lama kan? Tunggulah sedikit lagi… In Shaa Allah, Allah bantu sebab Allah tu tak kejam dan Allah tu Maha Mengetahui. Kan? Winking smile

*Who knows? By 40 plus dah boleh retire awal dan jadi blogger sepenuh masa ke kan? Ha ha ha… Tapi haruslah nak maintain muda… Ahaksss… Winking smile

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel WANITA! Siap-Sedia 7 Perkara Bila Cecah 40-an!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, April 17, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY